Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

Isnin, 15 Februari 2021

Isnin, 15 Februari 2021

Risiko ada di mana-mana

 

"Ya Allah, jagalah dia untukku, aamiin"

Hubungan rapat dengan rakan.


Moga keputusan ujian covid 19 anak bujang nanti adalah negatif,  aamiin..  

.............

Kemaskini: Alhamdulillah  keputusan negatif,  hanya perlu jalani kuarantin selama beberapa hari, tugasan harian sebagai frontliner 'memanggil2' 😊😊😊

Rabu, 30 Disember 2020

Rabu, 30 Disember 2020

Tugasan Fail Log Pandu Puteri

Ketika rakan2 berehat sempena cuti sekolah,  Alya dan beberapa orang rakannya tetap ke sekolah siapkan tugasan Pandu Puteri untuk dapatkan Sijil Peringkat Kebangsaan. 

Seawal pagi, dia siapkan bahan2 mentah untuk aktiviti memasak di sekolah.

Persediaan untuk memasak

Menu 1 - Memasak nasi

Bukan kaleng2 orang sekarang ini menggunakan dapur gas. 😁


Menu 2 - Sayur Kangkung Goreng

Menu 3 - Sambal telur 

Tahniah sayang umi,  si bongsu tetapi boleh berdikari,  hari ni kami tiada tapi dia boleh handle kesemua ini tanpa bantuan kami.

Nama : Nur Alya Afiqah
Tarikh dilantik: 3 April 2019
Hobi :  Memasak
Cita² :  Doktor Haiwan
Sebab menjadi ahli Pandu Puteri : dapat mempelajari pelbagai kemahiran dan lebih berdisiplin
Jawatan yang dipegang :
2019 - Penolong Ketua Kumpulan
2020 - Penolong Ketua Kumpulan

Apa2pun kami sebagai ibu bapa pasti menyokong dibelakang kamu.. 

Jumaat, 11 Disember 2020

Jumaat, 11 Disember 2020

Usaha tangga kejayaan

Alhamdulillah berkat doa dan usaha gigih anak cilik umi.

Disaat orang lain cuti sekolah dan belajar dari rumah, dia tetap ulang alik ke sekolah setiap hari untuk siapkan tugasan yang diberi bersama guru penyelaras dan rakan2.

Sebelah petang pula belajar online kelas agama dan malam waktu untuk siapkan kerja2 sekolah yang dibekalkan setiap minggu.

Kiranya masa cuti, jadualnya tetap terisi padat, belum dikira lagi membantu umi uruskan anak2 bulus seramai 26 ekor.


Jumaat, 13 November 2020

Jumaat, 13 November 2020

Tempoh Kuarantin 2 minggu..

Alhamdulillah si bujang telah menamatkan tugasannya di Tawau, Sabah. 

Sebaik tiba ke KLIA,  terus di bawa ke tempat penginapan untuk menjalani tempoh kuarantin selama 2 minggu, setiap seorang diberi bilik berasingan. 


Makan minum disediakan 3 kali sehari,  gayanya tempoh 2 minggu adalah sessi mengemukkan badan, nasib awaklah anak,  sikit hari lagi bakal mewarisi gen bapanya, hu3

Nikmat apa lagi harus didustai.. 

Nota: Esok pula nak ambil adiknya di KLIA2, bujang junior dapat pelepasan balik dari Sarawak, petang nanti perlu ke Balai Polis untuk dapatkan permit perjalanan, harap2 diluluskan. 

Semalam dah pergi tapi tak berjaya, perlu mohon dalam tempoh 24 jam dan berpakaian rasmi lengkap, lelaki - baju kerkolar dan berkasut) 

Akhirnya... 
 
Agak2 nak kuarantinkan dia di mana?  😁

Ahad, 11 Oktober 2020

Ahad, 11 Oktober 2020

Doa dari kejauhan


Demi Agama,  Bangsa dan Negara,  tunaikan amanah yang diberi. 

Moga Abang baik2 sahaja di sana. 

#SabahNegeridiBawahBayu #YaAllahjagakandiauntukku #Frontliners #CegahCovid


Simpan sebagai kenangan.. 








Isnin, 6 Januari 2020

Isnin, 6 Januari 2020

Minggu pertama 2020

Suasana di rumah semakin sunyi, seorang demi seorang anak2 melangkah pulang ke destinasi masing2 demi mengejar sebuah cita2.
Paling resah dan gelisah tentulah si bujang junior, maklumlah kami terpisah jauh dek lautan, dalam setahun hanya dapat balik beberapa kali sahaja.


Selesai sudah urusan si bujang junior, kami menghala ke Bandar Bersejarah untuk menjenguk anak gadis di sana, jika ikut baru seminggu sebelum kami sudah ke sana menghantarnya balik sempena cuti krismas



 A Famosa


Kenangan abadi, terjumpa si debab ni, bahagia betul kamu.

Khamis, 2 Januari 2020

Khamis, 2 Januari 2020

Jom kembali ke sekolah

Bersama rakan karibnya..

Team sambut pelajar di hari pertama persekolahan.

Sebelum ke sekolah, perlu alas perut dulu

Buat rakan2 alamaya, selamat tahun baru 2020, erkkkkk apa azam baru kalian ya? 🤗



Jumaat, 27 Disember 2019

Jumaat, 27 Disember 2019

Tugasan tertangguh




dek kesibukan ibu.. 

Cuti sekolah tidak bermakna boleh lupakan tugasan yang diberi oleh guru 😁


Selasa, 26 November 2019

Selasa, 26 November 2019

Isi masa lapang..

Tiada sebarang plan nak jalan2 sempena cuti sekolah, maklumlah si ibu sibuk tahap YB kekdahnya, nak cuti lama2 tak kesampaian dek kekurangan staf.

Ingatkan apabila ada penambahan, bebanan berkurangan tapi non adoooo.. maklumlah masing2 ada masalah peribadi yang sukar diungkapkan, maka "bertugaslah kamu dengan penuh dedidasi, xmo keluh resah ok.. "

Cuti rehat tahun lepas masih berbaki separuh, dicampur tahun ini yang tak berusik, cuti gantian langsung dibiarkan berlalu pergi, anggapkan ia bukan rezeki.. 

Positifkan minda, apa kata tahun depan kita keluarkan separuh CGR yang dah maksimum tu?  Bolehlah buat simpanan untuk kegunaan dimasa2 terdesak..


Alya dan Eisya
 (Sepupunya, datang jauh dari kg..)

Program Jom Bercuti Sekolah di Masjid
  • Demi memenuhi masa lapang Alya, kita masuklah apa2 program, tak kisahlah ia berbayar @ tidak, ilmu tu tidak pernah habis untuk dipelajari.. 

Khamis, 21 November 2019

Khamis, 21 November 2019

Hujung penggal persekolahan..




Tahniah dik, moga berjaya didunia dan akhirat, aamiin... 


Nota: Nasib anak bila ibu bekerjaya, detik2 penting sebegini tidak dapat raikan bersama, terima kasih buat suami yang sentiasa beri sokongan padu buat si isteri dan anak2

Alhamdulillah, dari anak sulung hingga terakhir, dia yang uruskan anak2

Isnin, 18 November 2019

Isnin, 18 November 2019

Anak2 zaman sekarang

Ada temujanji makan2 sesama mereka, asalnya senior tahun 6 anjurkan (team bola jaring seramai 11 orang), tup2 yang datang hanya mereka 1 kelas bertiga sahaja.

Pstttt: Bukan senang nak lepaskan anak2 pra remaja berjimba2 diluar, bila dah ada kawan2nya masuk ke dalam Marrybrown dan ada meja, barulah kami gerak balik, sesekali bolehlah bagi peluang tapi dibawah pengawasan.

Jumaat, 1 November 2019

Jumaat, 1 November 2019

Throwback 21/10/19

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Konvokesyen anak bujang.


Tahniah abang, moga ia jadi pemangkin untuk adik,2

Psttt: Kemain lagi semangat duduk di kerusi depan sekali ☺

Sabtu, 28 September 2019

Sabtu, 28 September 2019

Tema Baju Melayu Tradisional



Sesekali si cilik umi melaram. 


Isnin, 20 November 2017

Isnin, 20 November 2017

Keenakan Mee Tarik Warisan Asli

Jika berkali2 rakan bloggerku yang awet muda, cantik bergaya dan comel menawan merangkap BFF meneruskan misi mencari Mee Tarik Warisan Asli bersama puteri bongsu,  kami baru sekali menyinggah, itupun cawangan Kuantan yang baru dibuka.

Rasanya "no bad", sebenarnya saya kurang mengemari bau2an minyak bijan,  sebagai orang kampung pure, saya lebih sinonim dengan rasa minyak kelapa sawit & minyak kelapa homemade (walaupun sudah berpuluh tahun tak merasa). 

Tengok anak2 makan berselera,  jika Alya boleh habiskan hampir semangkuk mee tarik sup,  itu tandanya sedap sebab dia seorang yang cerewet bab makan minum. 

Antara menu yang menjadi pilihan kami. 

Dalam banyak2 menu yang dipesan,  saya lebih menggemari sayur cendawan 'telinga kera' + daging yang digoreng, rasanya cukup sedap dan menepati selera orang kampung.

Cara2 pembuatan Mee Tarik Warisan Asli. 
Kagum weyhhh..

Jumaat, 27 Oktober 2017

Jumaat, 27 Oktober 2017

Kegilaan apakah ini?

Cuti sehari sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang 24/10/2017, kami ke sini..

Cameron Highlands
Strawberi Coklat buat kesayangan kami

Kemudian terus ke.... 

Ipoh, Perak (Simpang Pulai)

Semata2 semangkuk Laksa Telur Bersarang

Tidak cukup makan di sana,  bawa bekal balik ke rumah..  😄😄

Seharian berjalan demi mencari makanan kesukaan. 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang