Isnin, 27 Ogos 2012

Isnin, 27 Ogos 2012

cer bagi cadangan

Petang esok keluar daerah lagi bagi menghadiri mesyuarat dan meraikan sambutan aidilfitri anjuran jabatan, tengah berfikir nak bawa apa ye pada majlis itu nanti?

Mulanya ingatkan nak buat je kek permaisuri @  anika jenis kek, tapi bila difikir2kan mesti ramaikan yang sudah bawa, biskut rayapun mesti banyak juga, apa kata 'kukus apam polkadot' sekejap tengahari esok sebelum bertolak keluar daerah, rasa2nya jarang ketemu kuih ini, cadangan kalian?




Ahad, 26 Ogos 2012

Ahad, 26 Ogos 2012

kembali sepi

Seharian ini menerima kunjungan sedara mara, pertamanya biras (baru kematian suaminya aka adik iparku) bersama keluarganya, mereka di dalam perjalanan balik ke Bangi bagi menguruskan beberapa perkara penting dan pertukaran persekolahan anaknya ke kampung halaman.

Kunjungan kedua, adik ipar bongsuku bersama rakan2nya, mereka juga baru habis bercuti dan masing2 pulang ke destinasi dengan menaiki motosikal.

Sebaik mereka melangkah pergi, rumah ini kembali sunyi, hurmmmmmmm seronokkan apabila dapat berkumpul ramai2 tapi entah le, bila gamaknya?, sib baik 'kak long' masih ada..

Nota: mood nak bekerja esok agak lemau, mungkinkah masih lagi di dalam mood raya?

Jumaat, 24 Ogos 2012

Jumaat, 24 Ogos 2012

Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah hari ini genap usia Alya 3 tahun, selamat hari lahir sayang..





Khamis, 23 Ogos 2012

Khamis, 23 Ogos 2012

Aidilfitri 2012

Aidilfitri kali ini disambut ala kadar aje, sebagaimana entri ini,  sehari sebelum raya, kami kehilangan seorang ahli keluarga secara mengejut.

Tiada gambar kenangan yang terakam sepanjang beberapa hari ini, maklumlah apabila berada di dalam keadaan urgent, banyak keperluan dilupakan, kamera tertinggal di rumah, kain baju dicampaknya terus ke dalam kereta, tak sempat nak 'packing' bagai, janji kami sampai ke destinasi tepat pada masanya.

Alhamdulillah lebih kurang jam 4 pagi tadi kami selamat kembali ke teratak ini, syukur kerana tiada 'traffic jammed' sepanjang perjalanan kami, badan masih lagi penat dan esok merupakan hari kelahiran Alya yang ketiga, justeru itu, perancangan kami untuk adakan 'open house' bersama majlis hari jadi dia, insya allah..

Alya, Nur dan 'Kak Long' - baru kehilangan 'papa' kesayangannya

Ahad, 19 Ogos 2012

Ahad, 19 Ogos 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri buat semua, dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf jika sepanjang perkenalan kita di alam maya, ada salah dan silap tanpa disengajakan.



Sabtu, 18 Ogos 2012

Sabtu, 18 Ogos 2012

Al Fatihah..

Emergency balik seawal pagi tadi setelah mendapat maklumat adik ipar meninggal dunia secara mengejut, alhamdulillah... pengurusan pengebumian jenazah beliau telah selesai dan terima kasih kepada mereka yang telah membantu.

Al fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat, aminnnnn...

Khamis, 16 Ogos 2012

Khamis, 16 Ogos 2012

mood ke laut kononnya..

aci tak, hampir siapkan 3 jenis cookies hari ini (almond london sedang di dalam sentuhan terakhir, so.. tiada di dalam pic..)

Nota: Terima kasih buat teman2 yang memberi semangat...





Rabu, 15 Ogos 2012

Rabu, 15 Ogos 2012

mood ke laut daa

model bahan2 untuk kuih raya

Ambil cuti awal kononnya nak mem'baking', malangnya mood ke laut daa, kuih raya ntah ke mana, rumah pulak bak kapal karam, adoiyaaaaaaaaaaaa..

Nota: Udah perabihkan hampir RM300 (terfikir lak naper mahal sgt @ tuan kedai tersilap kira, resit tak pula diberinya) ntuk bahan2 mentah & peralatan 'cookies', jika beli kuih yang sudah siap, bukankah sudah ader berbalang2 biskut raya?


Selasa, 14 Ogos 2012

Selasa, 14 Ogos 2012

terkilan

Sebagaimana entri sebelum ini, rakan kami merupakan seorang peguam telah menumpangkan anak2 beliau sekembalinya mereka pada sessi persekolahan pagi dan menghantar kembali ke kelas fardu ain & tuisyen mengikut jadual yang ditetapkan. Maklumlah beliau kerja tidak menentu masa dan sering keluar daerah, rumah pula jauh dari sini.

Semalam anak bongsunya telah dimasukkan ke dalam wad di Hospital Selayang atas masalah kesihatan dan sudah menjadi tanggungjawab kami menjaga mereka sementara papanya datang ambil, suasana berbuka puasa semalam gamat & riuh sekali, maklumlah apabila berbuka ramai2 macam2 peel timbul, sesudah itu pantau mereka bermain bunga api.

Ingatkan hari ini sekali lagi mereka berbuka disini, masak makanan kesukaan mereka tetapi malangnya 10 minit waktu berbuka, papanya sudah datang ambil, hubby telah menjemput mereka semua untuk berbuka puasa sama2 tetapi di tolak dengan alasan makanan sudah tersedia dirumah.

Kami cuma sempat bekalkan kuih muih & air minuman untuk berbuka di atas kereta sebab mereka kejarkan masa, naluri keibuan masih terasa ralat sebab untuk sampai ke rumah mereka, paling awalpun ia ambil masa 40minit, siankan "along, kakak & kak chik", hurmmmm.

Nota: Kirim duit raya buat bekas 'anak angkat' kami, suzila melalui Nur, hati masih lagi terluka gara2 keegoan insan bergelar 'LELAKI' a.k.a bapa dia, bagi yang mengikuti coretanku dari dulu pastinya tahu kisah ini, xperlah ANAK ORANG apatah lagi mereka kini sudahpun berada di dalam kedudukan selesa dan senang, bukan lagi dibelenggu kemiskinan. 

Kadang2 tak boleh tipu diri sendiri bahawasanya diri ini merindui dia, maklumlah setelah lebih 2 tahun kami bersama harungi suka dan duka.

Isnin, 13 Ogos 2012

Isnin, 13 Ogos 2012

Rezeki Ramadhan ke 24

Alhamdulillah, hari ini terima kiriman berupa sebuah beg raya pemberian rakan blogger Aimmie Heart Love, sebenarnya beliau baru melancarkan kedai blog online yang menjual barangan keperluan peribadi secara Online, ada pelbagai baju/jubah raya, handbag dsb. Terima kasih banyak2 ya Mie..

Jika nak tahu barangan lain yang terjual di sana, sila terjah sendiri ya, jangan risau sebab saya telah mengenali beliau bertahun lamanya iaitu semenjak laman ini ditubuhkan, selain bekerja, beliau kini sedang menyambung pengajian disamping uruskan 2 orang cahaya mata yang comel2 belaka.
cantik tak? jangan jeles tau!!! untungnya dapat berkawan dengan kalian semua, macam2 dapat..

Kiriman kedua berupa kad raya
kad raya daripada mahamahu

tekaan terjawab jua, pemenangnya.....

Akhirnya kami mengambil keputusan ke Kuantan, selain membuat persiapan terakhir raya, perancangan utama ialah berbuka puasa di luar, yalah sebagai menghargai anak2 yang berpuasa penuh.

Tempat membeli belah pertama yang kami singgah ialah East Coast Mall, Kuantan, setelah puas meronda di dalam itu, akhirnya cuma dapat untuk si kakak sahaja, susah gak ye nak cari baju kurung yang sama tema dengan kami semua.

Hampir jam 5 petang, kami keluar dari East Coast Mall dan 'booking' juadah berbuka puasa di Satay Zul, Kuantan (hasil perbincangan kami anak beranak walau pada mulanya ingin ke Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur tetapi akhirnya kami akur dengan permintaan anak2).

Selepas itu kami ke Berjaya Megamall Kuantan, habis berpusing satu shopping complex, akhirnya ketemu juga baju untuk Alya walaupun temanya agak berbeza, hurmmm kami 5 beranak berwarna Coklat Tua tetapi Alya cuma dapat Kebaya berwarna Coklat Muda, ok le sekurang2nya warna coklat jugakan..
Cantik tak baju raya Alya?, sudahpun melaram sepanjang hari semalam..

Rentetan dari Entri Kelmarin, nampaknya tiada siapa yang dapat meneka dengan tepat, kebanyakan teman2 meneka kami ke Sogo & Jalan Tar, Kuala Lumpur.

Sememangnya sebelum ini kami gemar ke sana tapi disebabkan pada hujung bulan lepas kami sudahpun pergi dengan melalui 'traffic jammed' yang teruk, maka kali ini kami beralih arah ke Kuantan pula walaupun ia ambil masa yang lebih lama untuk sampai ke destinasi.

Walaupun tiada teman2 yang dapat meneka dengan tepat, rasanya tetap nak berikan duit raya buat si kecil terhadap 3 orang pemenang bertuah melalui pemilihan menggunakan sistem En. Random, ia sebagai menghargai kalian yang tidak jemu2 berikan sokongan terhadap blog ini, tanpa anda semua laman ini tentunya sunyi sepi (kiranya blog syok sendiri, hihihi).

Buat mereka yang sudi meninggalkan komen serta meneka pada entri - 'MISI DITERUSKAN'  iaitu:-
  1. Mama Isha aka Ieedaz
  2. Aimmie Qistina
  3. Izan Mama Mia
  4. Lia
  5. Ieda
  6. MulutPayau
  7. Lyafrina
  8. Kasih Salina
  9. Izz Izza
  10. eita
  11. ummi iman
Terima kasih diucapkan,  gembira dapat berkenalan dengan kalian semua meskipun di alam maya cuma.

Maka dengan ini diumumkan 3 orang pemenang bertuah untuk menerima duit raya buat si kecil masing2 iaitu:-



Buat kalian bertiga, sila emailkan alamat, no telefon & nama anak masing2 ke umialeeya@gmail.com, jika boleh nak cepat sikit ye, Insya Allah petang nanti pos (xmo bank in, tak seronok...).

Buat teman2 yang lain, sila hantar juga nama & alamat ke alamat email di atas bagi penghantaran kad raya.. (sempat lagi kot....) Insya Allah... ader rezeki kita main teka2 lagi ya, sayang semua!!!!

Sabtu, 11 Ogos 2012

Sabtu, 11 Ogos 2012

misi diteruskan..

Misi penambahan baju raya untuk 2 orang anak gadis diteruskan tetapi hingga saat ini masih belum punyai haluan yang harus kami tuju.

Agak2nya kat maner ye?, 2 orang yang dapat meneka dengan tepat dan terpantas akan menerima duit raya RM10.00 setiap seorang (untuk diberikan kepada anak kecil nanti...), Insya Allah keputusannya akan diumumkan esok, (maaf ye, terlewat sikit), jawapan tak perlu detail, cukup le bagi daerah je @ tempat, kita memudahkannya..

Tarikh tutup: Jam 11.59 malam nanti dilanjutkan sehingga muncul entri baru, hihihi.. klu: pastinya keluar dari daerah kecil ini..

Nota: Cuti gantian & cuti rehat 6 hari sudah diluluskan, Alhamdulillah sudah lama tak bercuti panjang...

Khamis, 9 Ogos 2012

Khamis, 9 Ogos 2012

peringatan buat diriku..

Bulan2 Ramadhan ni, tolong le jangan ambil makanan yang berbau kuat terutamanya petai & jering lagi2 jika berada di dalam bilik berhawa dingin, kesian le pada teman2 yang lain dan juga klien.

Nota: Terpaksa menahan nafas berpanjangan akibat bau2an yang tidak menyenangkan sepanjang minggu ini, sabar ajelah (walaupun kadang2 kami hilang sabar...)

Rabu, 8 Ogos 2012

Rabu, 8 Ogos 2012

al fatihah..

Tepat jam 7 petang, genap 14 tahun Muhammad Syahmi (anak kedua kami) pergi buat selamanya di usia 40 hari akibat congenital heart disease (transposition of great arteries) & pneumonia di IJN, jika arwah masih ada, tentunya dia sudahpun meningkat remaja, apa2pun al fatihah buat arwah, moga kamu tenang di sana, aminnnn

Nota: Ogos dalam kenangan..

hilux terbakar

Tengahari tadi kereta Hilux yang baru digunakan selama 4 hari terbakar.

mood tak stabil..

Hari ini tanpa idea dan mood melayang, entah le, mungkinkah diri ini  di dalam keadaan tertekan?

hurmmm cukup le pic Alya sebagai penyeri laman ini daripada terbiar sepi..

Panjang dah rambut anak ummi, bila le punyai kesempatan potong kemas rambut si Alya?

Nota: cadangan awal nak bercuti panjang sebelum & selepas raya tapi sampai saat ini belum apply lagi, sedang berkira2 nak perabihkan cuti gantian @ kurangkan sikit baki cuti tahun lepas yang masih banyak?

Sabtu, 4 Ogos 2012

Sabtu, 4 Ogos 2012

mood cuti

Penat gamaknya, sepanjang pagi membuta je sehinggalah anak manja kami - Alya masuk ke bilik sambil usap perutnya, "perut adik sakit...", tiba2 teringat dia belum makan lagi, " adik lapar ye?".."Ha'aaaa adik lapar..", "Nanti ummi masak sup ayam ye.." (Ambik engkau, ketiduran tanpa ingat apa2, sian dak Alya sampai kelaparan, kes dera ek...)

Kemudian cepat2 ke dapur menyediakan sup ayam buat Alya (sementara itu  berikan buah durian padanya..), biar ajelah jiran tetangga nak kata apapun, tengah2 hari ader bau2an yang harum semerbak hasil tumisan rempah ratus dari dapur rumahku, janji perut si kecil berisi.. "maafkan ummi ye sayang..." (jap lagi nak rebus nasi impit & rendam bihun, boleh dijadikan soto ayam sebagai salah satu hidangan berbuka petang nanti, hihihi...)

Nota: Mungkin di dalam sehari dua ini kepenatan yang melampau & tidak mempunyai rehat yang cukup, sehabis kerja petang semalam berkejar ke rumah abang no 3 untuk berbuka puasa bersama2.

Azan berkumandang sebelum kami sampai ke destinasi, justeru itu cuma minum air & makan kuih buat sementara waktu.

Sampai aje ke sana, mereka sekeluarga hampir siap berbuka dan kami membuka bekalan yang telah siap di bawa dari rumah, kembali semula ke sini hampir jam 2 pagi & jam 4 pagi bangun memasak untuk bersahur.

Sesudahnya seawal jam 7 pagi tadi terus tidur sama Alya akan tetapi dia bangun lebih awal.

sempat berposing sebelum kami tidur tadi..

Jumaat, 3 Ogos 2012

Jumaat, 3 Ogos 2012

terharu

Sedang menunggu kiriman barang berupa buah durian daripada abang di kampung melalui bas ekspress, kemungkinan sampai ke sini antara jam 2.30-3.00 pagi. 

Banyak kali dah abang no. 7 & kakak sulung mengirim buah tangan dari kampung, untungkan sebagai  adik bongsu lagi2 yang duduk jauh "diperantauan", hihihi..

Terima kasih banyak2, lain kali nak lagi..

Rabu, 1 Ogos 2012

Rabu, 1 Ogos 2012

Rezeki hari ini

Petang ni pecah rekod, pertama kali ke pasar ramadhan & tidak memasak, ini semua gara2 kesibukan di awal bulan dan tengahari tadi tidak sempat balik ke rumah.

Lauk pauk pilihan kali ini ialah ayam madu, ayam & ikan percik, dapat percuma 2 ketul ayam madu sebab beli di gerai klien tetap kami, balik ke rumah cuma masak nasi dan sediakan air minuman. (tiada menu sayur hari ni, malas lak nak goreng.).

Kemudian bancuh adunan cekodok bilis untuk dijadikan kuih sampingan, tiba2 anak bawa balik kuih keria keledek (panas lagi) pemberian jiran selang sepintu dari rumah kami. Justeru itu bancuhan tadi terpaksa disimpan untuk digoreng semasa bersahur nanti, jika tidak membazir pula.

Nota: Pertama kali nasi & lauk tak habis dimakan, hurmmmmm nampaknya tak boleh malas2, penat sekalipun kena masak, awal2 lg udah mohon hubby n anak agar selepas terawih nanti tolong 'ratah' lauk ni  kasi habis, nasi tu xper, boleh digoreng untuk bersahur.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang