Rabu, 29 Jun 2011

Rabu, 29 Jun 2011

"wanita melayu terakhir"

ok tak si Alya mengenakan baju kurung seperti ini??:-

apa2pun anak ummi tetap maintain, huhuhu


Lega sudah

Alhamdulillah, pemeriksaan aset dah selesai, syukur padaNya kerana  xder sebarang masalah yang timbul, mula tu risau jugak jika ader kesilapan kat maner2, yalah.. ditempat lain ia ambil masa 11/2 -  2 hari untuk siap tapi kat sini kurang dari 3 jam.. Fuhhhhh, lega, kini boleh tarik nafas panjang daa

Esok dah boleh siapkan kerja2 lain pulak..

Selasa, 28 Jun 2011

Selasa, 28 Jun 2011

sedapnya

"Dengan susu ibu, Alya membesar sihat dan kuat, ermmmmm, lazatnyaaaa!!!"

Isnin, 27 Jun 2011

Isnin, 27 Jun 2011

Alya 1 tahun 10 bulan 3 hari

Naperlah aku boleh terlupa nak wat entri mengenai Alya diusia 1 tahun 10 bulan pada jumaat yang lepas? Sedar tak sedar, anak kecil ini sudahpun hampir ke usia 2 tahun, cepatnya masa berlalu.

Rasanya tak banyak perkembangan terbaru yang boleh dikongsi bersama, maklumlah setiap entri terbaru banyak berkisarkan kisah Alya, ini telah membuatkan aku telah kekeringan idea untuk bercerita mengenainya lagi.

Apa yang pasti, dia semakin aktif, bijak dan comel (umminya perasan tak ingat dunia, huhuhu), yalahkan.. kalu ummi sendiri tak puji, sapalah yang nak puji, iya tak????

Sabtu, 25 Jun 2011

Sabtu, 25 Jun 2011

penat wooooooo

Selamat beristirehat buat rakan2 diluar sana, bestnya dapat bercuti bersama keluarga tersayang tapi aku masih lagi meneruskan tugasan demi kerjaya yang mantap.

Hari ini masih terikat dengan program anjuran AADK, terima kasih buat pihak AADK kerana tidak melupakan kami yang terpencil di daerah kecil ini, sekurang2nya masyarakat akan mengenali kami sebagai sebahagian kecil daripada mereka. Pastinya kita saling memerlukan.

Habis aje progam, dalam dilema samada terus keluar daerah bagi menghadiri majlis perkahwinan rakan esok sambil membeli persiapan raya nanti (posapun blum lagi tapi dah wat perancangan awal... maklumlah anak2 RAMAI...)

Malam ini jugak ader majlis kahwin seorang lagi teman 1 jabatan. waduhhhhh, pusing kepala buat pilihan tepat, bukan aper, risau selesai je program nanti badan sudah kepenatan dan tak daya nak  kemana2..

Khamis, 23 Jun 2011

Khamis, 23 Jun 2011

Bila mood menjunam ke laut..

Ermmmm, sehari dua ni kekeringan idea untuk menulis, justeru itu diri ini mulalah merepek aje bila tinggalkan jejak di laman kalian, maaf ye jika kalian dapat komen yang tak berkualiti dari insan kerdil ini..

Hai..... bila agaknya mood kembali ke asal??

Selasa, 21 Jun 2011

Selasa, 21 Jun 2011

entri selingan

Tak ader perkara baru yang nak dikongsikan bersama, justeru itu, tempek aje gambar Alya untuk 'update' laman ini, jom.. layannnnnnnnnnnnn












Ahad, 19 Jun 2011

Ahad, 19 Jun 2011

al-fatihah

Al-fatihah buat pelawak komedi terkenal iaitu Zami Ismail @ Pak Uda yang telah meninggal dunia jam 10.30  pagi ini, moga arwah ditempatkan di kalangan mereka beriman, amin..

Takziah buat ahli keluarganya.


Sumber: Utusan Online
KUALA LUMPUR 19 Jun – Pelakon komedi veteran, Zami Ismail , 67, atau dikenali dengan panggilan Pak Uda kembali ke rahmatullah pagi tadi.
Pak Uda yang terkenal menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.30 pagi di sisi semua anaknya.
Menurut anaknya yang juga pelawak, Mohd. Soupi atau Opie, bapanya menghidap sakit jantung. “Jenazah ayah akan dikebumikan di Tapah Road selepas Asar petang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 5 Mei lalu, Pak Uda dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang setelah mengadu sakit dada dan semput akibat penyakit pneumonia. – Bernama

Sabtu, 18 Jun 2011

Sabtu, 18 Jun 2011

sian anak2

Itulah jadinya bila ummi sibuk dengan tugas, anak terbiar dan bawa haluan sendiri, nasib baik ada abahnya, bolehlah dia melayan.

Semoga apabila anak2 membesar nanti, mereka mengerti akan situasi ini. Bukannya aku sengaja untuk mengabaikan mereka.






rehat

Alhamdulillah setelah 2 minggu berturut2 kerja tanpa henti, maka masa yang ada 2 hari ini akan digunakan sepenuhnya untuk rehatkan badan, wowwww, bestnya!!!!!!

Minggu ini rasanya kami tak ke mana2, kena pulihkan kesegaran badan dulu sebelum fikir bawa anak berjalan2 sempena "Cuti2 Malaysia"

Minggu depan ada program lagi, Insya Allah, sebaik selesai aje keja tu, kita g jalan2 ye, ummipun dah ambil off awal2 lagi lepas itu. Kerja, kerja juga tapi jangan sesekali abaikan famili, betul tak????

Buat hubby n anak2, kalian makanlah nasi dagang semahu2nya, itulah menu yang dimasak awal pagi ini sebagaimana permintaan hubby,  xmo ganggu ummi ye, kejap lagi ummi nak bergolek2 ngan Alya, Wow... inilah peluang keemasan sementara punyai masa rehat secukupnya. Jom kita rehat!!!! 

Rabu, 15 Jun 2011

Rabu, 15 Jun 2011

keliru

Awal pagi tadi dapat panggilan dari kenalanku berasal dari negara seberang a.k.a Indonesia yang dikenali hampir 5 tahun lepas, ingatkan cuma untuk bertanya khabar seperti selalunya tapi kali ini dia seakan didalam kesusahan.

Dia memerlukan bantuanku untuk sambung permit kerjanya di Malaysia (kerja sebagai buruh kontrak), kononnya aku sebagai majikannya dan dia seumpama pembantu rumahku, kini dia cuma perlukan salinan 'my card' dan bil utiliti, segala bayaran dan semua yang berkaitan akan diuruskannya. Ohhhhhh.. terkedu seketika, pelbagai andaian bermain difikiran ini. 

Buat sementara itu, aku berikan alasan untuk berbincang dengan hubby terlebih dulu dan dapatkan pandangan rakan aka seorang peguam, moga keputusanku nanti tidak melukakan hatinya.

Jika kalian ditempatku, apakah tindakan kalian?

Sabtu, 11 Jun 2011

Sabtu, 11 Jun 2011

Sepetang di Cameron Highlands part 3

Masih punyai baki gambar semasa berada di Cameron Highlands tempohari, jom kita layan aje gambar Alya biarpun mungkin ada diantara kalian sudahpun jemu menatapnya, yalah drp biarkan laman ini menyepi lama, sekurang2nya ader gak entri barukan!!!









Jumaat, 10 Jun 2011

Jumaat, 10 Jun 2011

letih + ngantuk

Banyaknya entri tertunggak, nampaknya kini terpaksa abaikan seketika hingga punyai masa yang sesuai.

Badan amat kepenatan dan mata mulai mengantuk dek penangan tugasan rasmi, 9 jam sehari rasanya tak cukup untuk menyiapkan kerja2 pejabat, nampaknya minggu ini kena keja tanpa rehat 14 hari berturut2 tanpa hentinya apatah lagi dlm jangka masa itu 3 kali kena bertugas luar dengan keadaan persekitaran yang hangat.

ermmmm, nampaknya esok dan lusa keluar daerah lagi, 2 program sedang menanti kedatangan kami.

Selasa, 7 Jun 2011

Selasa, 7 Jun 2011

Sepetang di Cameron Highlands part 2

Entri tertunggak seminggu lebih, tak boleh nak elak lantaran masa kurang mengizinkan untuk meng'update'kan laman ini, kesibukan yagn terlampau dek tugasan rasmi.

Jom layan gambar anak2 semasa kami ke Cameron Highlands minggu lepas, kali ini pula ke Taman Cactus








Biarlah gambar menceritakan segala2nya, apa yang pasti mereka seronok.

Ahad, 5 Jun 2011

Ahad, 5 Jun 2011

kisah hari ini

Tengahari tadi kami hadiri kenduri kahwin anak kepada rakan taulan kami

tak sabar Alya nak makan kenduri..

kemain lagi si Alya dok tunggu ketibaan pasangan pengantin

yeay.. dah sampaipun!!!

masuk aje dlm keta, terus ngap muffin coklat, sedap!!
(sila abaikan rambutnya yg kusut masai, cuaca panas n berpeluh)

tapi HASILNYA......













^-^



















^-^





















aduhai anak ummi, comot teramat sgt.. huhuhu

sesuatu yang menarik perhatian kami ialah pada:-
Bantingnya

Kebiasaannya gambar pengantin tertera pada banting tapi kali ini gambar ibubapa pengantin tertempek kat sini, chaiyok!!!!

Tahniah kpd ibubapa pengantin kerana dapat ramai menantu serentak dan buat pasangan pengantin "Selamat Pengantin Baru". Moga berbahagia hingga ke akhirnya.

Khamis, 2 Jun 2011

Khamis, 2 Jun 2011

Sepetang di Cameron Highlands part 1





xder idea menulis, layan aje gambar anak main sembunyi2 di ladang teh CH ahad lepas, masa ni cuaca panas terik, aduhai berpeluh juga..









'ummi menyelit jugak le..'

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang