Memaparkan catatan dengan label cameron highlands.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cameron highlands.. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Oktober 2017

Jumaat, 27 Oktober 2017

Kegilaan apakah ini?

Cuti sehari sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang 24/10/2017, kami ke sini..

Cameron Highlands
Strawberi Coklat buat kesayangan kami

Kemudian terus ke.... 

Ipoh, Perak (Simpang Pulai)

Semata2 semangkuk Laksa Telur Bersarang

Tidak cukup makan di sana,  bawa bekal balik ke rumah..  😄😄

Seharian berjalan demi mencari makanan kesukaan. 

Rabu, 19 Oktober 2016

Rabu, 19 Oktober 2016

Ke Cameron Highlands lagi dan lagi...

Entri tertunggak, tuan rumah masih ketandusan idea untuk mengolah jalan cerita, ditambah pula dengan keadaan diri yang tidak begitu sihat, demam selsema melanda dengan tiba2, nak kata stress kerja, tidak juga, lagipun audit baru jer berlalu pergi, gayanya BIARLAH GAMBAR BERBICARA sebagai pengganti diri, jangan marah naa...

Kisah 2 minggu lepas

Kononnya berfamily day, malangnya haluan kami berlainan, jadi untuk hilangkan stress dek jem yang terlampau teruk, singgah di sini, hirup udara segar dan ambil beberapa keping pic Alya sebagai kenang2an.

Saudara mara yang lain sudahpun berada di lokasi berbeza, kami jer terpisah jauh.

Paling utama, bagi peluang untuk model cilik kami berposing..

Selesai solat, kami singgah di Taman.



Ada pula permainan belon kat sini, apatah lagi, gembiralah model cilik kami

Sebahagian gambar yang sempat diambil ketika bersantai2

Keesokkan hari kami berjalan kaki ke sini, maklumlah dah dekat dengan tempat penginapan.

Selepas ke sini, kami tidak sempat singgah ke mana2 lagi, maklumlah jem pada hari itu terlampau teruk, kereta seakan tidak mahu bergerak, fobia daa nak datang pada cuti umum..

Oh ya, satu kisah di awal pagi ketika suami bersama sepupunya keluar membeli makanan,  terserempak banyak buah kereta yang telah dipancit tayarnya, sedihkan, pasti bajet masing2 dah lari, siapakah yang sanggup buat perkara tersebut? 

Alhamdulillah ia tidak berlaku kepada kami, mungkin disebabkan kami guna parking di bangunan hotel.


Buat insan di atas, saya terpaksa sekat kehadirannya ke sini, maaf....

ok, bye, jumpa lagi...

Khamis, 15 Oktober 2015

Khamis, 15 Oktober 2015

Sepetang di Cameron Highlands

ENTRI TERTUNGGAK sebagai pembuka kata setelah hampir 2 bulan menyepikan diri

Sempena Cuti Kemerdekaan 31/08/15 yang lalu, kami sekeluarga berjimba2 di Cameron Highlands, janganlah pula kalian termuntah ke apa, maklumlah ini sahaja tempat sejuk yang memerlukan kos yang rendah berbanding dengan tempat sejuk di negara2 luar, kiranya ia termampu dek kami orang kebanyakan.






Biarlah gambar berbicara

Kenangan bersama anak saudara yang belajar di sini, 'kakak' & rakan sekolahnya.

Pastinya tidak ketinggalan singgah di ladang teh.

Buat rakan2 yang sentiasa bertanya khabar - Geng Kilauan Emas, Cikgu EtuzaCikgu Mat Som dan rakan2 blogger yang lain, terima kasih diucapkan, kalian tetap dihati.

Nota: Khas buat Cikgu Etuza - DISABLE RIGHT CLICK

Khamis, 4 Jun 2015

Khamis, 4 Jun 2015

Sepetang di Cameron Highlands

Wajah riang hamba..


 Cuti2 Malaysia di Cameron Highlands ahad lepas

"Selfie time"

'Pasti Auntie semua rindukan Alyakan?'

Bersama kakak terCHINTA...


Tiada motifpun kami ke sini, sekadar jalan2 sambil menempuh kesesakan lalulintas di hari minggu.

Dapatlah bunga sepasu dua untuk Alya, paling penting buah strawberi kegemaran tidak dilupakan

Sebelum balik ke destinasi, kami makan steamboat dulu, sedap..

Jumpa lagi, bye2..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang