Alhamdulillah keadaan Alya bertambah baik, demamnya makin kebah, cuma masih ada batuk2 kecil (berjangkit daripada abahnya...), setiap kali batuk dia akan muntah, ia sesuatu perkembangan yang baik bagi mengeluarkan kahaknya .
Situasi berbeza dari sebelumnya, kali ini dia amat mudah untuk makan ubat demam, jika sebelum ini, Alya cukup takut apabila disuakan ubat, biasanya altenatif si ibu, gunakan ubat demam jenis 'suppositori' iaitu masukkan 'pcm supp' ke dalam 'bontotnya', ramai yang kata kesiannya tapi itulah jalan terbaik.
Mungkin cara saya berbeza dengan ibu2 di luar sana, selain dari penggunaan ubat demam (1/2 dose jer..), saya suka mandikan anak2 bagi menurunkan suhunya hatta dia demam @ selsema sekalipun, pakaikan pakaian yang simple, nipis & ber'cotton' untuk peredaran udara, kiranya walaupun mereka di dalam keadaan tidak sihat tetapi kena 'smart', memang tak suka dengan wajah2 comot mereka.
Lagi satu, saya beryukur kerana masih menyusukan dia meskipun usianya sudah menjangkau ke angka 3, sekurang2nya susu ibu adalah terbaik untuk Alya mendapatkan nutrisi yang lengkap di dalam keadaan dia yang tiada selera makan.
Nota: Cuba elakkan penggunaan antibiotik, risau jika si ibu tidak konsisten dalam masa yang tetap kecuali di dalam keadaan yang benar2 mendesak.
Sepatah kata Alya pagi ini:- "Adik xleh makan ummi, puasa..."