Sabtu, 31 Ogos 2013

Sabtu, 31 Ogos 2013

Mood Melayang2

Pagi esok perlu kuar daerah lagi selama 5 hari (nasib baik keja luar di CH pada 6-8hb ditunda, kalu idok 8 hari berterusan kuar daerah...) tapi mood seakan tiada, melayang entah ke mana2, kain baju untuk dibawa belum berkemas, stok makanan sebagai bekalan famili selama beberapa hari ketiadaanku langsung tiada (baru jer suh anak teruna ke pasar belikan beberapa ekor ayam).

Badan terlalu penat apatah lagi minda (setelah kerja 12 hari tanpa rehat..), semua bercampur gaul, nak tinggalkan pejabat di awal2 bulan seboleh mungkin cuba dielakkan tapi sudah tugasan rasmi, nak tak tak terpaksa hadapi.

Alhamdulillah semua laporan bagai yang perlu disiapkan cuma berbaki 25% jer, itupun terpaksa di bawa balik ke rumah, lagipun teman2 di daerah lain fax reten setelah hampir tamatnya waktu pejabat, mana sempatnya teman nak compile bagai, itupun petang semalam hampir jam 7 petang baru melangkah kuar dari pejabat, siapkan apa2 yang patut, sekurang2nya tiada bebanan yang ditinggalkan kepada pengganti diri ini (jika ditinggalkan jua, pastinya  akan terbengkalai +++, urmm ntah le memasing punya peel, malas nak komen..)

Kemana destinasiku seterusnya, tunguuuuuu!!!

Nota: Jika program luar, biasanya kami bergabung kesemua daerah & team bertugas hampir sama jer, entah le, ia di atas pemilihan boss peringkat negeri, mungkin kami senang berurusan, tidak banyak kerenah, sukar menolak kerja yang diberikan, pastinya kami kerja berpasukan tanpa ada perasaan hasad dengki di antara satu sama lain, ibarat sebuah keluarga besar yang bahgia, suka duka bersama @ MUNGKINKAH KAMI ANAK EMAS?? tapi jangan sesekali kata kami dipergunakan.. tidak sesekali k.. 

Jumaat, 30 Ogos 2013

Jumaat, 30 Ogos 2013

bodoh sombong

Sakitnya hati apabila berdepan dengan manusia sebegini rupa, sabarlah duhai hati...

Nota: Entri Geram


Khamis, 29 Ogos 2013

Khamis, 29 Ogos 2013

Senarai 'Bloglist'

Sudah menjadi tabiat saya, setiap kali 'bw' ke blog rakan2, saya akan semak bahagian 'bloglist' seperti ini:-

Bak kata pepatah, 'orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa" , jika url (link) laman Diari Hidupku atau CORETAN PERIBADI ada pada bloglist kalian, semestinya saya akan masukkan senarai link rakan2 ke dalam bloglist laman ini, akan tetapi kita cuma insan biasa, pastinya terlepas  pandang.

Mohon kerjasama teman2 supaya tinggalkan senarai url kalian jika saya terlepas pandang pada bila2 masa sahaja, in shaa allah saya akan masukkan ke dalam bloglist di sebelah kiri laman ini 'Suka singgah sini', sekurang2nya kita saling membantu di antara satu sama lain.


Rabu, 28 Ogos 2013

Rabu, 28 Ogos 2013

Renungan



Ahad, 25 Ogos 2013

Ahad, 25 Ogos 2013

Hari terakhir di CH

Selesai jalani tugasan rasmi terakhir di Cameron Highlands, kami singgah seketika di Ladang Teh sebelum berangkat pulang ke destinasi



"Paling penting, kita minum dulu sambil bersantai, jemput semua.."

Sabtu, 24 Ogos 2013

Sabtu, 24 Ogos 2013

Hari kedua di Cameron Highlands

Setelah tugasan rasmi selesai siang tadi, kami ambil kesempatan ronda2 di kawasan sekitarnya..





Jemput minum semua..

Tercapai juga hasrat hubby ber'steamboat' (Hotel Star Regency, Brinchang, Cameron Highlands 05-4915133 - RM20 seorang)

PA tidak rasmi si ibu..

Nota: Tugasan rasmi aka kerja luar masih tinggal sehari lagi di sini..

Selamat Hari Lahir Sayang...

Selamat Hari Lahir ke 4 buat si manja kami - Nur Alya Afiqah, moga dewasa nanti menjadi seorang yang solehah dan terus membahagiakan kami sekeluarga, aamiin...

"Kami semua sayang kamu, muahhhhhhhhh!!!!"
'Pic terbaru' siang tadi




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf geng, nampak gayanya dalam seminggu dua ini, UA terpaksa kurangkan masa dengan xtvt berblog, bizi sikit, urmmm tiba2 jadual padat.. hihihi

Nota:  Bersiaran terus dari Cameron Highlands..(Kerja luar sambil MAKAN ANGIN, aci tak?)

Isnin, 19 Ogos 2013

Isnin, 19 Ogos 2013

Realiti @ Fantasi?

Tak terkata tengok gambar ni, urmm peringatan untuk diri sendiri, lain kali kena pastikan peralatan memasak @ seangkatan dengannya dibasuh sebersih2nya, pastikan tiada benda / makhluk asing yang menghuni di dalamnya..

Sumber: FB

Ahad, 18 Ogos 2013

Ahad, 18 Ogos 2013

Rumah terbuka Aidilfitri vs kenduri kahwin

Sana sini teman2 'update' mengenai rumah terbuka, yalah Syawalkan sebulan kecuali bagi sesetengah negeri..  Aidilfitri cuma meriah pada 1-3 Syawal sahaja..

Dikesempatan ini juga, diselitkan kenduri kahwin, tentunya lebih meriah, maklum le 2 dalam 1, sebenarnya menghadiri rumah terbuka dapat mengeratkan silatullrahim sesama kita, cuma di antara sudi menerima jemputan dengan tidak jer..

Bagi kami tidak le dibuat pada hari2 tertentu untuk rumah terbuka, maklum le diri ini 'tidak begitu rajin..' , lagipun dengan kesihatan yang tidak begitu baik sekarang ini, akan tetapi pastinya sepanjang hari cuti / minggu di bulan Syawal, akan tersedia makanan lebih & pastinya menjadi kegemaran anak2 terutamanya si teruna itu.. (jika malampun makanan masih berbaki, akanku paksa si teruna itu abiskan makanan.. jahat tak ummi kamu??)

Yalah.. manalah tau, ada tetamu yang datang mengejut, contohnya semalam, sepanjang hari asyik dok kat dapur jer basuh pinggan mangkuk & periuk belanga, bukannya ramaipun yang datang tapi secara berkala, lagipun saya cukup tak suka lihat pinggan mangkuk meskipun sebiji cuma dok dalam sinki, rimas woo..

Hari ini pula, terima jemputan kahwin n dimaklumkan lebih awal ada rakan akan bertandang ke rumah  pada petang nanti, itu le sedang fikirkan menu untuk hidangan tetamu nanti..

Khamis, 15 Ogos 2013

Khamis, 15 Ogos 2013

'kayuh pelan2 maa'

Tak tau mana silapnya, seminggu seakan rajuk ngan blog, idea menulis langsung tiada, puas sudah diperah2 supaya terkeluar sedikit ideanya tapi NON ADO, nak salahkan mood raya, JANGAN sesekali k..

Sebenarnya sudah beberapa hari kembali ke teratak kami setelah puas berhari raya di dalam kenderaan, mana taknya, bergerak ke sana ke mari pastinya terkandas di dalam 'jammed' yang teruk, haru betul jadinya, sudahnya sampai jer ke rumah, badan sudah longlai, tengok keretapun dah naik muak, ampunnnnnnnn tak sanggup rasanya menempuh keadaan sedemikian di kemudian hari, sakit abis satu badan.

Sudahnya demam, selsema & batuk mula mendampingi diri ini, udah seminggu bercuti, nak tak nak kena gak keja, positifkan minda "kuatkan hati, cekalkan semangat, pastinya kamu boleh.."

Nota: Sehari suntuk di tempat kerja ber'mask' bagai, xmo gelak2 k, iyalah... sebagai langkah keselamatan, terjangkitkan kat orang sekeliling, tak ke haru biru jadinya...

Ohya.. kenangan sukar dilupakan, semasa perjalanan balik ke destinasi, kami terserempak dengan kemalangan melibatkan motosikal (mungkin terbabas  & terlanggar benteng kot..) di mana kaki mangsa terputus dua, ngeri....

Jumaat, 9 Ogos 2013

Jumaat, 9 Ogos 2013

Kisah raya kami

Alhamdulillah kami selamat tiba di kampung halaman malam tadi setelah banyak masa raya pertama dihabiskan di dalam perjalanan, ingatkan perjalanan akan lancar tanpa 'jammed' yang teruk tapi sangkaan kami meleset, mungkin ramai lagi seperti kami - beraya diperjalanan.

Sebelum bertolak kami melawat pusara anakanda, nampak gayanya si bongsu  - Alya lebih menghayati erti kehilangan, wajahnya sunggul sewaktu kami melangkah meninggalkan pusara, perlu mengambil masa yang agak lama untuk redakan kesedihan "Pusara siapa ni Dik?", jawabnya "Abang Alya.." ujarnya perlahan sambil menahan sebak, "Naper ni Sayang, adik sedih ke?, dia mengangguk kepala perlahan2.

Hari ini misi ziarah sanak saudara  & pusara orang tua kami akan bermula, in shaa allah akan dipermudahkanNya.

Khamis, 8 Ogos 2013

Rabu, 7 Ogos 2013

Rabu, 7 Ogos 2013

Ramadhan Terakhir

Hari ini saya masih lagi bertugas 'DEMI KEWAJIPAN KEPADA NEGARA", cewahhhhhhhhhhh ayat tak menahan tu.

Bekerja seorang diri mengundang diri ini kepada risiko, maklum le kebanyakan pejabat swasta di sekeliling ini sudahpun bercuti awal bagi menyambut Syawal esok, nasib baik berjiran dengan hotel di mana 24 jam sentiasa beroperasi.

Kebiasaannya pada hari terakhir Ramadhan, pejabat akan sunyi sesunyinya dari pagi hinggalah kepetang tapi sejak awal2 lagi saya telah punyai tugasan yang perlu diselesaikan, in shaa allah akan disiapkan sepanjang  hari ini, idok le terasa kesayuan berada 'diperantauan', jika arwah kedua orang tua masih ada dulu, masa inilah merupakan hari yang paling sibuk membantu mereka untuk meraikan Aidilfitri.

Anak2 masih mengharapkan sesuatu terhidang di atas meja kami pagi esok, jangan risau k, in shaa allah malam nanti kita berhempas pulas, pastinya kalian tetap terasa bahang Aidilfitri meskipun kebanyakan jiran tetangga sudah pulang ke kampung halaman memasing, cuma tinggal kami 2-3 buah rumah jer yang ada di sini.

Cuma buat kakak & abang2 di kampung, maaf sangat2, tahun ini tidak dapat hulurkan kuih muih hasil air tangan adik kalian seperti selalu tapi jangan risau, buah tangan sudahpun tersedia buat kalian semua, nak  buat camnerkan, lemau tetap xmo pergi dari diri ini.

Buat teman2 alam maya, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin..
Fakta: Baru perasan, kasut/sandal kami kaum hawa berjenama Vern's walaupun di beli lain2 tempat & waktunya, si ibu sandal biasa2 jer (RM39.90) bersaiz 5 (silap2 hari bulan pakai jer sandal BATA yang sudah usang), kasut raya anak dara bertumit 21/2 inci bersaiz 5 juga (RM 79.90) & kasut Alya bertumit 2 inci  bersaiz 26 RM 49.90 (24jam dok pakai dalam rumah, seronok sangat dak kecik ni apabila impiannya  punyai kasut bertumit tinggi seperti kakaknya menjadi kenyataan..), nampak gayanya si ibu lebih bersederhana berbanding anak2..

Selasa, 6 Ogos 2013

Selasa, 6 Ogos 2013

Ramadhan ke 28

Alhamdulillah lusa dah nak raya, saya percaya ramai di antara kita sudah lengkap membuat persiapan raya, tak kurang juga ramai sudah sampai  ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri.

Kami masih lagi diperantauan (cam le jauh beribu2 batu, hihihi), persiapan raya masih tinggal 20% lagi termasuk songkok 2 beradik tu, kasut & sandal dak tecik ni - Alya (kasut raya yang dibeli tempohari dahpun dibuat basahan, jadi kena beli lain..) serta bahan membuat kuih raya.


Memandangkan hari esok perlu bekerja sorang, jadi hari ini ambil cuti rehat untuk persiapan terakhir, cadangnya pagi nak kuar daerah sekali lagi untuk membeli persiapan di atas serta bahan2 untuk berbaking.

Terukkan, orang lain sudah ada berbalang2 kuih muih di atas meja, saya baru terhegeh mencari bahan untuk membuatnya, rasanya hingga ke saat ini masih belum teringin nak hidangkan kuih muih yang sudah siap di pasaran, nak juga buat sendiri, lagipun ia lebih untuk santapan famili & kehadiran tetamu yang sedang2 jer, len le retis yang punyai ramai peminat).

Jangan terkejut jika di awal pagi raya ada terbau biskut, muffin @ kek yang sedang dibakar di kawasan taman perumahan ini, itulah cara saya dan ia akan berlarutan sepanjang Syawal selagi stok bahan mentah masih ada.

Masa itu barulah terasa raya, dasyatkan mak budak ni!! (nak buat camner, mood xder..)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CPUV ke 43/2013
Q3 Prepaid Roaming



Isnin, 5 Ogos 2013

Isnin, 5 Ogos 2013

Ramadhan ke 27

Alhamdulillah kita sudahpun menghampiri penghujung Ramadhan & Syawal bakal menjelma, sana sini rakan2 blogger update status berkaitan persiapan hari raya, seronok membacanya.

Saya masih lagi lemau, tak tau kenapa? Mungkin Aidilfitri tahun ini jatuh pada 8 Ogos 2013 bermakna pada tarikh itu jugalah genapnya 15 tahun pemergian anakanda tercinta buat selamanya, tiba2 rindu seorang ibu membuak2 & kenangan bersama arwah pada saat2 akhir menerjah.

Saya percaya ramai di antara kita sedang beransur pulang ke kampung masing2, kami di sini lagi, maklum le saya masih bekerja pada hari melemang, itulah rutin setiap tahun - beri laluan kepada anak buah bercuti & membuat persiapan raya, in shaa allah selepas solat raya, kami akan melawat pusara anak sebelum balik ke kampung halaman sambil beraya, dengan erti kata lain, akan singgah ke rumah sanak saudara sepanjang perjalanan nanti.

Kebiasaannya pada hari raya kedua barulah bersama abang2 & kakak melawat pusara orang tua kami, maklum le mereka tunggu adik bongsunya untuk pergi bersama.

Pusara kedua2 mertua xder masalah sebab depan rumah pusaka jer..

Nota: Ogos dalam Kenangan

Ahad, 4 Ogos 2013

Ahad, 4 Ogos 2013

selingan

Rita Rudaini & anak2...

Nota: Suka tengok pic ini..


Sabtu, 3 Ogos 2013

Sabtu, 3 Ogos 2013

Cara nak alihkan/sekat 'follower' g+

Jika kalian masih ingat, saya punyai masalah dengan seorang 'pengikut' g+, klik sini..

Alhamdulillah hari ini saya dah jumpa cara2 untuk alihkan 'follower' yang tidak diingini dari laman kita, urmmmmm rupanya banyak lagi bab2 IT yang perlu saya pelajari, pastinya kena rajin2kan diri mencari & terus mencari ilmu supaya penuh di dada.

Peringatan kepada diri sendiri, kena pastikan jenis laman sebelum kita ikuti @ balas 'follow'.. jangan dok redah jer sebab saya tengok ramai gak yang mengikuti laman tersebut, mungkin tanpa disengajakan.

Oh ya, 2-3 hari sudah menggunakan khidmat carian google untuk dapatkan jawapan tapi gagal, mungkin masih belum ramai yang membuat entri berkaitan dengan ni..

Langkah Pertama
Buka bahagian 'Perihal', 
 kemudian klik sebelah kanan sekali, 
ambil:- laporkan/sekat

Langkah kedua

klik pada pilihan kita

Langkah ketiga
Nyatakan mengapa kita mahu laporkan laman tersebut

siap daa..

dan inilah jawapannya... 
Alhamdulillah, lega rasa di hati..

Khamis, 1 Ogos 2013

Khamis, 1 Ogos 2013

Duit Raya..

Alhamdulillah Cek ke 3/2013 dari Nuffnang sudah sampai, rezeki anak2 hasil dari kreativiti seorang blogger merangkap si ibu yang entah apa2.

Terima kasih Nuffnang & teman2 alam maya, tanpa sokongan kalian, siapalah saya..

Psstt: Patut le mood pagi ni hepi jer.. :)

Nota: Rasanya kali ni paling cepat terima cek, cashout pada 1 Julai 2013 manakala terima cek pada 1 Ogos 2013..

In shaa allah hujung September nanti cashout untuk penggal ke 3.


coretan pagi

Mula2 terima mesej kat Chatbox:


 &

Fieyra follower ke 620, 
tk dik sbb sudi follow sini...

Bukan saya tak sudi membalas kunjungannya tapi...

Ia khas buat pembaca dijemput sahaja walaupun jejak yang ditinggal pada Chatbox "if xksah... follow sy balik..".

Nota: Pagi ini tiba2 mood baik lak, hihihi

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang