Selasa, 26 November 2019

Selasa, 26 November 2019

Isi masa lapang..

Tiada sebarang plan nak jalan2 sempena cuti sekolah, maklumlah si ibu sibuk tahap YB kekdahnya, nak cuti lama2 tak kesampaian dek kekurangan staf.

Ingatkan apabila ada penambahan, bebanan berkurangan tapi non adoooo.. maklumlah masing2 ada masalah peribadi yang sukar diungkapkan, maka "bertugaslah kamu dengan penuh dedidasi, xmo keluh resah ok.. "

Cuti rehat tahun lepas masih berbaki separuh, dicampur tahun ini yang tak berusik, cuti gantian langsung dibiarkan berlalu pergi, anggapkan ia bukan rezeki.. 

Positifkan minda, apa kata tahun depan kita keluarkan separuh CGR yang dah maksimum tu?  Bolehlah buat simpanan untuk kegunaan dimasa2 terdesak..


Alya dan Eisya
 (Sepupunya, datang jauh dari kg..)

Program Jom Bercuti Sekolah di Masjid
  • Demi memenuhi masa lapang Alya, kita masuklah apa2 program, tak kisahlah ia berbayar @ tidak, ilmu tu tidak pernah habis untuk dipelajari.. 

Khamis, 21 November 2019

Khamis, 21 November 2019

Hujung penggal persekolahan..




Tahniah dik, moga berjaya didunia dan akhirat, aamiin... 


Nota: Nasib anak bila ibu bekerjaya, detik2 penting sebegini tidak dapat raikan bersama, terima kasih buat suami yang sentiasa beri sokongan padu buat si isteri dan anak2

Alhamdulillah, dari anak sulung hingga terakhir, dia yang uruskan anak2

Isnin, 18 November 2019

Isnin, 18 November 2019

Anak2 zaman sekarang

Ada temujanji makan2 sesama mereka, asalnya senior tahun 6 anjurkan (team bola jaring seramai 11 orang), tup2 yang datang hanya mereka 1 kelas bertiga sahaja.

Pstttt: Bukan senang nak lepaskan anak2 pra remaja berjimba2 diluar, bila dah ada kawan2nya masuk ke dalam Marrybrown dan ada meja, barulah kami gerak balik, sesekali bolehlah bagi peluang tapi dibawah pengawasan.

Jumaat, 1 November 2019

Jumaat, 1 November 2019

Throwback 21/10/19

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Konvokesyen anak bujang.


Tahniah abang, moga ia jadi pemangkin untuk adik,2

Psttt: Kemain lagi semangat duduk di kerusi depan sekali ☺

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang