Isnin, 31 Disember 2012

Isnin, 31 Disember 2012

Update Hadiah Pencarian Top Komen

Cuma ada beberapa hari jer lagi 'Pencarian Top Komen' akan sampai kepenghujungnya, agaknya siapakah yang bakal memenangi segmen ini?

Tarikh tutup: 31/12/2012 @ 11.59malam

Hadiah yang bakal dimiliki berupa
  
Kain pasang yang baru dibeli semalam, khas untuk segmen ini...
(tak tau le samada memenuhi @ tidak citarasa si pemakai nanti,  maklumlah makcik tak reti membeli, sering tertipah tertipu jer...)

Penutup Tahunan

Penutup akaun 31/12/2012 "CashOut RM*****" - Alhamdulillah, terima kasih Nuffnang.. 

Baki kini
RM0.00



Ahad, 30 Disember 2012

Ahad, 30 Disember 2012

Persiapan sekolah

'Penat woo...' baru jer lepas menjahit lencana sekolah anak2, 'menci tau..' bab2 menjahit ni 'makcik' memang mundur ke belakang, cukup2 malas.

Setelah itu kemaskan baju sekolah anak2, baju2 yang sudah lama asingkan, beri laluan kepada baju2 baru pula, dalam dok asing2kan itu, terpandang 3 helai uniform sekolah menengah (kepunyaan abang) yang masih baru dan belum berpakai memandangkan awal 2012, dia telah dilantik sebagai 'Pengawas Sekolah', jadi beli baju & kasut kaler lain.

Nampak gayanya untuk tahun 2014, tak perlu beli lagi uniform sekolah untuk si adik, itupun jika ingat. -"jimat makcik!!!"

Baju Pengawas si abang pula masih ada sehelai belum berpakai, kemudian terbeli lagi 2 pasang uniform sementara baju lama masih lagi elok dan berpadanan.

(Sayangnya... itulah kadang2 membeli mengikut hawa nafsu, bukannya keperluan - dah masuk ke dalam golongan RIAK le ni, huhuhu..).

Baju si kakak pula, masih lagi di kedai jahitan, telefon siang tadi, katanya esok baru siap. Alhamdulillah boleh dikatakan hampir 90% keperluan persekolahan termasuk buku2 anak sudah siap, cuma baju melayu putih anak teruna kedua belum ada lagi.

Semasa keluar daerah tempohari, letih mencari baju melayu 3 - 4 buah pasaraya, semuanya tidak berpadanan dan apabila penat, dia pula bagi cadangan 'pakai yang tahun ni jer ummi, elok lagi, alaaa pakai sekali seminggu jer..', senang dah hati, dapat berjimat..

Sampai je ke rumah minta dia cuba pakaikan baju melayu yang sedia ada, 'hurmmmm... tak boleh..dah senteng le sayang..' si ibu gelengkan kepala, nampaknya kena mencari lagi di dalam jangkamasa terdekat ini.

Begitu juga dengan pencarian beg sekolah, 3 beradik ok jer termasuk Alya tapi si abang sulung membantah dengan alasan boleh guna beg sekolah lama (kononnya kesiankan kami setelah berbelanja melebihi  bajet pada hari tersebut..).

Akan tetapi pada keesokkan harinya dia minta duit sebab hendak beli sendiri beg sekolah (Mahal lak tu kat daerah kecil ini..), alasannya beg lama sudah lusuh, alahai anak.. rupanya dia tak nak kita campur tangan, citarasa dia memang tidak sama dengan kami. 'Hurmmm.. itulah peel anak2 apabila mereka sudah besar panjang. '

Nota: Persiapan sekolah untuk 4 orang anak (termasuk dak alya..), orang sibuk beli barang2 sekolah, dia pun join sekali..




renungan...



Sabtu, 29 Disember 2012

Sabtu, 29 Disember 2012

'Plastik..'

Amat2 alergik dapat komen cenggini kononnya baru jer jadi follower kita (sbnrnya xder ponggg..) & pastu minta follow kembali.. Pandangan kalian?

Psssttt: Makcik ini sombong ke?

Gara2 Cemburu Buta

Sedih bila baca berita ini, seorang isteri yang baru dinikahi 6 bulan lalu mati dibunuh oleh suami sendiri awal pagi semalam lantaran cemburu..

Giler.. orang lainpun berkahwin juga tapi tak adanya nak cemburu2 tak tentu pasal, mungkin ia merupakan salah satu unsur negatif akibat penyalahgunaan dadah.

Berita lanjut di HMETRO

Sihat sudah..

Seawal pagi Alya sudah bangun dari tidur "Adik sudah sihat ummi...", ujarnya. Alhamdulillah berkat doa semua, demam mereka tidak berlarutan. 

Si ibu sudah boleh kembali tersenyum dengan telatah si kecil yang sering mengeletek hati, Alya - sejak dua menjak ini pantang dengar muzik, asyik menari jer kerjanya, macam2..

Jumaat, 28 Disember 2012

Jumaat, 28 Disember 2012

Hati tidak keruan..

Bekerja tapi hati berada dirumah, bagaimana itu?, si ibu rindukan anak2 yang sedang terbaring lantaran demam. Hari ini bertambah seorang lagi team iaitu anak teruna. Kedengaran sayup2 di telinga - "nak ummi, nak ummi..."

Seawal jam 5 pagi, Alya sudah bangun, badan terasa hangat, lantas berikan Alya ubat, dia cuba capai dengan tangan yang agak menggigil, maka ubat tersebut tertumpah ke lantai sebelum ia berjaya disuakan ke mulut.

"Ya Allah.. anak2ku, dugaan buat ibumu ini, kesian kalian..."

Selesai selesai berikan ubat, dia minta untuk dimandikan, si ibu sediakan air mandian, berendam seketika, sesudah itu bersarapan dengan jagung rebus, habis seketul, minta di tambah seketul lagi.. setelah makan separuh terus diletakkan semula ke pinggan -"tak sedap!!".

Sesudah siapkan Alya, sediakan air mandian buat si kakak pula, berikan ubat, selepas itu giliran si abang pula mandi, makan ubat dan akhir sekali hidangkan bubur nasi buat mereka & bancuhkan secawan susu kambing buat si abang, adik2 minum susu segar cuma.

Setelah kesemua anak2 selesai bersarapan, si ibu terpaksa tinggalkan mereka untuk keluar bekerja. Moga mereka adik beradik cepat sembuh, amin..

Nota: "Janganlah berjangkit dengan ibumu ini, nanti siapa nak siapkan segalanya buat kalian?"

Khamis, 27 Disember 2012

Khamis, 27 Disember 2012

Rezeki Dak Alya..

Alhamdulillah.. terima kasih Ujie..

Pemenang asal
terima kasih kepada SM jua

Nota: Tengah susah hati, tiba-tiba 2 beradik demam - kakak & alya, esok sudah kembali kerja., baki cuti yang ada sudah simpan ke dalam GCR & selebihnya dibawa ke tahun depan.


Rabu, 26 Disember 2012

Rabu, 26 Disember 2012

Jagung & Cempedak Crepe

Menu petang ni, amacam Makcik rajin ke tak? 
(orang tua ni puji diri sendiri lak, ish3x.....)

Resepi untuk kulitnya sblm ini, rujuk sini

Bahan-bahannya :
30 gm  masing2 tepung Hong Kong, kastad, tepung jagung, tepung ubi & tepung kentang
3-4 biji telur
250 ml susu segar
garam
pewarna 


Ohya.. jika ditanya crepe apa yang lebih sedap, 1'st tentunya durian crepe, diikuti cempedak dan last sekali jagung crepe tapi anak bujang seorang ini tolak batu & kayu jer, SEMUA sedap...

Amat berpuas hati dengan penghasilan kulitnya, amat nipis tapi langsung tidak carik / koyak.

ww

Mood menulis sama dengan keadaan tuan rumah yang sedang bercuti, kosong.. langsung kekeringan idea & langsung ketiadaan mood, bergolek2 dengan Dak Alya lagi best..

Konon2nya semasa bercuti panjang ni, boleh buat sikit2 tugasan rasmi, maklumlah penghujung tahun, memang banyak kerja yang perlu disiapkan tapi.... langsung tidak bersentuh, tengok je dari kejauhan, cutikan? Ho'oooo.....

Nota: Anak minta buatkan BBQ lagi, Insya Allah sudah dapat 'green light' hubby, mungkin BBQ akan menjadi acara berkala kami menggunakan keuntungan bulanan dari jualan  'Smart Herbs', yalah..  berkongsi dengan jiran tetangga & mereka yang memerlukannya... 

Pastinya ucapan terima kasih kepada pelanggan tetap kami di daerah ini dan secara online  - Ustaz Azraie, Kak Maznah - Kelantan, En. Anas -Kedah, Ieda & lain2. Sokongan kalian amat dihargai.

Tak lupa juga rakan2 blogger yang banyak membantu.. terima kasih semua 

Isnin, 24 Disember 2012

Isnin, 24 Disember 2012

Maggi Tomyam

Apabila bercuti jer, perut lapar memanjang, lagi2 dengan cuaca tidak menentu & suhu sejuk diluar sana, maka inilah salah satunya menu ringkas kami sebagai penyelamat keadaan.

Nota: Terkesan dengan pertanyaan Alya petang ini: "Ummi tak sayang adik ke?" huwaaaaaaaaaaaa... ok bye.. nak layan budak comel dulu..


Renungan...



Ahad, 23 Disember 2012

Ahad, 23 Disember 2012

Selesai Sudah..

Alhamdulillah baru selesai berBBQ, syukur sebab ia mampu mengeratkan hubungan kami bersama jiran tetangga - 1 Malaysia. (Sejujurnya kami jarang2 sekali dapat berkumpul dek kekangan masa masing2)

Kesemuanya tak dijangka, perancangan awal makan2 hanya untuk famili & rakan2 anak tapi apabila sessi membakar bermula, kami menjemput jiran tetangga berhampiran (ramai yang sedang bercuti), itupun dorang tegur "Naper tak bagitau awal, jika tidak boleh berkongsi bajet ramai2".

Ok jer, rezeki walaupun tetamu yang hadir diluar jangkaan tapi ia cukup untuk semua.

Nota: Tiada gambar berBBQ, tidak terfikir tadi..

Perancangan

Ayam yang sedang diperap untuk BBQ malam nanti, ada sesiapa nak join, silakan...

 Nota: Perancangan awal berBBQ di Cameron Highlands, sayangnya chalet penuh, tak apalah.. kita berBBQ kat rumah jer ya...

Kemaskini 26/12/2012 (Permintaan rakan2)
Bahan2:
  • Ayam
  • Cili Kering
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Halia 
  •  Serai
  • Lengkuas (pilihan - tak masukpun xper..)
  • Kunyit Segar (Serbuk Kunyitpun ok juga)
  • Serbuk Ketumbar
  • Serbuk Jintan Manis
  • Serbuk Jintan Putih 
  • Lada Hitam (Ditumbuk kasar)
  • Sos Tiram, sos BBQ & sos Lada Hitam (pilihan - tak masukpun xper..)
  • Garam/Gula secukup rasa (tak perlu banyak sebab sos dah masin..)
Peram sekurang2nya 8 jam sebelum dibakar, lagi lama perap lagi umpppp.. (Saya suka masukkan banyak bahan2 rempah seperti bawang putih, serai, halia & Lada Hitam ke dalam perapan..).

Semasa bakar renjiskan  campuran 'minyak, bawang putih dan air' menggunakan serai yang diketuk kasar..

Sabtu, 22 Disember 2012

Sabtu, 22 Disember 2012

Masak Lemak Siput Sedut

Menu kami siang tadi..  

khas untuk Cik Nor
  
akak kasi yg berkaler ntuk Cik Nor.. hihihi

coretan alya..

"Ada sesiapa yang rindukan Alya tak? sebenarnya Alya tak kemana2pun sekadar menemani ummi pergi sana sini, maklumlah ummi tu sibuk manjang....


Alahai.. hodohnya gambar ni,  kamera ummi ada masalahlah.., mungkin sebab Alya sering buat main2, tersilap setting sana sini, nasib baik ummi tak marah..



Alya jeleslah ngan ummi, malam tu dia ada dinner, makan sedap2 pula tu,  boleh dia tinggalkan Alya kat hotel bersama abang & kakak, adik nangis tau rindukan ummi, sob3x...

Nasib baik selepas tu ummi bawa kami keluar makan2 walaupun jam sudahpun melewati 12t/malam tapi adik peliklah dengan ummi, katanya pergi dinner tapi naper ummi boleh makan banyak lagi..?, Ho'oooo... patut le ummi makin gomok.."

Selasa, 18 Disember 2012

Selasa, 18 Disember 2012

Terlebih Sudah..

Pastinya setiap kek hari lahir adalah milik Alya

Walhal sepatutnya ia adalah kepunyaan si kakak
sempena kelahiran yang ke 11.

Isnin, 17 Disember 2012

Isnin, 17 Disember 2012

Selamat Hari Lahir

Selamat Hari Lahir yang ke 11 buat anak gadis kami - Nur,
Moga sentiasa di rahmati dunia dan akhirat.

Ahad, 16 Disember 2012

Ahad, 16 Disember 2012

Men'crepe'kan Durian lagi..

Atas permintaan anak teruna, terpaksalah dengan relahati men'crepe'kan durian untuk kali ketiga, rasanya hari ini paling berpuas hati sebab kulitnya amat nipis dan langsung tidak koyak. (Mungkin penggunaan tepung jagung yang banyak berbanding tepung2 yang lain kot..)

Jangan ditanya mengenai resepinya sebab kali ini ia mengikut kata hati, dengan kata lain 'main campak2 jer' tapi rasanya tidak mengecewakan.

Perasa asli, tanpa vanila & gula
akan tetapi serasi dengan selera kami sebab ia tidak menjemukan, cuma masukkan sedikit garam ke dalam adunan.

Nota: Tepung gandum, tepung ubi kentang, tepung jagung, kastard, tepung ubi kayu, garam, telur, susu segar @ santan, pewarna & air sucukupnya, kisar guna blander n tapis, masukkan sedikit butter @ margerin. - adunan mesti cair bagi menghasilkan kulit yang nipis.

Alya oh alya....

Celik mata jer "Adik lapar, nak makan durian.." sambil tunjukkan jari ke arah longgokan buah durian yang berada di sudut bahagian dapur..






 Peminat setia."Raja Buah aka Durian"

Nota: Kejap lagi nak 'mencrepekan durian' pula, permintaan anak teruna no. 2

Menu Kami

 
Gara2 malas nak bersiap untuk 'Kenduri Kahwin' (wakilkan Hubby & Alya cuma), inilah menu kami di samping nasi goreng, alhamdulillah..

Nota: Laksa kosong jer, tertunggu2 telur rebus hubby bawa balik dari tempat kenduri (Jika ada) lambat sangat, huhuhu


Jumaat, 14 Disember 2012

Jumaat, 14 Disember 2012

Etika Menjawab Telefon..

Ketika menjawab panggilan rasmi, sering mendapat soalan sebegini..

 "Siapa ni?"

Sejujurnya saya tidak akan menjawab soalan tersebut sebaliknya akan bertanya semula

"Maaf... Puan/Encik nak bercakap dengan siapa?"

Betulkah cara saya?
Sesiapa yang mahir, kita kongsi2kan bersama.

Nota: Cukup2 tersentap jika pemanggil mendiamkan diri & cuba mengecam suara di hujung talian..

Watermark baru

Amacam, cantik tak?
1)
2)

3)

4)
Mana satu pilihan anda?

testing2...
Murah jer.. 
Jika kalian nak order, terjah2 le ke SINI

Nota: Belum bayar lagi.,  Paid: 14/12/12 @ BI 12:22 pm 
 
pssstttt..
 1'st watermark, lama daa tak guna..

Rabu, 12 Disember 2012

Rabu, 12 Disember 2012

Daku ditinggalkan..

Salah diri sendiri, seawal jam 6.15 pagi masih belum siap memasak, hubby lak ada hal penting maka terpaksa ditinggalkan, hurmmm.. kena pergi kerja sendiri.

Huwaaaaaaaaaaaaa setelah bertahun2 dimanjakan, ke mana pergi sentiasa berteman hatta tempat yang dituju sejengkal cuma, dia setia menemani tapi hari ni bersamaan 12/12/12.. daku terpaksa berdikari, bayangkan setelah sekian lama tidak membawa kenderaan & uruskan anak sendirian, nak tak nak TERPAKSA.. sedih & kecewa...

Mula merajuk, bawa diri & telefon bertalu2 masuk (profile: silent..) tidak berangkat, sob3x.. (padahal isteri orang lain BOLEH buat semua itu tanpa dibantu suami..)

** Wahai kaum adam diluar sana, pengajarannya disini, jangan terlalu manjakan isteri kalian 100%, sesekali biarlah dia berdikari bagi elakkan kami kaum hawa berkecil hati..

Nota: Sekadar luahan...

Modus Licik (2)

Susulan entri semalam, inilah jawapannya..

(Nampak sangat ayat diterjemahkan (google) english - bahasa melayu, tunggang terbalik,  hurmm mungkin 'awang hitam' punya kerja kot...)

Malas nak layan daa, NOKTAH...

Selasa, 11 Disember 2012

Selasa, 11 Disember 2012

Modus Licik

Sambungan dari entri Email SPAM, apabila setiap bulan asyik terima email yang sama jer, kiranya sudah jemu, justeru itu cubalah balas, bukan ayat berbunga2 tau, lebih kurang 'kutuk mengutuk' le sikit, maaf..

Haihhhhh terus dibalasnya, 'Idok' le pula email kali ini masuk ke dalam SPAM, teman2 nak tahu isi kandungannya?, jom kita baca sama2..
 Klik untuk perbesarkannya..

Jangan ingat saya jenis yang mudah tertipu, andai kata kita hubungi peguamnya, secara automatik pihak sana akan minta sejumlah RM (bukan sikit tau, biasanya lebih 1k..) dengan alasan sebagai kos guaman, nampak tak ia merupakan salah satu cara penipuan di alam siber (*** rasa2nya nak cuba balas email ni, nak tahu titik noktahnya, nanti kita kongsi erk, hurmmm tengok le, hiihihi...).

Jika kita teliti, ada penggunaan ayat 'Bahasa Indonesia' & ejaannya banyak yang salah, contoh:  'kemoterapi intensif operasi' tiada di dalam penggunaan Bahasa Melayu hatta bahasa perubatan (Untuk pengetahuan semua, kemoterapi bukan jenis pembedahan...). 

** Kadang2 suka layan benda remeh cenggini..

CPUV berganti..


Bak kata pepatah melayu - Patah Tumbuh Hilang Berganti, 2BE aka CPUV telah muncul sebagai pengganti setelah kehilangan 2BE semalam ('Credited').

Terima kasih Nuffnang & rakan2 semua, tanpa sokongan anda maka tiadalah 'BE' di sini.

** Insya Allah 31/12/12 baru nak 'cash out' sebagai penutup tahunan..

Nota: Sabar menanti 'hadiah berupa Cek Nuffnang' di mana telah di 'Cash Out'  bulan lepas..

Isnin, 10 Disember 2012

Isnin, 10 Disember 2012

Madu

Awal2 pagi dikejutkan dek berita kurang baik buat kami sebagai kaum hawa, kali ini klien (suami isteri ini merupakan 'regular customers')  kami menjadi mangsa keadaan di mana suaminya berkahwin lain setelah berbelas tahun hidup bersama. Anak2pun sudah besar panjang.

Tertanya2 dihati apakah yang dicari oleh kaum lelaki sebenarnya, mungkinkah sebab mengikut sunah Nabi @ sekadar hawa nafsu semata2..??

Hurmmm entahlah.. cuma kaum adam yang mempunyai jawapannya...

** Teringin sangat nak tahu pendapat mereka berkaitan perkara ini...

Ahad, 9 Disember 2012

Ahad, 9 Disember 2012

Makan Malam..

 
Malam ni anak2 dihidangkan Burger Daging Panggang, sesekali dinner ala2 'Mat Salleh' ok jugak kan, jemput makan semua...


**  Pertama kali menggunakan Ramlee Burger Lembu Rasa Panggang, sedap juga..

Nota: Penggunaan pinggan polisterin adalah untuk memberi kelainan, kononnya makan kat kedai..

Cameron Higlands lagi (2)

Entri tertunggak, kiranya sebulan yang lepas, ia susulan dari Cameron Highlands lagi (1), ingatkan nak abaikan jer maklum le dah lama tapi fikir punya fikir, ia merupakan kenangan buat anak2, postkan jugak.

Masa ini Alya dengan identiti lama, tanpa tudung kepala, sebenarnya bukan le 100% Alya bertudung, ia bergantung kepada mood dia jugak (maklum le baru berusia 3 tahun..) tapi buat masa ini kebanyakkan waktu keluar rumah dia memilih bertudung sebagai sebagai salah satu pakaian wajibnya.

Sebenarnya kami tidak pernah memaksa dia bertudung, semuanya lahir dari diri Alya sendiri, mungkin dia lihat persekitaran, yalah.. ummi & kakak bertudung apabila keluar rumah, justeru itu ia menjadi ikutan.

 
tercalar akibat terkena mata pisau tempohari

 Begitu juga dengan solat, pantang ternampak kain telekung, merengek minta dipakaikan sebab 'Alya nak semayang..', mungkin salah satu sebab ialah sejak dia berusia beberapa hari kelahirannya lagi, Alya dibawa oleh abahnya ke masjid hingga kini dan masjid merupakan rumah keduanya.



 
 

Alya & Taman Permainan


 



 Pantang terjumpa Taman Permainan, kiranya ON jelah..


** Hentian R&R Temerloh

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang