Jumaat, 23 Mei 2014

Jumaat, 23 Mei 2014

Musim Sakit Mata

'Kakak' dan ramai rakan2 seasrama terpaksa bercuti dan diarah balik ke rumah dek kerana sakit mata, moga ia tidak menjangkiti kami semua, maklumlah minggu depan kena kuar daerah lagi, nak tarik diri memang tak boleh sebab kekurangan petugas.

Alya yang demam kerinduan
Kesian dia ditinggalkan si ibu meskipun 3 hari cuma..

Psstt: Terima kasih As sebab menjadi 'silent reader', "tak sangka ada jua teman yang menyedari kehadiran blog kecil ini.."

Isnin, 19 Mei 2014

Isnin, 19 Mei 2014

Bak kata pepatah moden

Sayangkan anak tinggal2kan, agak2nya pepatah ini boleh digunakan atau tidak? 

"Sabarlah sayang, sekejap jer ummi pergi"

Lagipun bukannya selalu ditinggal2kan, si dia tetap bersama walau ke mana ibu pergi, dengan erti kata lain, sudah sebati dengan tugasan si ibu..)

Selasa, 13 Mei 2014

Selasa, 13 Mei 2014

sepintas lalu

Bila kepenatan, idea mengarang terus ke laut, puas diperah2 tapi tak mampu, mungkinkah ia tanda2 awal aktiviti berblog akan berakhir?

Inisiatifnya sekeping gambar Alya sebagai penyeri laman...

"Si comel umi yang sentiasa bersama "

Ahad, 11 Mei 2014

Ahad, 11 Mei 2014

LIEBSTER AWARD

Ditag dek OKje, tq geng..

Syarat2 yang dikenakan..

Rules 1: Berterima kasih kepada orang yang nominated korang. Korang juga kena letakkan link blog dia dalam blog korang - dah ucappun kt atas tu..

Rules 2: Letakkan gambar Liebster Award dalam blog korang - DONE

Rules 3: Jawab 11 soalan yang dikemukakan oleh orang yang nominated korang - kt bawah erk..

Rules 4: Senaraikan 11 fakta pasal diri korang secara rawak - susah sikit nak hurai, maklum le biasanya orang lain yang nampak kelemahan & kekuatan diri kita.

KEMASKINI: sikit2 ye secara peribadi: 

  1. simple
  2. asal dari kampung
  3. keras hati dengan erti kata lain susah nak ngalir air mata kalau bab2 yg remeh temeh.
  4. anak bongsu dari 8+1 adik beradik (sorang tu dari mak lain..), baki yang tinggal kini cuma 7 orang adik beradik.
  5. yatim piatu (boleh le masuk dlm list BANTUAN bulan posa nanti, ahakkkkkkk)
  6. isteri 
  7. ibu bekerjaya
  8. punyai ramai anak2 buah + cucu2 sedara, kiranya pangkat makcik & nenek daa.. (maklum le KILAUAN EMAS gitu..)
  9. suka makanan ala2 kampung
  10. tak reti buat kuih muih tradisional tapi mahir 60% di dalam penghasilan kek & biskut, kiranya raya tak perlu tempah biskut raya daa, kakak2 & ipar kat kampung sentiasa mengharapkan buah tangan buat mereka ketika datang beraya (itupun bergantung kepada tahap kerajinan adik bongsunya)
  11. BMI - 20, kiranya kekal UNGGUL di usia ini..
Rules 5: Calonkan 5 ke 11 blog yang korang rasakan layak dan mempunyai kurang daripada 1000 followers - yang inipun susah nak jawab..

Rules 6: Senaraikan 11 soalan baru untuk blogger yang korang nominated kan - yang ni BEBAS, mohon jasa baik kalian untuk keluarkan soalan & jawab sendiri, maklum le kita tengah BLANK karang ni, ekekeke.. 

Rules 7: Senaraikan kembali rules ni dalam blog korang - DONE

Rules 8: Beritahu orang yang korang nominated tu dan sertakan sekali link entry korang - x sempat nak cari LINK, lagipun kita amalkan budaya DEMOKRASI, berikan kebebasan kepada sesiapa yang berminat nak terima award ni, dipersilakan ambil tanpa sebarang PAKSAAN dengan erti kata lain SUKARELA. 

Sebelas Soalan OKje untuk di jawab :

1) Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?
- Apa2 jerlah beb, janji daku dalan ingatanmu..

2) Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?
- xderpun entri yang best2, maklum le berblog tanpa arah tujuan..

3) Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?
- Penyabar dengan erti kata lain, susah nak terasa ati, korang nak kutuk @ mengata2 kt  depan @ belakang, tak jadi kudis & nanahpun di hati.

4) Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?
- Kemana2 pergi suka angkut PA sapa lagi kalau bukan INSAN TERSAYANG yang sentiasa beri sokongan, atenya - FAMILY 1'ST..- jap3.. makcik confius.. sikap BURUK ke ni?? ahakkkkkk..

5) Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?
- Hidung kot, maklum le nak kata mancung rasanya idok le sangat tapi nak kata kemek, rasa2nya idok jugak.. alaaaaaaaaa sedang2 jer tapi anak2 dara 2 beradik tu xmopun ikut gen uminya (byk ke arah abah, ate anak bapak katanya..).. apa2pun syukur anugerah Illahi..

6) Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?
- Arwah mak ayah tapi MUSTAHIL daa, lagipun kebetulan hari ibu, tiba2 terkenangkan mereka berdua, al fatihah, moga roh mereka tenang di sana, aamiin..

7) Peristiwa paling best dalam hidup korang?
- Lahirkan 5 anak secara normal & dipermudahkanNya..

8) Impian korang yang masih belum tercapai?
- Menerima MENANTU yang boleh mengambil alih tugas2 memasak, ahakkkkkkkkkkkkk..

9) Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?
- Tomyam campur2 & Fresh Orange..

10)Kalau korang jadi kaya?
- xmo berangan, maklum le 'AKU INSAN YANG LEMAH, HANYA MAMPU BERSERAH', bimbang RM mengaburi mata..

11)OKje di mata korang? Nak kritik pun OK ..... mak OK jer!
- Seorang yang periang, mulutnya ala2 murai gitu - pot, pet, pot, pet tanpa henti2.. harap2 bukan seperti JOYAH seperti yang kita tonton kt dalam tv tu, opsssssssssssssssss... cukup2 le komen, kang tak pasal2 diBOIKOT blog kecil ini..

Tag: sesiapa sahaja yang sudi, dipersilakan..

Psstttt: fuhhhhhhhhhhhhhhh lega (sambil urut dada giitu..), hutang ngan OKje udah berbayar..

Jumaat, 9 Mei 2014

Jumaat, 9 Mei 2014

Pengubat kerinduan..



"Alya pasti Auntie semua rindukan Alya terutamanya Auntie OKje, i miss u too....

Cukup le sekeping dua gambar Alya semasa Acara Sukaneka minggu lepas sebagai pengganti diri, lain kali ya umi 'up'kan status merapu dia, lagipun karang ni dia tengah bizi giler, setiap minggu asyik kuar daerah jer kerojenya, Alyapun join sekali sebagai PA tak bertauliah tau, bye2, jumpa lagi, muahhhhhhhhhhhhh sayang semua...."

Khamis, 1 Mei 2014

Khamis, 1 Mei 2014

Kek lagi..

Setiap bulan adalah bday Alya - "untungkan jadi anak bongsu.."

Tempahan khas dari kejauhan - hasil kreativiti sahabat merangkap 'exboss' 


Antara hasil seni beliau..(ambil dr fb)

Bagi teman2 yang tinggal di Kolumpur & teringin kelainan, boleh le tempah..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang