Memaparkan catatan dengan label syafiqah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syafiqah. Papar semua catatan

Rabu, 25 April 2018

Rabu, 25 April 2018

Sepetang di UiTM Jengka.

Menghadirkan diri demi anak buah 'terchinta', andainya bujang sulung sempat menghabiskan pengajian di UiTM Dungun,  gayanya silih bergantilah kami menghadirkan diri ke KONVO tahun ini,  akan tetapi rezeki bujang sulung di bidang lain,  insya allah tahun depan pula kita hadiri majlis konvonya.. 

Ambil gambar curi, susah nak ambil gambarnya,  asyik lari shj. hi3

Inilah abang kandung saya,  dialah penyambung kerjaya arwah ayah, dengan melakukan kerja2 kampung dan bertani  dia membesarkan dan memberi didikan secukupnya kepada anak2.

Anak bujang junior kami hampir mewarisi susuk tubuh dan personalitinya walaupun kami jarang2 ketemu. Bak kata pepatah,  kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. 

Sengaja tempek gambarnya banyak2, maklumlah bukan senang nak dapat peluang,  jika balik kampung,  jarang sekali kami bersembang, perasaan rendah diri menembal gamaknya..  😀

Tahniah Fikah, moga kejayaan sentiasa menjadi milikmu, aamiin..  

 Anak buah yang manja,  entah le kadang2 terfikir juga,  bila masa kami manjakan dia? Dia lebih banyak menghabiskan masa di rumah kami jika cuti sem @ jika ada peluang sangup datang ke mari walaupun jauh. 

Saya seorang yang tidak reti nak tunjuk kasih sayang tapi....  entah le.. 😄

Mohon jangan minta gambar tuan rumah ya..  malu...  kihkihkih...  

Bidan terjun
Dapatlah merasa auranya kan Siti, anak mana anak?? hi3

Anak kepada abang saya yang seorang lagi bersama isterinya. 


Alhamdulillah kami dapat masuk ke dewan bersama abang dan kakak ipar menggunakan pass masuk rakannya dimana ibubapa tidak dapat hadiri sama, tiba2 terasa sebak di hati sebab dapat merasai perasaan kedua ibubapanya dan dia sendiri,  mungkin ada sebab2 tertentu yang menghalang mereka untuk hadirkan diri pada hari bersejarah ini. 

Sebagai seorang ibu,  saya belikan sejambak bunga untuk diberikan kepadanya, sekurang2nya dapat hiburkan hati takkala melihat kehadiran ibubapa rakan2 yang lain. 


Akhirnya sejambak bunga bertukar milik kepada kesayangan kami. 

Sabtu, 12 November 2016

Sabtu, 12 November 2016

Trip Bukit Tinggi part 2 vs Rumah Perancis

Masih lagi entri tertunggak - kisah ke Bukit Tinggi

Kemain lagi anak bongsu kami bersemangat.

Kenangan Alya bersama sepupunya

erkkkkkkkkkkkk tiba2 elok jer Alya berposing, gamaknya dalam keadaan mood ok..

Sebahagian dari team kami

Stail kakak sekarang ni, "Bergambar jer mesti tutup muka", teruk betul gaya budak2 kini,  hi3

Dari Rumah Jepun, kami ke Rumah Perancis.. Cantiknya..

Bagi peluang Alya berposing sepuas2nya.

Anak siapalah ni? hu3



Nak ke Perancis belum kesampaian, sampai ke sinipun Alhamdulillah, boleh juga merasa suasana di sana.

Paling kelakarnya, masuk ke dalam sebuah kedai cenderamata, cashier berbahasa Perancis, ishhhhhhhhhhh bak itik & ayam bercakap jawabnya, maklumlah...

Jumaat, 28 Oktober 2016

Jumaat, 28 Oktober 2016

Bukit Tinggi - Rumah Jepun

Biar gambar berbicara

Kenangan di Rumah Jepun


Sewa baju RM20/pasang

Bersama sepupunya

Tuan rumah kepenatan, nak rehat dulu, kalu rajin edit di lain masa, ok bye..

Khamis, 5 Mei 2016

Khamis, 5 Mei 2016

Misi mencari Laksa Ikan Sekoq, jommmmm..

Sejak dua menjak anak bujang merantau nun jauh di utara, boleh dikatakan setiap bulan kami ke sana, bayangkan dari bulan Januari hingga April tahun ini, sudah 4 kali kami ke sana, meredah perjalanan yang jauh.

Terbaru pada minggu lepas, seawal jam 3 pagi kami bertolak dari sini, seram juga bila terpaksa melalui jalan berbukit & sunyi sepi, tiada line telefon, dengan erti kata lain di tengah2 hutan sebelum singgah di Masjid Ringlet, Cameron Highlands tepat jam 5:30 pagi untuk solat subuh.

Entah le bapanya, di hatinya ada taman, rindukan anak bujang le tu, bukan seperti si ibu, berhati batu, keras & sekerasnya, ishhhhhhhhhhhhhhh tak kuasa nak kenangkan orang jauh, hu3..

Bila berada di Bandaraya Alor Setar, rugi jika tidak singgah membeli makanan, bukan apa, amat murah jika berbanding dengan daerah sini, bayangkan "Chicken Chop" baru berharga RM3.90 hingga RM5.00, Ayam Goreng Celup Tepung RM 1/ketul, Sate RM0.35/1 cucuk walaupun hakikatnya setiap kali ke sana, tidak pernah lupa lagi membawa bersama beras, bawang dan sebagainya, masak tetap masak, maklumlah Ibu Mithali (masuk bakul, angkat sendiri k...), kiranya membeli makanan lain adalah sampingan.

Sepagi kami mencari gerai menjual 'Laksa Ikan Sekoq', mengidam katanya, menurut rakan, ada berhampiran Istana Negeri, Jalan Anak Bukit,  malangnya sampai kesudah kami tidak ketemu.

Akhirnya setelah bertanyakan tuan kedai semasa singgah makan tengahari sebelum 'check in' homestay, kami ketemu juga dengan kedai menjual Laksa Ikan Sekoq, Jalan Gangsa Mergong, memandangkan baru selesai makan tengahari, kami beli bungkus & makan di homestay.

 RM4 sepinggan

Sebelum balik ke destinasi, kami menyinggah lagi membeli beberapa bungkus Laksa Ikan Sekoq dan Nasi Ayam Tat sebagai bekalan, maklumlah setelah beberapa kali singgah di R&R, makanan yang terjual di sana tidak menepati selera kami.

 
Tidak berpuas hati makan Laksa Ikan Sekoq di sana, balik ke rumah masak sendiri & bawa bekal ke pejabat, ubahsuai menu ikut citarasa - "masam, masin, pedas" secukupnya, barulah ada urmmmmmmmmmmmmmm..

 
Makan le sepuas hati UA oiiiiiiiiiiii, xder siapa nak larangpun. 

Selain dari Laksa Ikan Sekoq, rugi kiranya tidak singgah di "Zakaria Laksa Teluk Kechai", kuahnya memang cair dan yang unik, ia di tambah dengan "Sambal Nyior" sebagai pemekat & penyedap kuah, paling suka, ia menggunakan laksa yang dibuat sendiri, mula terbayang kuah lemak jika digadingkan dengan laksa segar, fuhhhhhhhhhhh mantop, pergi sekali lagi, wajib terjah...

Harganya murah jer iaitu RM14/1kg, ikut timbangan laksa, ia lengkap dengan kuah, ulam dan sambal kelapa

Malangnya anak2 tak gemar laksa jenis ini, bayangkan kami suami isteri kena habiskan laksa 1kg, itulah gelojoh sangat, apa salahnya beli 1/2kg jer...

Sememangnya tak mampu weyhhhhhh nak habiskan, maka terpaksa simpan untuk sarapan pagi.

 
Wajah anak manja umi yang tidak terurus & kepenatan sebagai penyeri laman.

Sabtu, 23 April 2016

Sabtu, 23 April 2016

Ke sini pula...

 
Siapa tau gambar ini kat mana?

Kenangan di Muzium Kota Kuala Kedah

 

 
Gambar curi..

pssstttt: susah betul nak ambil gambar mereka..

 Jika ke mari, rugi jika tidak merasa Laksa Kedah.

Pasni ini nak cari Laksa Ikan Sekoq..

Jika tak fikir anak bujang merantau nun jauh di sana, tak ingin ke sana

Perjalanan yang jauh

 Penuh onak dan duri

 
Itu ia, pokok tumbang menghalang perjalanan

 
Momentum terindah, susahnya nak tengok 2 beradik terlentok begini, kalau idok bak kucing & anjing, bercakaran.

11 jam weyhhhhhhhhhhhhh perjalanan, penat, itulah yang perlu kami lalui di dalam tempoh beberapa tahun ini, yappp.. selagi si bujang masih di sana merantau demi masa depannya.

Buat abang di sana, belajar rajin2, jangan mudah berputus asa, bak kata pepatah "alang2 celuk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan".

Final pertengahan Mei nanti - "Good Luck, moga kejayaan bersama abang, aamiin..."

"Abang fikir senang " itulah di antara keluh resah si bujang, mentang2 le dia tengok si ibu enjoy jer dengan tugasan padahal penuh dengan pelbagai cabaran.

Nota: 2 bulan ++ tanpa entri.

Ahad, 26 Oktober 2014

Ahad, 26 Oktober 2014

Bersantai di Cameron Highlands part 4

Episod akhir, ala2 Drama minggu ini pula ahakkkkkkkk..

 
Singgah di Ladang Teh..

 

 
 Anak bongsu yang 'sporting'

Ala2 model 'Cactus'

 
3 dara pingitan

 
"Tidak tajampun ummi..."

 

 
Tamat..

Doakan perjalanan kami dirahmatiNya, insya allah.. (tetap bw walaupun di mana jua..)

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang