Memaparkan catatan dengan label fikah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fikah. Papar semua catatan

Isnin, 5 Disember 2016

Isnin, 5 Disember 2016

Aktiviti cuti sekolah

Kami tidak ke mana2pun, maklumlah si ibu bekerja.
Setiap malam, pantau Alya buat latihan untuk tahun 2, belajar sikit2, sekurang2nya bila dah masuk tahun 2  2017 nanti, dia dah tahu sedikit sebanyak & melatih dia menghafal sifir dan belajar 'bahagi'.


1-2jam cukuplah setiap hari, tak perlu lama2, lagipun cuti panjangkan.

Minggu lepas, balik kampung seketika, ambil anak buah sebelah suami bercuti di rumah kami.

Sempat lagi singgah di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu (masa ini cuaca masih baik)

Inilah anak buah kesayangan kami, dia merupakan anak tunggal & yatim setelah kematian ayah di usia masih kecil (meninggal secara tiba2) & kehilangan adik dua tahun lepas - jika ada sudahpun sebaya Alya (akibat kanser darah).

Minggu ini, abang dari kampung datang ke mari, menghantar anak keduanya jalani "Praktikal' selama 3 bulan, kamipun join sekaki, "Selamat tinggal... ", tunggulah 3 minggu lagi kami datang melawat & bawa balik ke rumah sempena cuti 'Krismas', nak datang melawat setiap minggu tak kesampaian, agenda penuh..   ~_^


Khamis, 15 Oktober 2015

Khamis, 15 Oktober 2015

Sepetang di Cameron Highlands

ENTRI TERTUNGGAK sebagai pembuka kata setelah hampir 2 bulan menyepikan diri

Sempena Cuti Kemerdekaan 31/08/15 yang lalu, kami sekeluarga berjimba2 di Cameron Highlands, janganlah pula kalian termuntah ke apa, maklumlah ini sahaja tempat sejuk yang memerlukan kos yang rendah berbanding dengan tempat sejuk di negara2 luar, kiranya ia termampu dek kami orang kebanyakan.






Biarlah gambar berbicara

Kenangan bersama anak saudara yang belajar di sini, 'kakak' & rakan sekolahnya.

Pastinya tidak ketinggalan singgah di ladang teh.

Buat rakan2 yang sentiasa bertanya khabar - Geng Kilauan Emas, Cikgu EtuzaCikgu Mat Som dan rakan2 blogger yang lain, terima kasih diucapkan, kalian tetap dihati.

Nota: Khas buat Cikgu Etuza - DISABLE RIGHT CLICK

Isnin, 30 Jun 2014

Isnin, 30 Jun 2014

naluri si ibu..

Kisah bersahur si bujang jauh di sana

Hari pertama - biskut + air
Hari kedua - terlepas waktu bersahur

Kisah bersahur si dara pula..
Roti + jem + air

Huwaaaaaaa....

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang