Jumaat lepas, cuba selamatkan seekor kitten jalanan, sebelum ini agak sukar untuk mengambilnya, sekadar mampu bagi makan dari kejauhan, itupun kadang2 sahaja ia munculkan diri.
Adik beradik comot, 16/10/18 selamatkan ia selepas terjatuh ke dalam longkang di belakang rumah, selepas ini lepaskan semula sebab ia masih menyusu ibunya. Ditemui mati seminggu selepas itu.
Pagi jumaat baru ni, Comot datang serahkan diri ketika saya sedang memberi makan kucing jalanan yang berada di belakang rumah.
Luluh hati takkala memegangnya, tinggal rangka cuma dan keadaan yang amat lemah.
Ambil dan lapkan dia, kami namakan COMOT seiring dengan keadaan semasa dia.
Sepanjang hari saya bekerja, Alya dan kakaknya yang menjaga, di dalam sangkarnya telah diletakkan pasir dan makan minum, Comot sentiasa berada di dalam bekas pasir, rupanya dia cirit, Alya mengambil tugasan membersihkan badannya yang terkena najis, kami ingatkan Comot belum pandai menggunakan pasir sebab selepas ia membuang, tidak ditimbus dan baring ditempat yang sama.
Keesokkan hari Comot mati tanpa sempat kami membawanya berjumpa veterinar.
Comel pula mengambil alih tempat Comot di hari sama ia mati, tak pasti samada ia dibuang atau tersesat di depan rumah, kondisinya sama dengan Comot, yang tinggal hanyalah rangka, selepas bagi makan, cuba lepaskannya semula di laman rumah tapi ia tetap tak mahu berganjak, maka dengan terpaksa rela, kami membawanya masuk ke dalam rumah.
Risau pula jika ia dilanggar kereta / motor, setelah lebih 24jam di rumah, keletahnya semakin aktif dan sama2 berebut makanan dengan kitten kami yang lain, jika kitten lain boleh berkongsi bekas makanan tapi berbeza dengan ia, 'jika boleh semua makanan ANA yang punya'.. Amboiiii Comel, badan kamu 2 kali ganda lebih kecil dari kitten yang ada w/pun kamu berpangkat abang..🤗🤗🤗
"Apa2pun kamu jangan lupa asal usul kamu ya Comel, cuba rendahkan diri sikit, risau jika abah tengok kelakuan awak yang xmo mengalah.. 🤗, diapun dah bising dan siap berpesan, cukup2lah kutip kucing" ha3.
Comel dapat ibu susuan, alhamdulillah, bagus Mel, umi sayang kamu..
"Apa2pun kamu jangan lupa asal usul kamu ya Comel, cuba rendahkan diri sikit, risau jika abah tengok kelakuan awak yang xmo mengalah.. 🤗, diapun dah bising dan siap berpesan, cukup2lah kutip kucing" ha3.
Update: 15/12/18.. Oyen pula datang menumpang kasih, anak bujang bawa balik bila jumpa ia keseorangan, agak berat hati nak terima tapi bila tengok matanya, luluh hati, kesian kamu, kecil2 dah terpisah dengan ibu..
Tiba2 jatuh cinta pada budak kecil ini.. 🤗
Nota: Moga cita2 Alya menjadi seorang Veterinar tercapai, aamiin..
Gambar hiasan













































