Sabtu, 28 April 2018

Sabtu, 28 April 2018

Scary

Senja masih lagi di Lebuhraya

Kisah berlaku beberapa hari yang lepas iaitu semasa balik dari tugasan di luar daerah, bagi ahli tetap Aweks Blogger, diorang tahu haluan saya, tiba2 hari itu terajin pula bersembang setelah lama menyepikan diri, jika tak sunyi sepi "WhatsApp Awek Blogger" setelah masing2 membawa haluan sendiri.

Petang itupun kecoh disebabkan masakan enak Ikan Kunyit oleh blogger hebat awet muda gitu (rata2 dari kami tidak mengenali ikan kunyit... hu3..)

Keesokkan harinya,  tugasan luar habis lewat petang, kami terus bertolak balik ke daerah masing2, saya bersyukur sebab sentiasa ditemani oleh 'Insan Terchinta' yang setia bersama, masuk waktu maghribpun kami masih di dalam perjalanan, hari itu tidak singgah ke mana2 sebab kejarkan masa, jika boleh tidak mahu sampai ke destinasi lewat malam, kesian si Alya dirumah pengasuhnya, lagipun jika hari2 sekolah, dia tidur awal.

Apabila terjumpa masjid, kami singgah untuk solat jamak Maghrib dan Isyak, selepas itu teruskan perjalanan dengan melalui jalan2 kampung yang agak gelap dan tiada lampu jalan, kami berbual2 kosong sepanjang perjalanan, pelbagai topik dikeluarkan.

Bersyukur sebab ada 2 buah kereta di hadapan, jadi kami dapat melihat dengan jelas di bahagian depan dan boleh dijadikan kawan di jalan yang gelap, sunyi dan tiada rumah orang,  lebih kurang kawasan seperti hutan hinggakan apabila tiba di suatu tempat, tiba2 muncul kelibat susuk tubuh lelaki berjalan laju ke arah bertentangan dengan kami (jika betul2 orang biasa, pastinya kami boleh melihat dengan jelas dari jarak jauh lagi sebab 2 buah kereta di hadapan banyak membantu dan sepanjang perjalanan di laluan ini  saya hanya memandang ke depan, bagi tumpuan w/pun suami yang bawa kereta)  betul2 di bahagian depan iaitu sama baris dengan tempat duduk saya di bahagian penumpang.

Allahuakbar terdetik dihati saya, pasti terlanggar sebab jika diikut secara logik, kita tidak akan sempat brek kereta sebab jaraknya dengan kereta kami selangkah dua cuma lagipun ia berjalan laju dari arah bertentangan dan di tengah jalan raya (bukan laluan penjalan kaki), apabila suami mengeluarkan ucapan  tanda syukur tiada kenderaan dari laluan sebelah sebab kami sudah memasuki keseluruhan laluan bertentangan bagi mengelak dari terkena makhluk tersebut, barulah saya tersedar dan berfikir, mungkin inilah salah satu puncanya kemalangan2 maut yang selalu mengaitkan kemalangan disebabkan oleh kenderaan memasuki laluan bertentangan.

Saya menoleh ke sisi kereta untuk melihat keadaan tapi tidak kelihatan bayangnya, anggaplah tiada apa2, akhirnya perjalanan kami ditemani ayat2 ruqyah, masing2 diam membisu, sampai sahaja di rumah periksa keadaan kereta, alhamdulillah tiada kesan terlanggar apa2..

Nota: Selama ini selalu mendengar cerita bukan2 di kawasan tersebut tapi anggap ia sekadar cerita dongeng,  selama kami melalui jalan ini sejak berbelas tahun lalu.. bertawakal sebab inilah laluan kami, seboleh mungkin cuba elakkan melalui kawasan tersebut di waktu malam tapi dek tugasan, itulah hakikatnya yang akan kami tempohi.

Suami pernah terkena sebelum ini,  laluan yang sama,  berhenti buang air kecil  di tepi jalan waktu tengah malam sebab tidak dapat kawal,  nak tumpang tandas masjidpun tak ada, jadi sepanjang malam dia tidak dapat tidur sebab diganggu sedangkan saya dan anak2 lena, sejak hari itu dia serik dan jadikan sebagai pengajaran. 

Rabu, 25 April 2018

Rabu, 25 April 2018

Sepetang di UiTM Jengka.

Menghadirkan diri demi anak buah 'terchinta', andainya bujang sulung sempat menghabiskan pengajian di UiTM Dungun,  gayanya silih bergantilah kami menghadirkan diri ke KONVO tahun ini,  akan tetapi rezeki bujang sulung di bidang lain,  insya allah tahun depan pula kita hadiri majlis konvonya.. 

Ambil gambar curi, susah nak ambil gambarnya,  asyik lari shj. hi3

Inilah abang kandung saya,  dialah penyambung kerjaya arwah ayah, dengan melakukan kerja2 kampung dan bertani  dia membesarkan dan memberi didikan secukupnya kepada anak2.

Anak bujang junior kami hampir mewarisi susuk tubuh dan personalitinya walaupun kami jarang2 ketemu. Bak kata pepatah,  kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. 

Sengaja tempek gambarnya banyak2, maklumlah bukan senang nak dapat peluang,  jika balik kampung,  jarang sekali kami bersembang, perasaan rendah diri menembal gamaknya..  😀

Tahniah Fikah, moga kejayaan sentiasa menjadi milikmu, aamiin..  

 Anak buah yang manja,  entah le kadang2 terfikir juga,  bila masa kami manjakan dia? Dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah kami jika cuti sem @ jika ada peluang sangup datang ke mari walaupun jauh. 

Saya seorang yang tidak reti nak tunjuk kasih sayang tapi....  entah le.. 😄

Mohon jangan minta gambar tuan rumah ya..  malu...  kihkihkih...  

Bidan terjun
Dapatlah merasa auranya kan Siti, anak mana anak?? hi3

Anak kepada abang saya yang seorang lagi bersama isterinya. 


Alhamdulillah kami dapat masuk ke dewan bersama abang dan kakak ipar menggunakan pass masuk rakannya dimana ibubapa tidak dapat hadiri sama, tiba2 terasa sebak di hati sebab dapat merasai perasaan kedua ibubapanya dan dia sendiri,  mungkin ada sebab2 tertentu yang menghalang mereka untuk hadirkan diri pada hari bersejarah ini. 

Sebagai seorang ibu,  saya belikan sejambak bunga untuk diberikan kepadanya, sekurang2nya dapat hiburkan hati takkala melihat kehadiran ibubapa rakan2 yang lain. 


Akhirnya sejambak bunga bertukar milik kepada kesayangan kami. 

Ahad, 22 April 2018

Ahad, 22 April 2018

Imbas kenangan

Lamanya tidak bersiaran, laman inipun dah penuh habuk, tuannya lemau selemaunya. Entahlah tiba2 ketandusan idea, nak kata sibuk tidaklah juga, mungkin dek mood tidak berapa stabil kot, proses ketuaan katakan ^_~

Terjumpa gambar Alya, gambar ini diambil hujung Disember tahun lepas iaitu semasa menghantar abangnya ke KLIA2, sememangnya sudah menjadi kebiasaan kami bermalam di Sepang jika menjemput dan menghantar dia, kata orang rehat2kan minda.

Tempat penginapan menyediakan Gym, seronoklah anak2

Layan jer dorang sekejap.

Si manja kamipun tidak mahu lepaskan peluang. 

Inilah bilik penginapan kami, seakan2 berada di dalam pesawat.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang