Sabtu, 31 Julai 2010

Sabtu, 31 Julai 2010

Malang tak berbau


Dalam perjalanan balik dari Cameron Highlands malam ini, kami telah terlanggar seekor musang yang melintas jalan secara tiba2. Astaghfirullah dan mengucap panjang aku, terkejut dicampur perasaan sedih teramat sangat, kesiankan kat binatang itu tapi apa boleh buat, ditengah2 hutan belantara ditambah jalanraya yang baru siap dibina, pastinya lampu jalan belum sempurna sepenuhnya.

Perjalanan cuma diterangi dek cahaya lampu kenderaan sekali sekala .. kejadian berlaku tanpa diduga dan kami tidak sempat nak mengelakkannya tamb. lak gaung terdapat di kiri kanan jalan.

Setelah memastikan keadaan jalan selamat, hubby hentikan kereta dan lihat 'no. kereta'  dan 'sport light' hilang ntah kemana.. bahagian bawah ada sedikit retak.  mesti berlaku perlanggaran yang agak kuat tadi, syukurlah.. kami anak beranak balik dalam keadaan selamat.


2 ulasan:

ayukhairy berkata...

mujur akak tak de apa2...bahaya kan jalan kat situ...

Umialya berkata...

Ayu..
Alhamdulillah, syukur

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang