Jumaat, 27 Ogos 2010

Jumaat, 27 Ogos 2010

Alya 1'st bday giveaway


Selasa, 24 Ogos 2010

Selasa, 24 Ogos 2010

Alya dan Kek Hari Lahir

Memandangkan tarikh lahir Alya jatuh pada bulan Ramadhan,  justeru itu kami cuma belikan kek coklat moist sempena menyambut hari lahirnya (errrrrm, ummi tak sempat nak membuatnya)  dan tiada sebarang acara dilakukan bagi meraikannya.














Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah, hari ini genap setahun usia Alya, Selamat Hari Lahir Sayang, moga hari2 yg bakal dilalui penuh dengan keceriaan.. Kami amat menyayangi dirimu.

Genap setahun usia Alya bersamaan genapnya setahun misiku menyusukan dia, kini cuma tinggal setahun sahaja lagi, moga aku mampu meneruskan perjuangan ini..
Perkembangan terkini: 
  1. Boleh melangkah ke depan sehingga 10 tapak tanpa sebarang bantuan (sejak seminggu yang lalu)
  2. Mahir memanggil ummi, ummi, ummi (sejuk je hati ummi mendengarnya)
  3. Pandai berkawan dengan rakan sebaya.

Isnin, 23 Ogos 2010

Isnin, 23 Ogos 2010

ngantuknya anak ummi

Kesiankan Alya, pagi semalam, dia bangun seawal jam 4pagi, sama nganku dan telah dibawa bersama ke dapur, dia nolong ummi memasak untuk bersahur, pastu kami sahur bersama2.

Selesai je urusan ke dapur, aku biarkan dia berendam air suam lama2 kat bilik air dan bila masuk waktu subuh, diapn sama2 pakai telekung dan nunggu ummi dan kakak2nya solat berjemaah, menjadi kebiasaannya, sebaik je salam terakhir, cepat2 dia duduk atas riba dan tangannya merayap mencari bekalan.

Akhirnya, dia nyusu tanpa sempat menbuka kain telekung dan terus terlena dibuai mimpi. Jam 10pagi baru dia bangun. Maka sempat le ummi ambik gambarnya ketika dia sedang lena.

Isnin, 16 Ogos 2010

Isnin, 16 Ogos 2010

percutian

Sekali lagi kami jejakkan kaki ke Cameron Highland pada hari sabtu yang lepas, mulanya ingat nak rehatkan badan dihari cuti tapi hubby bersungguh2 mengajaknya.. nak tak nak,  pergi je le sementara menunggu waktu berbuka. 

Jauh dari rumah kami ke sana lebih kurang 140km, jalanpun elok.. nampaknya selepas ini kami jadikannya sebagai destinasi percutian kami di hari minggu / cuti.. 

Semasa kami sedang membeli sayur2an dan buah2an, hujan turun dengan lebat sekali, adoooi.. agak lama gak kami terkandas, akhirnya redah gak le dlm hujan lebat, yg jadi mangsanya tentunya selendang ummi sebagai peneduh Alya.. xper.. untuk anak kesayangan, ummi rela korbankan segalanya.

ngapa ni Alya? 

Langsung tiada senyuman, posa ke?

mula dah x leh dok diam, jemu sbb jauh sgt

Makan biskut je?? 

dapat daaa beg sebuah, xmo dilepaskan


Apa yg ada dlm beg tu??


Jom kawan2 semo, 

kat taman rama2

Taman Kaktus

Hai, tengok apa tu??

Perjalanan balik yg membosankan, 
baik Alya tido

Rabu, 11 Ogos 2010

Rabu, 11 Ogos 2010

Hari pertama bersahur

Malam td  terfikir gak nak tidur awal drp biasa, maklumlah kena bngun awal,  masak dan bersahur... nanti dibuatnya x sedar, x ke naya jadinya.. bg kita yg udah dewasa, x kisah sgt tp anak2?? x sampai ati biarkan anak2 posa tanpa sahur.

Erm, tv  'off' awal2 lg daa dan arahkan semua anak2 masuk tido.. ummipn ikut sama, baring kononnya nak tido gak  tp anak omeeey ummi si Alya ni, asyik bermain2 je,  langsung x nampak gaya dia nak tido awal.. jap ummi tengok jam, dah ke angka 10, pastu 10.20mlm,  lagi jam 11, dan akhirnya hampir ke angka 12 t/mlm.. alahai.. dia masih bermain lagi, mata ini dah ngantuk sgt2.. . sesekali dia menghampiriku n nyusu, pastu maini lg.. Akhirnya ummi terlelap juga n x sedar bila Alya ikut tido sama..

Konon2nya udah 'timing' penggera phone jam 4 pg tp guna mood  'getar' je, TERLUPA.. camner nak dgr?  sedar2 udah jam 4.15 pg.. bergegas ke dapur memasak sambil tu kejutkan anak sorang demi anak dan suh mereka mandi dulu sblm mkn.. Alaaaa, bukannya mandi air perigi sebagaimana aku kecik2 semasa kt kg dl ,  bila dikenang kmbali, e'eeee,  x snggup nak mndi pagi2, sejuuuuuk!!!!, skrg ni kemudahankan dah ada.. tamb. lak siang  malam dorang ni dah terbiasa mandi air suam.

Aku sendukkan nasi cam biasa je ntuk mereka, yang sulung ni siap minta nasi tambah lgi.. x der alasan ye  x der selera kalu ngan ummi.. Alhamdulillah, dorang habiskan semua makanan yg dimasak pg td.. senang keje ummi, basuh semua pinggan mangkuk,  susun kemas2.. bersihkan atas kabinet, meja untuk edisi memasak ptg nnt tp nak masak apa ye??? yg tinggal cuma bubur Alya je bersama sup daging.

Konon2nya dorang xmo tido lepas bersahur, ngdap le astro.. lepas subuh, aku tengok anak daraku berdua dah lena kembali dibuai mimpi.. huhuhu... (dorang sek. ptg).. hg aku kuar pegi keje td, dorang blum bangun.. terlewat lg le nak ke 'kelas fardu ain.'

Selasa, 10 Ogos 2010

Selasa, 10 Ogos 2010

KurniaanNya

Agak lama juga aku menyepikan diri, ntahlah.. mungkin kerinduanku terhadap arwah Syahmi membuatkan aku agak tertekan. Jika dia ada, usianya sudah 12 tahun dan bakal menduduki UPSR.

Buat kesekian kalinya aku menitiskan air mata pabila menatap gambarnya. Cuma sekeping je yang sempat aku rakamkan sepanjang hayatnya sebagai kenangan. Terbayang diruang mata di kala dia bertarung nyawa hampir 2 minggu semasa dirawat di ICU IJN. Aku tak terfikitr merakamkan detik2 dia  semasa disana, mungkin di waktu itu, aku mengharapkan ada sinar sebaliknya.

Mungkin juga anak sulungku yang berusia 2 tahun ada bersama dan mengambil alih penyusuan ibu daripada adiknya. Mungkin arwah ibu masih ada dan memberi kata2 semangat, begitu setia menemaniku dan mungkin pengalamanku semasa praktikal  merawat dan menjaga pesakit,  dan bidang kerjaku yang berkait rapat telah menguatkan mindaku menghadapi situasi sebegini.  Saudara mara datang menziarahi dari kejauhan silih berganti dan memberi kata semangat.. Hubby?? diwaktu itu, dia dilema dan belum matang membuat sebarang keputusan. (maaf, tapi inilah hakikatnya)

Syukur, awal tahun ini aku diberikan seorang anak angkat yang agak besar dan berusia 9 tahun biarpun tiada hitam putih yang  termaktub. Aku redha,  kiranya disuatu hari nanti dia kembali kepangkuan keluarganya dan tidak datang lagi kepadaku  sebab niat aku cuma satu,  ingin membantunya sekadar termampu dan cuba memberi sinar kebahgiaan serta kasih sayang buat dirinya. 

Antara bual bicaraku dengannya semalam setelah dia pulang dari sekolah..

Suzila:  Ummi, bolehkah nak minum air milo?
Ummi : Minum je le, x perlu nak minta2.. kan ummi dah bgtau, kalau nak makan/minum.. ambik  je apa yg ada.. Insya Allah jika ada rezeki, adalah, kalu xder nak wat camner?
Suzila  : A'aaaaa, betul tu
Ummi  : Tapi sejak Suzila dok ngan ummi, rezeki ummi sentiasa ada..
Suzila  : Camner tu ummi?? (berkerut dahinya persis org dewasa lagaknya)
Ummi  : Yalah, niat ummikan cuma 1,  nak tolong awak,  jadi telah dipermudahkanNya. (Biarpn dah bertambah tanggungan tapi tak terasa sikitpun bebanannya..Syukur, Alhamdulillah)
Suzila  : O'oooo.. gitu ummi ye.. (Dia mengiyakannya dan berlari girang)

Alhamdulillah, dia merupakan antara  penawar aku kini.. tanpa keletah dia, aku mula terasa sunyi. Masih teringat, ketika aku terbaring kepenatan.. dia datang tanpa perlu diminta, urutkan badanku dan tingkahlakunya  diikuti dek anakku yang lain.

Ahad, 8 Ogos 2010

Ahad, 8 Ogos 2010

12 tahun berlalu


Sekejap je masa berlalu,  sedar tak sedar hari ini 08.08.2010,  sudah 12 tahun Syahmi meninggalkan kami seiring dengan usianya. Rindu kembali menerjah dilubuk hati namun aku redha, sesungguhnya kini dia merupakan salah seorang penghuni syurga yang berbahagia di sana. Amin

Isnin, 2 Ogos 2010

Isnin, 2 Ogos 2010

Letih

2 minggu berturut2, aku tak dapat rehat cam biasa.. hari mingguku dipenuhi dek tugasan rasmi @ personal, penat sangat2. minggu depan?? Insya Allah.. akan ku gunakan masa itu untuk rehat sepuas-puasnya.

Semalam kami menghadiri 2 jemputan kenduri, 1 kenduri bertunang rakan tetangga  dan selepas itu terus bergegas keluar daerah bagi menerima jemputan rakan taulan. Cuba bayangkan, jam 2.15 ptg kami sampai k sana.. sib baik le masih ramai lagi jemputan yang hadir, tak le terasa segan sgt. Maaf, suasana hari ini x smpt dirakam, moodnya kosong. 

Sampai umah jam 5ptg terus terlena.. x kisah daa kat anak2, sib baik le Alya seorg yg memahami.. dia bermain tanpa mengganggu umminya dibuai mimpi disiang hari. 

Buat teman2 yang sudi singgah sini sepanjangku tiada.. terima kasih byk2, Insya Allah ku cuba buat kunjung balas dimasa terdekat ini. tungggguuuu!!!!!

Ahad, 1 Ogos 2010

Ahad, 1 Ogos 2010

Sehari di Cameron Highland

Pagi ni aku xmo berceloteh panjang.. jom layaaaan je gambar semalam,  Cuti2 Malaysia..
Dalam kete.. gelak tawa sepanjang perjalanan

Wajah ceria Alya dapat 'Makan Angin'


Sejuk sangat tapi.. Alya rilek je!!



Di Ladang Teh

Ni je gambar yang sempat diambil.. kdg2 terlupa, Insya Allah dilain masa dan ketika.. kami akan kesana lagi



 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang