Memaparkan catatan dengan label hmetro. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hmetro. Papar semua catatan

Sabtu, 19 November 2016

Sabtu, 19 November 2016

Detik bersejarah

16/11/2016 (Rabu) @ 10pagi, kakak no.5 dan abang ipar terlibat di dalam kemalangan maut yang mengorbankan 2 beranak iaitu bapa dan anak lelaki (Al fatihah).

Kakak dan abang ipar di dalam perjalanan balik ke Melaka bagi melawat orang tua mereka.

Kejadian berpunca apabila Proton Wira yang dipandu dan dinaiki oleh 2 beranak itu luar kawalan dan berpusing sebelum melanggar Toyota Hilux yang dipandu oleh abang ipar, kemudian kereta Toyota Wish (pemandu dan 2 orang penumpang cedera) yang tidak sempat mengelak lalu merempuh Hilux abang, jadi Toyota Hilux tersepit di tengah2 antara Proton Wira dan Toyota Wish, semasa kejadian hujan renyai2.

Alhamdulillah kakak hanya mengalami kesakitan dalaman (pengsan sebaik berlakunya kemalangan) manakala abang ipar luka di kepala dan dahi serta alami kesakitan dalaman.

Toyota Hilux abang ipar rosak teruk (total loss)

 Sinar Harian



Rabu, 2 Julai 2014

Rabu, 2 Julai 2014

kisah buah kurma

Pertama kali membeli buah kurma berharga RM7.40/100gm @ 6 biji di Bazar Ramadhan, dengan erti kata lain RM74.00/kg.

Rasanya? alaaaaa sama jer rasa seperti kebanyakan kurma jenama lain contoh Yusuf Taiyyop (erkkk betul ke ejaan tu??) cuma yang ini lebih besar & pejal.

Nota: Benda mahal haruslah tempek ke dalam blog sebagai kenangan, lagipun blogger tegar katanya, tak ke gitu geng? ahakkk...

Rabu, 17 April 2013

Rabu, 17 April 2013

Naik lagi..

Cuba bayangkan jika bergaji rendah & punyai anak kecil lebih dari seorang?

Sumber: myMetro


Sabtu, 29 Disember 2012

Sabtu, 29 Disember 2012

Gara2 Cemburu Buta

Sedih bila baca berita ini, seorang isteri yang baru dinikahi 6 bulan lalu mati dibunuh oleh suami sendiri awal pagi semalam lantaran cemburu..

Giler.. orang lainpun berkahwin juga tapi tak adanya nak cemburu2 tak tentu pasal, mungkin ia merupakan salah satu unsur negatif akibat penyalahgunaan dadah.

Berita lanjut di HMETRO

Rabu, 24 Oktober 2012

Rabu, 24 Oktober 2012

kes dera

Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali sebanyak 120 kali dalam tempoh 1/2 jam, sib baik ia tidak berlaku di tempat kita, harap2 kat  Malaysia tiada kes2 penderaan seperti ini.

Sumber: HMetro

Nota: Kami di Pahang bercuti sempena "Hari Keputeraan Sultan Pahang" tapi esok kena kerja sorang2, kesemua anak buah sudahpun bercuti raya, sob.sob,sob..

Ahad, 3 April 2011

Ahad, 3 April 2011

Pelajar koma dibelasah guru meninggal dunia

Al-fatihah buat adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee 7 tahun, dia telah meninggal dunia jam 8.30 pagi tadi setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultanah Bahiyah selama 3 hari setelah koma akibat dipukul oleh guru merangkap penyelia asrama sekolahnya.

Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Tok Paduka Kangar petang tadi

Berita mutakhir:  HMetro

Pelajar 7 tahun koma dibelasah guru

ARAU: Seorang murid sekolah agama di sini yang juga anak yatim dipercayai dibelasah seorang guru tanpa belas kasihan dalam keadaan dua tangannya terikat pada tingkap asrama sehingga mangsa koma dalam kejadian tiga hari lalu. 


Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, diperlakukan guru lelaki berusia 26 tahun yang juga warden asrama sekolah agama itu selepas dituduh terbabit dalam beberapa kes kecurian wang. Mangsa dikatakan berjaya membuka ikatan tangannya untuk melarikan diri hingga menimbulkan kemarahan guru berkenaan yang memukul tanpa belas kasihan.

Selepas memukul kepala, guru dikatakan naik minyak dan menggoncangkan badan mangsa serta menolak dengan kuat ke dinding yang menjadi punca utama perdarahan dalam kepala dan komplikasi jantung.


Laporan seterusnya di Berita Harian dan HMetro

Sedih sangat apabila membaca kisah ini tambahan pula pelajar ini merupakan anak yatim yang telah kematian ibunya 5 tahun lalu dan dipelihara oleh keluarga angkat.

Sepatutnya guru tersebut berfikir secara rasional dan membuat keputusan yang tepat, bukannya menyiksa pelajar tersebut dengan membelasah hampir 2 jam dengan kedua belah tangannya diikat pada tingkap asrama.

Sama2lah kita berdoa moga pelajar ini sedar dari koma. Amin

Sabtu, 15 Januari 2011

Sabtu, 15 Januari 2011

Anak dihempas dek bapa

Gileeerrrr, apalah punya bapa, dek kemarahan terhadap si isteri dan panas baran yang keterlaluan, tidak cukup ngan memukul isteri menggunakan tali pinggang, dihempasnya pula anak yang berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga patah tulang paha kanan.

Sumber: Hmetro

Nota:  errrrmmm... baik x payah punya laki kalu gini gayanya.. hu3

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang