Sabtu, 31 Julai 2010

Sabtu, 31 Julai 2010

Malang tak berbau


Dalam perjalanan balik dari Cameron Highlands malam ini, kami telah terlanggar seekor musang yang melintas jalan secara tiba2. Astaghfirullah dan mengucap panjang aku, terkejut dicampur perasaan sedih teramat sangat, kesiankan kat binatang itu tapi apa boleh buat, ditengah2 hutan belantara ditambah jalanraya yang baru siap dibina, pastinya lampu jalan belum sempurna sepenuhnya.

Perjalanan cuma diterangi dek cahaya lampu kenderaan sekali sekala .. kejadian berlaku tanpa diduga dan kami tidak sempat nak mengelakkannya tamb. lak gaung terdapat di kiri kanan jalan.

Setelah memastikan keadaan jalan selamat, hubby hentikan kereta dan lihat 'no. kereta'  dan 'sport light' hilang ntah kemana.. bahagian bawah ada sedikit retak.  mesti berlaku perlanggaran yang agak kuat tadi, syukurlah.. kami anak beranak balik dalam keadaan selamat.


Sepagi di Betau







Gambar seminggu yang lalu iaitu semasa menghadiri Majlis Perasmian 'Program Penghayatan 1 Malaysia Masyarakat Orang Asli di Pos Betau menyaksikan perhimpunan terbesar  Masyarakat Orang Asli di seluruh Negeri  Pahang - 7000 orang ..  time ni PM belum sampai lagi.. 

Perkara yang paling menarik ialah pertunjukan Tarian Sewang (tapi hubby x  rakam gambar, maklum le  minta tolong 100% kt dia untuk rakam peristiwa di sana tapi.... ini je le yg ade!!!!!, sabooooor je le)

Khamis, 29 Julai 2010

Khamis, 29 Julai 2010

siannya!!

Seawal pagi lagi Alya sudah bangun tido, sama waktu dengan masa aku ke dapur  memasak, erm... ingatkan dapat ke pejabat lebih awal drp biasa..

Lebih kurang jam 6.00 pagi, Alya sudah berendam air suam, seronok sangat dapat bermain air tapi ummi kenalah rajin melayan dia.

Sesudah mandi, aku pakaikan dia baju ini sebab cadangnya kami nak bawa dia naik moto je pagi ni sambil antar ummi keje dan juga elakkan kesesakan lalu lintas... 

Tidak lama selepas itu, aku tengok dia terlena dan dek tak sampai ati nak kejutkan dia, kami terpaksa tinggalkan dia seketika bersama kakak2nya dalam 10 min. gitu sementara bapanya antarkan aku keje.. TERPAKSA....




Selasa, 27 Julai 2010

Selasa, 27 Julai 2010

ok ke ni??

Lamanya aku x der n3 baru, sibuk sikit..catatan hari inipn ringkas seringkasnya, nak up date je, nnt bersawang lak laman ini. ok le, aku xmo buang masa, jom kita layaaaan gmbr terbaru Alya.(pssst, gambar gini boleh ke ni??, ader cdgn @ bantahan??)
alahai, kesiannya anak ummi, dok sorang je??

anak tarzan alaf baru, ada sapa yg  berani main anak rimau gini..hehe 
(teruknya mulut ummi!!)

kalu dpt main air, dok berjam2 dlm bilik airpn xper..
seronok bangat!!

Khamis, 22 Julai 2010

Khamis, 22 Julai 2010

Masa itu emas..

Sejak dua menjak ni, waktu kejeku seharian sentiasa penuh dan padat, seawal jam 8pg - 5ptg.. rasa x cukup je masa, seronok  sbb bila nak g keje je, hati terasa gembira yg teramat sgt, dlm minda sudah merencana kerja yg perlu dibuat

erm... x der langsung ruang nak bersembang2 biarpn seketika cuma kecuali semasa minum pagi.(itulah masaku bersama mereka di pejabat). itupun cuma dibilik ituliti je (maklum le, nak save budget.. memasing2 bawa bekal.  hehe. ) lagi satu,  aktiviti mengepampun makin culas, sebabnya: tentulah terlupaaaaa!!!

Lantaran itulah, bila sampai ke rumah, badan sudah letih dan kepenatan, maka mood untuk berblogpun  merundum seketika. Bangun seawal pagi, sambil2 ke dapur, jengok le seketika laman  teman2  blogger sekadar termampu..

Rabu, 21 Julai 2010

Rabu, 21 Julai 2010

Kalimah ALLAH..cuba try

Email yang baru aku terima hari ini.. w/pun hakikatnya ia sudah lama disebarkan, malah ada diantara rakan blogger telah membuat n3 berkaitan dengannya. erm... sekadar renungan..

Cuba lihat pada titik di 'Kalimah ALLAH' selama 10 saat dan alihkan pandangan pada dinding kosong.. Lihatlah keajaibannya.. Subhanallah, rasa KAGUM dengan ilusi mata kurniaanNya



Isnin, 19 Julai 2010

Isnin, 19 Julai 2010

Sepetang di Taman

Baru semalam kami berkesempatan membawa anak2 ke Taman Permainan, masing2 ceria, maklum le bukan selalu dpt bermain ke sini..

Seronoknya..

Jom le sekali

Alya nak rehat jap, lapar le pulak.. 
nak makan roti dulu laa
(erm.. comotnya mulut.)

Alya mkn betul2 ni, tengok, tinggal sikit daa roti ni.

Join kakak le pulak.. tapi.. takuuutnya!!

Khamis, 15 Julai 2010

Khamis, 15 Julai 2010

alahaaai..

Gmbr ni diambil ptg td, siannya ummi tengok Alya letih & mengantuk hg tertido dlm kete slps ambk ummi dr tmpt keje, bukan penat wat keje tp dia penat stlh seharian bermain tanpa henti, aktifnya ngalahkan budak lelaki je.. mcm2 perkara baru dicubanya.
alahaaai, lenanya anak ummi..

cuba lihat apa yg dipegangnya. ******
tengok tu,  tetap di tangan w/pun sdg lena dibuai mimpi..

Ha'aaa, tu dia, keychain penyu pemberian
  Untie Mas, 
berbalooooikan, ermmmm, nak lagi.... hehe

Rabu, 14 Julai 2010

Rabu, 14 Julai 2010

celoteh anak daraku

rindunye kt ummi, bila le nak balik ni..
kakak, pinjam phone jap!

maner satu ni no.  ummi?

udah le alya x skolah lg, tlg le bgtau..huhu

ish, napernya x jumpe2 lg ni..

alya gigit kaaan,
 mnta2 ummi call le krg ni!!

erm.. ambik le, alya xmo daa tepon ni..
buang masa alya je

Selasa, 13 Julai 2010

Selasa, 13 Julai 2010

gigitannya

Adoooi, rasa2nya fobia nak nyusukan Alya, sejak 4 btg gg dia udah pnjg bah. atas n bwh, gigitannya kemain lg kuat, makin kita terjerit, makin kuat pulak dia mengigit. huhuhu

Isnin, 12 Julai 2010

Isnin, 12 Julai 2010

Selesai sudah

Alhamdulillah, hari ini aku baru berkesempatan menghantar hadiah kepada pemenang  'Syafiq Giveaway 2010'. 

Nurul, Ayu dan Lynd, terimalah hadiah yang tak seberapa ini (Asalnya barangan lain, tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, maka ia terpaksa ditukar pada saat2 akhir,  kecewa3)

Buat kalian, ia tidak le mahal tapi apa yang penting ialah keiklasan, betul tak??
ermmm, inilah seadanya..

Jumaat, 9 Julai 2010

Jumaat, 9 Julai 2010

'Dinner'


Semalam lepas Isyak, bawa anak makan malam di 'Rest House',  seronok lihat telatah Alya, gembiranya kemain lagi, maklum le JARANG2 dapat kuar ambik angin malam2 gini, ummi sibuk berblog, abah lak g masjid!!.

Jom, kita  layan aje gambarnya yang sempat diambil sementara menunggu hidangan siap.... 



bestnya dok kat sini!
nampaknya kena ajak ummi/abah mai kesini selalu

ermmm, Alya nak order aper ye??

Minta aiskrim  semangkuk!! 
 haaaah! x boleh!!   kedekut le ummi ni. huhu
Isshhh, lambatnya  order sampai, 
chef  ni masak ke, baru pegi pasar beli ayam!!
x sabo daa nak makan..

Huis, x bleh jadi ni!!

Jom le kiter cari  tempat lain...

Rabu, 7 Julai 2010

Rabu, 7 Julai 2010

Telatah Si Manja

ok tak Alya pose gini ?

Nape ngn  mata Alya ni? huhu

Aksi ngan ikan 'lumba2', Siapa yang lebih kuat?  hehe

Ish, semua benda nak makan, ummi tak masak ke?

Selasa, 6 Julai 2010

Selasa, 6 Julai 2010

Orang Baru

Tengahari tadi kami baru berkesempatan mengunjungi Ann yang baru lepas bersalin, jenuh mencari hamper yang sesuai sebagai cenderamata tapi isi kandungannya tidak menarik hatiku, last sekali berpindah ke kedai lain, akhirnya aku dapat apa yang diidamkan.

Nur Amani Syifa nama diberi, comeykan! berat lahirnya 3.8kg. Moga mendapat khasiat susuibu sepenuhnya.

Isnin, 5 Julai 2010

Isnin, 5 Julai 2010

cuti lagiiii

Hari ini aku bercuti lg 2 hari, x der apa perancanganpun nak ke mana, sekadar menemani Alya sebagaimana janjiku padanya mg lepas.
Alhamdulillah, setelah Alya pulih sepenuh drp. demam campak t/hari (sib baik tiada kesan parut yang tinggal - kulit muka dan badan halus dan licin spt biasa).

Aku mula lihat mukanya makin tembam dan berat badannya meningkat, dia aktif kembali, malam tadipn jam 12t/malam baru tido. . seronok dia bermain2. 

Ahad, 4 Julai 2010

Ahad, 4 Julai 2010

Kelahiran Baru

Semalam, 3 Julai 2010 anak buahku di pejabat - Ann telah selamat melahirkan seorang cahaya mata pompuan ke 2 yang comey, cam ibunya juga, 3.8kg  LSCS. Tahniah..

Aku telah cuba sedayanya menjadi contoh sebagai seorang ibu bekerja yang berjaya menyusukan anak dan menjadi pengepam tegar di pejabat.. Moga dapat menjadi motivasi buat dirinya. Mampukah dia ikut jejakku? terpulanglah kepada si ibu sendiri untuk menilai dan memberi yang terbaik buat si kecil.

Sabtu, 3 Julai 2010

Sabtu, 3 Julai 2010

mencuit hati

Alhamdulillah, setelah seminggu Alya tidak sihat, hari ini dia aktif kembali dan sudah ada selera makan.

Jom kita lihat beberapa gelagatnya yang mencuit hati

Apa ye ada dlm beg ni?, ish ummi ni, xder ke coklat  atau apa2 yg blh dimkn, lapaaar ni!

Nak naik  le, cam tunggang kuda lak, jom le kawan2 join sekali!

Adooi, camner nak turun ni? Eeeeee, ngeriiiinya!, k.., mula2 turun sblh kaki dl, bla. bla..

Yeay, berjaya!!!
tapi  ummi suh berlatih marathon lak ni, ntuk sukma 2011. penaaatnya Alya!!!   k.. mula,  sedia,  1, 2, 3 gooooo!!!!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang