Alhamdulillah, hari ini merupakan hari ke 22 kita berpuasa, tinggal 8 hari lagi untuk menyambut hari lebaran, aku percaya ramai rakan diluar sana sedang sibuk membuat persiapan raya.
Bagi kami, kain baju anak2 semuanya sudah lengkap setelah 2 hari berturut2 "menyopingkan" diri dengan karenah anak yang pelbagai ragam. Pada mulanya target kami cuma sepasang dua je tapi bila tengok 'jubah' anak2 pompuan yang cantik maka dirembatnya lagi (sayangnya saiz untuk Alya tiada), akhirnya diri ini berputih mata tengok aliran duit bak air mengalir laju, sekejap je licin.
Jika sehari hampir RM1k berbelanja tanpa ingat masa depan, inikan pulak 2 hari berturut2, bak kata orang tua dulu, 'tauke balak'pun boleh 'bankrup', inikan pula diriku yang cuma makan gaji je, xper2.. ia bukan salahku, barang keperluan sekarang ni mahal sangat dan raya cuma sekali je (mekanisma bela diri...) huhuhu
Si Alya juga yang semakin cerdik "demand" itu dan ini, pantang kami singgah kedai kasut, diapun tumpang sekaki hinggakan kasut rayanya sudahpun mencecah 3 pasang, selagi tak dapat apa yang dihajati selagi itulah dia akan duduk di kedai itu dan merengek minta disarungkan kasut baru (xmo dibuka2 daa), kasut lama ditolak ketepi, sudahlah sepasang kasutnya sama mahal dengan sandalku.
Setakat ini belum nampak petanda kerajinanku untuk ke dapur seperti tahun2 sebelum ini, "butter" sudahpun memenuhi frezeer tetapi ia cuma sebagai hiasan semata2.
Minggu lepas diri ini sudahpun bercuti selama beberapa hari, kononnya nak buat kuih raya, malangnya habukpun tiada. Ingatkan paling tidakpun dapat membuat jem nanaspun jadilah, apalagi buah nanas sudah ada beberapa biji di sudut dapur tapi ia juga dijadikan sebagai hiasan.
Mungkinkah pada minggu ini diriku terpaksa menyambung cuti lagi untuk membuat persiapan raya yang tinggal seketika lagi, cuma masa menentukan segala2nya?