Rabu, 31 Julai 2013

Rabu, 31 Julai 2013

tqsm

Terharunya xder ribut, xder petir tiba2 en. posmen bawa 2 keping surat, nak tau surat apa? meh kita lihat sama2 ya..
 
haahhhhh itu ia, Bookmarks  Ina - IntanBerlian & Kad Raya daripada Sekadar Coretan - Eita

Terima kasih buat kalian berdua, betapa gembiranya rasa di hati, tak terucap dek kata2 tapi akak mohon maaf ya sebab tak sempat daa nak balas - mood sedih le pulak..





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selingan
CPUV ke 41/2013
Alhamdulillah, penambahan BE dari Twisties Traxxobeats


Spam lagi..

Mohon bantuan pakar2 IT di luar sana, saya nak sekat @ keluarkan 'Maz Uzi' dari laman ini, camner ya? buat teman2 tak perlulah  klik laman tersebut, ia tak sesuai buat kita semua..

Benci 1000x..

kemaskini..
Jawapan kpd Maria Firds.. apabila buka g+, ini jer yg ada..

sememangnya saya tak pernah follow si mamat ni..

kemaskini..
Setakat ini belum punyai jalan penyelesaian, jadi saya cuba berhubung terus dengan dia, harap dapat maklumbalas..


Selasa, 30 Julai 2013

Selasa, 30 Julai 2013

Suram

Alhamdulillah kita sudahpun masuk Ramadhan ke 21, kejap jerkan? tapi itulah makin lama makin lemau, orang lain sibuk buat persiapan raya, pantang punyai masa terluang, terus berbaking tapi saya? masih belum punyai semangat nak berbaking (barang2 untuk berbakingpun belum dibeli lagi..) walaupun diasak dek anak2 dari masa ke semasa.

Mungkin sehari dua sebelum raya & sepanjang syawal kot barulah berbaking sebab saya lebih suka hidangkan kuih muih yang baru buat tetamu, lagipun bukannya ramaipun ke mari KECUALI budak2 di kawasan sekitarnya untuk beraya.

Buat mereka saya lebih suka sediakan menu berat yang sentiasa menjadi pilihan, biasanya mereka akan bagitau awal jika nak beraya & order jer menu kesukaan mereka (ala2 order kat restoran gitu..) sebabnya jika datang mengejut, makan ajerlah apa yang ada di atas meja itu selain dapat duit raya seciput.. (tuan rumah punya kedekut, itupun mau kirakah?...)

Tambahan pula selepas solat raya, kami akan bertolak balik ke kampung selama beberapa hari untuk beraya bersama sanak saudara, rasanya di awal Syawal tak perlulah punyai kuih muih yang banyak, sebagai buah tangan buat adik beradik, in shaa allah tidak akan dilupakan, adalah sesuatu buat mereka tapi "rasanya untuk tahun ini, tiada kot hasil air tangan adik bongsu & ipar duai kalian ini seperti selalu, maklum le hingga kini, keadaanku LEMAU selemaunya" tapi kadang2 ia diluar jangkaan, bila mood mari, semua menjadi, rela tak tidur sepanjang malam.

Selera makan kami juga makin kurang, saban hari pasti kena fikirkan menu kegemaran famili, kalau tak, idok le pepagi buta masak bihun soto kegemaran anak bujang (licin dikerjakannya..) & untuk menu berbuka nanti sudahpun ada di dalam minda ini - laksa asam feveret kami kaum hawa, disamping itu WAJIB masak nasi untuk hubby (selera kampung daa..) & anak bujang seorang. Apabila nasi, automatiknya kena fikirkan lauk yang sesuai, setakat ini belum ada idea lagi, saat2 sebeginilah amat memerlukan Perunding Menu.. sebagai penyelesaiannya (kalau nak tau siapa dia Perunding Menu, klik2 jer..)

Nota: Rasanya tahun ini duit rayapun tak dapat tukar, semasa ke BSN semalam, ramainya orang, terus tak jadi, tak kuasa nak beratur panjang2, nampak gayanya gunalah mana2 duit yang ada, suramnya helaian RM selemau tuannya...

Kemaskini: Jap lagi nak singgah kat PBB tunaikan cek, mana tau kaunter penukaran tak sibuk, boleh le terus tukar duit raya - alhamdulillah dapat le tukar RM500, tengok dalam laci kat umah, masih banyak lagi baki raya tahun lepas beserta sampul duit, boleh le top up mana2 yang tak cukup..

Isnin, 29 Julai 2013

Isnin, 29 Julai 2013

CPUV ke 39 & 40/2013

Tersenyum simpul jer tengok status Nuffnang, alhamdulillah rezeki Ramadhan, dapat lagi penambahan 2 BE iaitu Libresse Empower & Marigold Peel Fresh, tq Nuffnang..


Ahad, 28 Julai 2013

Ahad, 28 Julai 2013

Ramadhan ke 19

Pejam celik pejam celik kita sudahpun masuk Ramadhan ke 19, nampak gayanya beberapa hari lagi kita akan menyambut Syawal, alhamdulillah persiapan raya sudah 80%, cuma tinggal kuih2 raya & songkok buat 2 beradik itu.

Menu sahur kami, seperti biasa saya akan menyediakan hidangan nasi dan lauknya pagi ini - 'Ayam masak Gulai Darat' & baki kepak ayam Pizza Hut, petang semalam kami berbuka di Pizza Hut bagi memenuhi permintaan anak2, lagipun sepetang berada di luar daerah bagi melawat jiran kami di hospital serta membeli persiapan raya buat famili.

Mengenai perkembangan semasa jiran kami, 2 beranak telah berpisah tempat rawatan di mana bapanya telah dipindahkan ke HUKM, Kuala Lumpur (keadaan kritikal..) dengan segera manakala si anak yang baru selesai menjalani pembedahan tulang rahang kekal di hospital itu. 

Kisah kemalangan ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian edisi pantai timur semalam, tengok pic kereta, memang remuk teruk kerana telah terlanggar belakang lori bijih besi dan Mingguan Malaysia hari ini m/s 19 (laporan tidak tepat - "'Mangsa' & dua rakan cedera",  sebetulnya 'mangsa' & anak perempuan serta rakan anaknya cedera).

Sedih sangat apabila mereka terpaksa berpisah jauh, si ibu menemani bapa jauh di sana manakala anak di jaga oleh kakak & ibu saudara di negeri ini. Marilah kita sama2 doakan moga mereka kembali pulih seperti sediakala sempena syawal bakal menjelma, aamiin..

Nota: Aiyaaaaaaaaaa kasut raya Alya sudah dibuat basahan, nampak gayanya kena beli len....

Sabtu, 27 Julai 2013

Sabtu, 27 Julai 2013

renungan


Nota: In shaa allah jika tiada masalah, petang nanti akan melawat jiran kami yang terlibat di dalam kemalangan jalan raya kelmarin, keadaan si bapa masih belum sedarkan diri, manakala anak n rakan anaknya stabil..

Jumaat, 26 Julai 2013

Jumaat, 26 Julai 2013

Tragedi Ramadhan..

Seawal pagi dikejutkan dengan berita kemalangan jalanraya seorang jiran kami bersama anak gadisnya dengan sebuah lori biji besi hampir selepas waktu berbuka puasa semalam.

Terkedu seketika sebab kamipun melalui jalan yang sama lebih kurang pada masa itu (mungkin lebih awal sedikit..) yang sememangnya sempit, tidak sekata, berbukit bukau, berliku & rosak teruk (keadaan semalam) serta banyak lori keluar masuk, sudah banyak kemalangan maut berlaku di situ.

Sekarang dipindahkan ke hospital daerah lain dan keadaan mereka dikatakan kritikal, marilah kita sama2 doakan kesejahteraan mereka anak beranak, semoga ada keajaiban yang berlaku, aamiin...



CPUV ke 37 & 38/2013

Alhamdulillah BE terbaru Nuffnang - IKEA FY13 & INTI Cycle


Rabu, 24 Julai 2013

Rabu, 24 Julai 2013

Baru ku tau..

Rupa2nya kami sudah punyai anak dara & anak bujang yang sedang membesar, sessi membeli persiapan raya beberapa hari lepas & siang tadi membongkar segalanya.

Saiz baju kurung moden si ibu - 38 manakala anak dara - 34, sikit sangat perbezaannya, ketinggian yang hampir2 sama di antara kami berdua, sekejap jer masa berlalu, ia menandakan usia si ibu makin meningkat... kemaskini 30/07/13: kasut raya sama saiz daa iaitu 5, nampak gaya.. kasutku kasutmu jua..

Saiz baju melayu si bapa - L (Sib bek xder saiz XL @ XXL, kalu idok diambil yang besar gedabak, makin le nampak gomoknya lakiku, bab2 berpakaian ini dia memang GAGAL),  anak sulung - S & si adik XS. Sedondon 3 beranak, senang citer..

Nota: Tiba2 menerima panggilan kecemasan dari talian rasmi menandakan alarm pejabat berbunyi lantang, sib baik telefon depan mata, terus angkat & ikut arahan untuk mematikan alarm dari jarak jauh, kemudian hubungi pihak hotel yang merupakan jiran rasmi kami  bagi memantau keadaan pejabat, alhamdulillah tiada apa yang berlaku, mungkin tiupan angin yang agak kuat kot..

ww


Nota: Ambil cuti gantian & cuti rehat selama 2 hari, terus sambung cuti sempena Nuzul Al-Quran dan cuti mingguan (dapat le 5 hari), jika mood rajin, mungkin kemaskan rumah & misi mencari baju raya anak2 akan diteruskan sehingga lengkap..

Kuih raya? bergantung pada mood juga, jika punyai kerajinan, adalah nanti tapi seboleh mungkin cuba elakkan biskut raya yang dah siap diluar sana..

Ahad, 21 Julai 2013

Ahad, 21 Julai 2013

Langkah Pertama..

Salam Ramadhan ke 12, alhamdulillah hampir setengah bulan kita berpuasa, maknanya tidak lama lagi kita akan meraikan hari lembaran, bagaimana dengan persiapan raya teman2?

Kami belum lengkap lagi, mulanya bercadang semasa bertugas luar dulu, terus jer buat persiapan raya tapi dek peristiwa kemalangan yang mengakibatkan kenderaan kami 'tak smart', maka mood terus melayang & langsung tak terfikir ke arah itu.

Petang semalam baru berkesempatan mengajak hubby meronda2 di sekitar kawasan pekan kecil ini, tujuannya untuk membeli kainan buat kami 3 beranak kaum hawa (tukang jahit khas - sudah ditempah awal2 lagi, "jangan marah ya teman, kawan kamu memang cenggini setiap tahun, suka hantar tempahan pada saat2 akhir.".) tapi yang dihajat tak kesampaian, cuma baju melayu (jenama baru kot: JOE STYLE) untuk kaum adam diperolehi dengan kos RM120/pasang x 3 = RM360.00 - diskaun RM10.00 (Total: RM350//..)

Sekali fikir bek beli baju yang dah siap, lagi murah berbanding yang ditempah, kainnyapun memuaskan hati, sejuk & lembut, pemilihan tema pada tahun ini agak bercelaru, akhirnya hubby pilih kaler 'Peach', urmmm, bolehlahhh..

Petang nanti nak ajak hubby sekali lagi meronda2 ke tempat lain pulak, masih belum berpuas hati sebab untuk kami kaum hawa TIADA, sob3x...

In Shaa Allah minggu depan cuba lengkapkan persiapan raya, tambah keperluan kami anak beranak, kain langsir tetap yang dulu2 jugak, selagi tak koyak, ok jer kan...

Nota: Biasanya pada tahun2 sebelum ini kami suka meronda2 ke Jalan TAR & kawasan sekitarnya sambil mengira bilangan kedai2 yang ada kat sana tapi tahun ini tak sempat nak kuar jauh2, cukuplah kami meronda di pekan kecil ini dan daerah2 sekitarnya. Bak kata pepatah "MASA ITU EMAS..'
Kemaskini:
21/07/13 Baju Melayu RM120 x 3 - RM10 = RM 350 - beli di daerah kecil ini..
24/07/13, baju kurung moden ummi & kakak RM125 x 2= RM250, tudung RM25 + RM29=RM54, baju kurung Dak Alya 2 pasang RM 40 + RM 75 = RM115, total: RM 419 - Raub
25/07/13 kain pasang kami 3 beranak RM19 x 10meter = RM190 (siap tempah pd 26/7/13), tudung2: RM 60, total: RM250 - Jerantut.
27/07/13 resit 1 RM 224.65 + resit 2 RM198.90 + resit 3 RM 128.85 + resit 4 RM 19.90 + resit 5 RM 39.90 + resit 6 RM 109.80 = RM 722.00 - Temerloh
03/08/13 t-shirt anak bujang RM 50 - sini jer
04/08/13 persalinan anak bujang RM100 - di sini juga.
05/08/13 upah menjahit baju kurung RM 75...
06/08/13 kasut alya RM 49.90,songkok : RM 28 &  lain2 persalinan: RM 105.00
Bajet raya 2013: 21/07 + 24/07 +25/07/13 + 27/07/13 + 3/8/13 + 04/08/13+ 05/8/13 & 06/8/13 =  RM2,148.90.

Sabtu, 20 Julai 2013

Sabtu, 20 Julai 2013

Hari ini dalam sejarah

Apa nak jadi ngan kamu Tini oiiiiii?, jam 4.55pagi baru tersedar untuk bersahur, huwaaaaaaaa.. terus mencari idea untuk sediakan makanan seringkas mungkin, kalau ada nasi lebihan berbuka semalam boleh le goreng bodo2 tapi semua licin, anak teruna dah abiskan selepas balik terawih semalam

Ambil inisiatif, telur separuh masak & goreng daging burger, janji perut famili beralas n j/masa penyediaannya singkat, bancuh milo & kami 2 beranak, semestinya produk smartherbs sambil itu beri arahan kepada anak2, sementara menunggu makanan siap, makan ajerlah apa yang ada seperti kurma, agar2 & anggur serta minum air masak secukupnya.

Bukannya kami tidak kunci jam tapi entah kenapa memasing tak sedar, biasanya sejam sekali saya tersedar dari tidur tapi pagi ini? entah le, perkara dah nak berlaku, redha jer..

Pagi ini pula, anak dara bersekolah ganti, selepas hantar dia, ajak Alya berjalan2 (kononnya senaman) di kawasan taman, ambil angin pagi, masuk jer ke dalam rumah, Dak Alya minta nasi lak, apa lagi, pagi2 di bulan puasa, masak nasi sikit n goreng telur kicap hancur untuk dia sorang.

Nota: Petang semalam dapat surat saman RM300 selepas laporan dibuat akibat kemalangan tempohari,  tempoh akhir 8/08/13 (masa nak raya weiiiiiiiiiiii).. xperlah, nak wat camner, g bayar jerlah - PAID 22/08/2013, alhamdulillah Exora dah kuar bengkel..

Khamis, 18 Julai 2013

Khamis, 18 Julai 2013

Luahan Hati Dayana

Umum mengetahui mengenai pernikahan kali kedua Ashraf Muslim bersama pasangannya di Thailand, urmm tak reti nak komen, mungkin jodoh mereka tapi sebagai kaum wanita, pasti terdetik juga rasa di hati, apa2pun moga kebahgiaan tetap bersama Ashraf dan isteri2nya.


Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana

Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat

Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setia

Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab

Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan

Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia

Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah

Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah

Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

Terkini..

Lorrrrrr cenggini lak kisahnya, tertipah tertipu sudaaa.. :(

Khabar angin - BONUS AIDILFITRI 2013 part2




Nampak gayanya Cikgu Mat Som, kita dah boleh pilih Plan A, maka Plan B itu, kita tolak le pelan2 kat tepi tapi jangan terus dicampak, mana tau berguna nanti tepat 30 Ramadhan, maklum le khabar2 angin cuma untuk menyedapkan hati Penjawat Awam, rasa2nya ia cuma bernisbah 40:60.. huhuhu

Oh ya, Cikgu standby le sampul berisi gambar penyu kat helaian belakang tu pada Aidilfitri nanti, alaaaaaaaaaaaa RM yang berkaler oren, xmo lebih2, lagipun anak saya baru ada 4 orang, opsssssssssss....

Rabu, 17 Julai 2013

Rabu, 17 Julai 2013

selingan

Ada2 jer budak ni, urmmmmm

Ramadhan ke 8

Nampaknya kita sudahpun masuk ke bulan Ramadhan ke 8, menu bersahur adalah Nasi Goreng Kampung & Soto (guna sup tulang yang dimasak untuk berbuka, sengaja buat lebih), alhamdulillah tiada pembaziran lagi, harap2 ia bertahan hingga kehujungnya.

Lumrah sebagai seorang isteri & ibu, biarpun perut masih kekenyangan tapi di dalam minda terus memikirkan menu untuk berbuka nanti, terukkan!!

Selasa, 16 Julai 2013

Selasa, 16 Julai 2013

Khabar2 angin BONUS 2013




Apa daa, len kali pastikan berita tu sahih sebelum kuarkan entri dik oiiiiiiiiiiii!!!!!!!

Isnin, 15 Julai 2013

Isnin, 15 Julai 2013

Renungan...


Nota: Hari ke 6 Ramadhan, semakin buntu memikirkan menu untuk famili, sila bagi cadangan, simple xper janji memenuhi selera mereka..

Ahad, 14 Julai 2013

Ahad, 14 Julai 2013

Perginya tak kembali..

Mood sedih, kami baru jer kehilangan 2 ekor ikan emas kaler hitam, ntah naper, tiba2 ia mati serentak di dalam akuarium, moga baki ikan emas yang masih ada tidak ikut jejak yang sama , sob3..

Carian google..

Nota: Apa daa kamu Tini oiiiiiiiiii, ikan matipun wat entri?

Sabtu, 13 Julai 2013

Sabtu, 13 Julai 2013

Ramadhan ke 4

Tanpa disedari, hari ini sudah masuk Ramadhan ke 4, syukur kerana dapat lalui puasa kali ini tanpa sebarang rintangan, rasa letih mahupun lapar, sedar2 masa berlalu begitu pantas.

Alhamdulillah sehingga kini masih mampu menyediakan juadah berbuka dan bersahur, belum terfikir untuk menjenguh 'PARAM', maklum le diri ini mudah tergoda, tak pasal2 membeli melebihi keperluan.

Awal2 pagi anak bujang keluar membeli 2 ekor ayam (potong 4) di pusat sembelihan, saya tidak gemar membeli ayam di pasar2 basah sebab ia tidak sesegar di sana, niat di hati untuk membuat ikan & ayam percik dan sebahagian akan di panggang ala2 ayam BBQ, boleh le anak bujang meratah selepas balik dari solat terawih nanti, lagipun esok dah nak balik ke asrama serta perapan selebihnya boleh dibakar menggunakan pemanggang ajaib sebagai menu sewaktu bersahur.

Baru siap perapkan ayam, biar terasa bahan perapannya, selepas jam 5 nanti barulah nyalakan api untuk proses membakar ayam.

Pelikkan?? pada hari2 lain, saya memasak seringkas mungkin tapi masuk jer Ramadhan, macam2 idea timbul, asah kembali bakat memasak sebagaimana yang dibanggakan oleh arwah mak (kalau arwah tidak puji anak bongsunya, siapa lagi yang nak puji, huhuhu) contohnya petang semalam, saya membuat kerabu mangga ala thai, kiranya menu ringkas yang  amat liat untuk saya buat pada hari2 biasa.

Salah satu sebab yang membuatkan saya lebih suka menyediakan masakan sendiri kerana PERNAH membeli:-
  1. Beberapa ketul kepak ayam goreng tapi dipenuhi dek bulu2 ayam, jika bulu2 halus kiranya boleh dimaafkan.
  2. Ikan percik (mungkin ikan lama & disimpan diluar peti ais), baru jer masuk ke mulut, terus diluahkan keluar, cuba bagi kepada kucing tapi kucingpun hampir2 nak m****h. 
  3. Lauk pauk yang telah dipanaskan semula dan basi
  4. Makanan tawar, xder sebarang rasa, mungkin nak jimatkan kos & lebih menguntungkan.
  5. Makanan terlampau masin.
  6. Lauk pauk terlebih manis (meskipun saya asalnya Pantai Timur tapi selera orang2 kebanyakan..)
  7. Harganya MAHAL (sesekali perlu gak bersikap tangkai jering...)
Pastinya menyediakan makanan sendiri lebih terjamin tahap kebersihan.

Jumaat, 12 Julai 2013

Jumaat, 12 Julai 2013

Mood kecewa..

Hari ini baru berkesempatan untuk memborong daging segar, semasa sampai digerai menjual daging segar, pembeli begitu ramai, masing2 memilih sendiri daging yang sudah siap di potong (jangan harap le nak daging musim ke apa, tak dilayannya..), saya mengambil daging dalam kuantiti yang agak banyak, kiranya penuh tray penimbang, kemudian letak bersama daging pembeli lain untuk ditimbang dan dikira harganya.

Mata tertarik pada sudut di sana, "sib baik ada tulang rusuk..", apa lagi saya terus capai tray & pilih tulang rusuk yang sudah siap dipotong kecil2, sayapun mengambilnya di dalam kuantiti yang banyak juga, yalah sebagai stok kami selama beberapa minggu, nanti boleh bergilir2 lauk untuk dijadikan juadah pada Ramadhan ini.

Kemudian saya berikan tulang rusuk kepada Si Penjual daging untuk ditimbang sambil itu saya minta daging yang telah dipilih sebentar tadi, saya lihat pembeli lain semuanya sudah beredar dan saya bermati2an menganggap bungkusan daging yang sudah berbungkus itu adalah kepunyaan saya.

Setelah membayar RM104 untuk harga tulang rusuk & daging tadi, saya cepat2 beredar, maklumlah nak kejar masa walaupun pada waktu yang sama, terdetik di hati, "naper cuma RM104 jer, bukankah saya ambil banyak daging tadi & terasa ringan semasa mengangkat bungkusan yang dihulurkan.."

Balik jer ke rumah, terus buka bungkusan daging, saya amat terkejut & kecewa, bukan daging sepertimana yang diimpikan tapi hati lembu, sudahlah saya dan anak2 tidak makan organ dalaman.

Nasib badan le, nak pergi hantar semula, tak pasal2 diherdik oleh si penjual, maklum le sekarang ini bulan Ramadhan & kepenatan melayan klien yang begitu ramai (sedangkan pada hari2 biasapun kita kena berhati2, sebenarnya ramai yang fobia dengan sikap si penjual daging ini...).

Paling utama, cuma dia seorang jer si penjual daging segar di pasar ini, pastinya kena jual mahal beb, setakat nak dengar aduan pelanggan semata2, xmo dilayannya, ada dia kisah...

Entri khas buat Aisy Nasiha

Bagi menjawab persoalan Aisy Nasiha, sebenarnya saya xderpun sebarang petua untuk melatih anak2 supaya mandi terlebih dahulu sebelum bersahur.

Pengalaman dulu semasa anak dara dijadikan panduan sebab saya seorang yang 'liat' nak bangun pagi apatah lagi bersahur, "ishhhhhhhhhh xder selera...", biarpun berpuluh kali arwah mak ketuk pintu bilik, merayu2 agar bangun bersahur tapi saya tetap berdiam diri, rela membatu & menyepi seribu bahasa, anak bongsu memang degilkan!!!!! ("sekali ingat kesian arwah mak, memasak awal pagi tapi memasing2 xmo bangun bersahur, sedihkan.".)

Cuba bayangkan, rumah kayu yang terletak di kawasan kampung mesti berkeadaan sejuk hingga ke tulang hitam, jika bangun cuci muka cuma, pastinya xder selera nak makan, arwah masak le sesedap manapun, tidur juga pilihanku.

Arwah abang no. 2 yang tinggal bersebelahan rumah sering ke bertandang pada waktu sahur melaungkan nada2 sinis "Orang siam ke xmo bangun sahur?"

Nak mandi awal pagi, rasanya tak sanggup dengan air sejuk bak ais, jika nak masak air panas untuk dijadikan air mandian, pastinya kena marah, membazirkan gas jer..

Apabila sudah bekeluarga dan tinggal jauh dari famili, nak tak nak terpaksalah bangun awal pagi untuk memasak dan bagi memastikan anak2 berselera untuk bersahur, saya galakkan diorang mandi terlebih dahulu, lagipun sekarang ini senang, pemanas airkan ada, tidaklah mereka takut dengan air meskipun di awal2 pagi.

Semasa anak kecil2 dulu, selesai jer masak terus kejutkan mereka perlahan2, kemudian dibawa ke bilik air untuk mandikan mereka dengan air suam (semasa belum punyai pemanas air, perlu memasak air terlebih dahulu untuk dijadikan air mandian).

Jadi sekarang ini sebaik jer bangun tidur, memasing akan meluru ke bilik air untuk mandi sebelum ke meja makan bersahur.

Khamis, 11 Julai 2013

Khamis, 11 Julai 2013

Ramadhan kedua..

Demi famili, seawal jam 3 pagi gigih memasak nasi ayam sebagai menu bersahur, ingatkan nak peram sikit masa lagi tapi risau terus terlena hingga ke pagi.

Alhamdulillah hasil air tangan isteri & ibu yang memasak dengan penuh kasih sayang - licin, setakat ini belum ada pembaziran samada waktu bersahur mahupun berbuka, seboleh mungkin cuba elakkan makanan berpanas semula untuk dibawa ke sahur, minda tetap kata 'TAK SEDAP'...

Paling membanggakan si Alyapun bersahur juga, siap minta nasi tambah lagi.

Oh ya.. anak2 sememang dilatih mandi air suam sebelum bersahur.

Rabu, 10 Julai 2013

Rabu, 10 Julai 2013

idea..

Entah mimpi apa, tiba2 terbeli seekor ikan siakap, selama ini tak pernah beli ikan siakap untuk dimasak kecuali semasa makan di luar, barulah order untuk famili, lagipun saya seorang yang tak gemar makan ikan jenis besar2 tapi apabila terpandangkan ikan siakap yang besar & segar, terbayang wajah2 kesayangan hamba.

Ada apa2 idea untuk memasaknya, mungkinkah masak tiga rasa & masam manis? jika kalian, menu apa yang lebih sedap?

Selasa, 9 Julai 2013

Selasa, 9 Julai 2013

bengang..

Situasi sepetang di pasar malam siang tadi..

Saya: "Berapa sekilo udang & sotong?"

Penjual 1: "Sotong RM20, udang lak RM30..."

Saya: "Mak aikk mahalnya sekarang ni, xleh kurang ke sikit?"

Penjual 1: "Ambil le kak, nanti kita kira semula, cam sotong tu saya bagi RM18, udangpun saya bagilah kurang sikit.."

Maka sayapun pilihlah udang 1/2kg  & sotong 1kg, kebetulannya penjual 1 ada hal sikit, dia ketempat lain,  sesudah itu sayapun hulurkan udang & sotong kepada rakannya- si Penjual 2

Pemjual 2: "Udang 1/2kg RM15 + Sotong 1kg RM 20, semuanya RM35."

Saya: "Tadi dia kata boleh kurangkan sikit, tak boleh ke?" (nada perlahan jer.. sambil hulurkan RM50)

Penjual 2: "Tak boleh, harganya memang mahal, sikitpun tak boleh kurang, kalau nak murah belilah dengan dia, bukan dengan saya.." (dia membebel dengan lantangnya, kebetulan si Penjual 1 sampai.)

Penjual 1: "Saya ada kurangkan sikit harganya." (Ujar penjual 1)

Penjual 2: "Susahlah nak berniaga kalu begini, harga tak tetap, orang itu kata gini, orang ini kata gini, bla. bla. bla, bla.."  (bebel si Penjual 2, mulutnya memuncung manjang, kalu hensem ok gak, ini udah le go**k, kulitpn ala2 waktu malam tanpa bulan purnama, abg bangla lagi smart ye dik.. sori... belum masuk bulan Ramadhan lagi, sempat le ahkak kamu ni mengata, huhuhu.)

Penjual 1: "Cakap elok2 sikit tak bolehkah?" (Situasi yang kemudiannya menyaksikan mereka bergaduh sesama sendiri).

Penjual 2 terus hulurkan note RM50 yang saya hulurkan sebentar tadi kepada Penjual 1, di mana akhirnya saya berurusan dengan si Penjual 1.

In shaa allah, dek situasi sebegini, saya tidak akan membeli di sini, banyak lagi gerai2 menjual ikan, serik daa dek kesombongan, lagipun petang ini orang lebih ramai dari kebiasaan, maklumlah ramai membuat persiapan bersahur.

Nota: Udang tu bersaiz sederhana.. kalu besar, memang puas hati.. anak buah dah bagitau sebelum tu, bek singgah kat pasaraya sebab sedang offer ramadhan, harga udang besar RM25.90 tapi itulah DEGIL sgt, xmo dengar kata..

Isnin, 8 Julai 2013

Isnin, 8 Julai 2013

CPUV ke 36/2013

BE terbaru dari Sunsilk CnF, tqsm Nuff


2013 adalah pencapaian terbaik bersama Nuffnang, jika nak dikutkan banyak tawaran 'Blogbuster Nuffnang  Campaigns ' tapi sejujurnya saya tidak pandai untuk rekacipta kesemua itu, lain le Mieya Atiera, dia  pakar & dapat kutip hasil yang banyak melalui  Blogbuster Nuffnang Campaigns. 

Urmmmm cukuplah sekadar gelaran 'Ratu Nuffnang' drp OKje, bertuah sangat2...


Ahad, 7 Julai 2013

Ahad, 7 Julai 2013

Patah kaki

Jelesnya UA dengan OKje sekeluarga, tiap2 minggu ukur jalan, kami? memerap jer kat umah, lagi2 kereta masih bertapa di dalam bengkel (maklum le kereta kami cuma sebuah je..). Kiranya patah kaki wat sementara waktu. Motor? 2 orang je yang muat, huhuhu...

Urmmm harap2 cepat le siap kereta tu, jemunya tak dapat pergi ke mana2

Sabtu, 6 Julai 2013

Sabtu, 6 Julai 2013

Spam

Mohon maaf daripada sesiapa yang tinggalkan jejak seperti di atas, saya anggap ia sebagai SPAM, rasanya tak salah jika saya DELETE ia dari terus melekat di CHATBOX. 

Mungkin Si A @ Si B boleh tampalkan iklan sebegini di tempat yang bersesuaian, bukannya di laman personal seperti ini.

Jumaat, 5 Julai 2013

Jumaat, 5 Julai 2013

pandangan??



Khamis, 4 Julai 2013

Khamis, 4 Julai 2013

CPUV ke 35/2013

Coke Ramadan 2013, terima kasih Nuffnang


Nota: Hari terakhir di sini, hati tidak keruan dek seorang anak di rumah demam, awal2 pagi call jiran sebelah rumah minta PCM aka Panadol, tak yakin nak suruh dia ambil sendiri kat dapur, kang tersilap ubat, haru jadinya.

Selasa, 2 Julai 2013

Selasa, 2 Julai 2013

Jiran Tetangga

Sepanjang peninggalan kami beberapa hari ini, kunci pendua ditinggalkan kepada jiran berbangsa India yang tinggal di hadapan rumah memandangkan salah seorang daripada mereka tidak bekerja, minta tolong  'Auntie' jenguk2kan anak di rumah ataupun sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.

Bukan kami tidak berjiran sesama melayu & muslim tetapi memasing bekerjaya dan penat bekerja. xmo lah nak ganggu mereka, begitu juga untuk menghantar & mengambil anak2 ke sekolah, sahabat berbangsa Cina & India yang banyak membantu. Kami cuma hulurkan duit minyak jer, oh ya... kadang2 tumpang jer jiran Melayu sebelah rumah.

Bab makan minum anak2 usah dirisau, itu pesan kami memandangkan anak2 sudah dilatih untuk menyediakan makanan yang 'simple' dan dibekalkan duit belanja yang mencukupi.

Walaupun telah dipesan berkali2, akan tetapi siang tadi dihulurkan juga lauk kari telur untuk santapan anak2, urmmm serba salah jadinya.

Anak sudah dinasihat supaya tidak makan makanan sebarangan, lagipun siang tadi memasing membeli makanan pilihan mereka di pekan sehari kawasan perumahan ini.

Nota: Jika dilihat hari2 biasa, kami tidak bersembang @ bermesyuarat tingkap dek kekangan masa masing2 tetapi di dalam keadaan yang memerlukan, memasing ringankan tulang membantu di antara satu sama lain.

Isnin, 1 Julai 2013

Isnin, 1 Julai 2013

'Cash out' penggal kedua/2013

 
baki kini..

masih punyai 6 BE aka CPUV

4 kali 'Cash Out'  dalam masa 7 bulan, terima kasih nuffnang..


Nota: takkala entri ini bersiaran, tuan rumah otw kerja luar, doakan kami selamat pergi dan balik.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang