Isnin, 26 Mac 2012

Isnin, 26 Mac 2012

keresahan hati

Tulis delete, tulis delete, entahlah buat masa ini idea menulis amat merundum, mood menjunam ke laut, jika pada hari2 biasa diri ini mampu bawa balik tugasan rasmi ke rumah, berjaga hingga larut malam tapi sehari dua ini, langsung xder semangat untuk menyiapkan semua itu, semuanya serba tak kena..

Semakin di ingat kerja2 yang tercicir, semakin terasa tekanannya, semakin hilang idea dan semakin menambahkan kemalasan diri.

Adakah sesiapa diluar sana yang boleh memotivasikan diri ini??

Ahad, 25 Mac 2012

Ahad, 25 Mac 2012

Mandi Wajib

Khas buat rujukan anak gadisku - Nur 10thn 3 bln

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.
Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.
petikan: oh! islam 

Sabtu, 24 Mac 2012

Sabtu, 24 Mac 2012

release tension

rumah pusaka
(didiami oleh abang n keluarga)

Rasa2nya agak lama jugak kami tidak bercuti bersama2 dek kekangan masa hatta di waktu cuti sekalipun. Minggu depan lak kena hadiri mesyuarat n belum membuat persiapan nak 'present' laporan & pelbagai lg.

Hari ini kami ambil sedikit kesempatan  membawa anak2 balik kampung, lama sudah kami tidak menjenguk sedara mara aka adik beradik, lagipun hubby ingin melawat pusara kedua2 orang tuanya, lebih tepat lagi diri ini ingin 'release tension' seketika.

Kami balik sekejap aje, keesokkan harinya akan kembali keteratak kami, maklumlah keja & anak2 bersekolah. Kini berada di perjalanan, mungkin jam 4 - 5ptg nnt barulah kami sampai kedestinasi pertama, ermm, kami cuma mampu melawat mereka seketika cuma, maklumlah adik beradik ramai, doakan perjalanan kami diredhaiNya dan selamat sampai dengan jayanya, amin

Jumaat, 23 Mac 2012

Jumaat, 23 Mac 2012

rindu kamu

Setelah 3 hari 2 malam kami berkampung di Hotel Crystal Crown, Johor Bahru, sekarang ini 'otw' balik dengan menaiki bas ke destinasi masing2.

Tak sabar berjumpa si kecil kesayanganku - Alya yang juga sedang berada di dalam perjalanan menjemputku di 'HQ' bersama abahnya. Sebelum balik nanti, agak2nya ke mana ye haluan kami?, alang2 singgah di Kolumpur, rasanya tak sah jika tidak 'bershopping', iya dok?

Selasa, 20 Mac 2012

Selasa, 20 Mac 2012

persinggahan

Baru sampai dan akan bermalam di Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Johor Bharu pagi esok, cuma ambil  bilik 'single RM 85/day'


murah dan biliknya sentiasa kemas dan bersih, cukup le untuk rehatkan badan

Nota:  Jika punyai kerajinan, boleh jalan2 cuci mata

Isnin, 19 Mac 2012

Isnin, 19 Mac 2012

Pabila hati terluka

Sepanjang hari ini, diriku menerima berpuluh2 'miss call' yang masuk ke dalam telefon cap ayam (pastinya sentiasa berada di dalam 'silent mode') tapi langsung tak dilayan. 

Iya.. gara2 hati masih terasa peritnya apabila diperlakukan sedemian rupa dan diri ini gigih membuat kerja2 rasmi tanpa sebarang gangguan, sebaik mungkin cuba menyiapkannya segera sebab tengahari esok perlu kuar daerah berkursus selama beberapa hari.

Lewat jam 5.00 petang, masih lagi menerima panggilan masuk, yalah hati wanita, sikit sebanyak mudah tersentuh, ambil dan terus angkat, kedengaran di hujung talian "tini.. ko xmo cakap ngan aku ke?"

Nota kaki: adoiiiiiiiiii kain baju ntuk di bawa esok entah ke mana, ada sapa2 nak tolong??

Ahad, 18 Mac 2012

Ahad, 18 Mac 2012

Jejak kasih

Setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja2 pejabat selama 2 hari berturut2, akhirnya siap separuh, ingatkan nak ke pejabat sekejap untuk ambil dokumen2 selebihnya dan buat di rumah tapi malas le pulak.

Apa lagi masa yang ada ni digunakan untuk rehatkan badan sebelum kembali kerja keesokkan harinya, baru je terlelap, sayup2 terdengar deringan telefon,  tak sempat nak angkat, deringan itu terhenti.

Tengok panggilan masuk, ada 'miss call' dari  nombor yang tidak dikenali, "ermmm siapa pulak ni?", buat masa sekarang ni tak boleh biarkan panggilan masuk tak dilayan seperti biasa, maklumlah no. ini sudah menjadi sebahagian dari no. rasmi selain telefon pejabat, risau kalau2 yang 'call' itu adalah klien.

Dail semula no. tadi, rupa2nya ia merupakan panggilan dari kenalan lama iaitu semasa kami sama2 belajar di sekolah menengah lagi, bayangkan sudah lebih 20 tahun terpisah, ingat2 lupa daa wajah masing2,  terima kasih buat Rubiah kerana sudi menjejaki teman2 lama. Pastinya kenangan dulu2 tetap dirindui...

Jumaat, 16 Mac 2012

Jumaat, 16 Mac 2012

cukai pendapatan

Alhamdulillah baru siap hantar  'cukai pendapatan' melalui sistem  e-filing, kali ini sistem sangat laju dan cepat je siap, mungkin disebabkan masih belum ramai menggunakannya seawal pagi ini.

Anda bila lagi?

Khamis, 15 Mac 2012

Khamis, 15 Mac 2012

Luahan hati kecilku

Tak tau di mana silapnya, seorang teman yang boleh dikatakan agak akrab tiba2 jauhkan diri dan cuba memusuhi diri ini, mungkinkah dek perasaan iri hari, cemburu dan yang sama waktu dengannya kerana diriku dianggap sebagai seorang yang agak penting oleh jabatan. 

Mungkin jugak dia agak stress sebab sedang menunggu panggilan temuduga untuk kenaikan pangkat setelah gagal pada tahun lepas.

Apa2pun diri ini doakan dia agar berjaya mencapai impiannya sebelum berpencen dan sekurang2nya bebanan tugasku sebagai seorang penyelia kesemua daerah berkurangan dan boleh lepaskan tanggungjawab ini padanya (jika diizinkan bos tapi tak sampai hati nak lari dari tugasan yang diamanahkan oleh mereka yang berkenaan).

xder istilah rebut jawatan ok, makcik penat sangat2.

Rabu, 14 Mac 2012

Rabu, 14 Mac 2012

tukang urut profesional

Untungnya punya anak2 yang sedang membesar, di kala diri terhimpit masalah kesihatan, merekalah yang membantu urutkan badan menggunakan 'Amway Herbal Massage Oil', lega sikit.. nampaknya tak perlulah cari tukang urut lain..

Diri ini masih lagi berkeras untuk tidak mengambil cuti biarpun didesak oleh anak2 supaya rehatkan badan barang sehari dua (terfikir kerja yang banyak kat pejabat tambahan minggu depan hampir seminggu berkursus di JB, justeru itu kena siap kerja2 yang perlu disegerakan dulu)

Mereka kesian melihat keadaan ibunya yang terbaring keletihan, sakit2 badan setelah seharian berjemur dan mengharungi becak di padang semalam dek hujan lebat.

Isnin, 12 Mac 2012

Isnin, 12 Mac 2012

Dirang disahkan mati dibunuh


Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, 5, yang hilang sejak 1 Mac disahkan dibunuh dan mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit berhampiran kediamannya.

sumber: hmetro

Keluar daerah

Hari ini diriku keluar daerah lagi, destinasi kali ini ialah ke Temerloh iaitu sebuah bandar yang terkenal dengan ikan patin masak tempoyak aka gulai masam.

Sesapa2 yang tinggal di Temerloh dan punyai masa terluang, bolehlah datang ke dewan sana besok, adaprogram di sana.

Ahad, 11 Mac 2012

Ahad, 11 Mac 2012

selingan lagi


Ader sesapa rindukan Alya?

stail terbaru Alya dikala suh berposing

kemana aje ummi pergi,  Alya pasti ikut.. 

layankan diri sendiri kat kerusi belakang



Semasa keluar daerah, kami sering ketemu banyak kemalangan2 jalanraya dalam tempoh terdekat ini (dari kecil hingga membawa maut) contohnya kereta terbakar, kemalangan maut di Lebuhraya Gambang yang mengorbankan 3 nyawa dan ada juga kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dsb.

Masih terbayang lagi di ruang mata, mayat2 bergelimpangan ditepi jalan, belum sempat dimasukkan ke dalam plastik hitam, dalam kes gini diriku tak sampai hati untuk ambil gambar, eiiiii ngerinya...

Sabtu, 10 Mac 2012

Sabtu, 10 Mac 2012

pancing undi

Di dalam kesibukan menjayakan misi "Gerak Gempur Mamogram", kedengaran suara2 negatif dikalangan makcik2 di kawasan pendalaman 'nak pancing undi le, dok ngantar pegi Kolumpor dan beri subsidi lagi'.

Tahukah wahai makcik2 yang dihormati, sejarah subsidi ini sudah diperkenalkan dari tahun 2007 dan sudah 3 tahun berturut2 kami menghantar klien yang tidak berkemampuan ke Pusat Mamogram (swasta lagi- KMC. PMC, PCMC dsb), apa yang pentingnya kalian mendapat yang terbaik demi kesihatan.

Entah le, daku bukannya reti bab politik dan yang sewaktu dengannya, apa yang ku tau diri ini perlu menjalankan tugasan yang diamanah dengan tekun, berbaloi dengan gaji yangku dapat  setiap bulan.

salah satu kumpulan sasar kami

Dato' Seri Shahrizat binti Abdul Jalil
Menteri KPWKM

Gambar selingan- Kajol
Fuhhhhhh, ramainya peminat sampaikan kaunter kami tenggelam

Ahad, 4 Mac 2012

Ahad, 4 Mac 2012

stress

Stress + penat sangat2, sudah sebulan tidak mendapat rehat secukupnya (cuma petang semalam paksakan diri balik ke rumah abang kandungku biarpun seketika cuma sekadar bertanya khabar mereka sekeluarga)

Walaupun di hari minggu, terpaksa jua gagahi diri ini untuk berada dipejabat sehari suntuk bagi menyiapkan kerja2 yang semakin menimbun di atas meja.

Esok keluar daerah lagi selama 2 hari bagi menjayakan program jabatan kami dan minggu depanpun sama jua, surat arahan sudahpun diterima dan perlu keluar daerah lagi bagi melunaskan tanggungjawabku sebagai penjawat awam, ermmmm.. saban minggu berlalu terasa begitu cepat sekali.

Bila agaknya dapatku ambik cuti untuk rehatkan badan secukupnya? Bebaskan minda ini dari urusan rasmi, sering berkira2 nak ambil secepat mungkin tetapi seringkali terbantut pabila terbayangkan kerja yang tak pernah habis..

Sabtu, 3 Mac 2012

Sabtu, 3 Mac 2012

Gelagat si kecil

Situasi semalam

Seawal jam 5.30pagi Alya sudah bangun dan menuju ke dapur menemaniku memasak, sedang asyik memasak tiba-tiba:

Alya:  Ummi.. nak rasa..
Ummi: Hahhh (agak terkejut), Sayang nak rasa ek? Nanti jap.. (ambil sedikit kuah masukkan ke dalam sudu dan apabila dipastikan agak sejuk, dihulurkan padanya.), Sedap tak?
Alya: Sedap..
Seketika..
Alya: Nak rasa..
Ummi: Nak lagi ek.. ok2, ummi bagi ( Hulurkan padanya lagi), ok?
Alya: Sedapppp... Nak rasa..
Ummi: Nanti ummi bagi ek.. (masukkan kuah agak banyak ke dalam mangkuk - untuk sejukkan ia lebih cepat, sementara tu hulurkan sedikit padanya)
Alya: Sedap.. Nak rasa

Situasi hari ini
Alya: Ummi nak rasa..
Ummi: Jom ke dapur, nanti ummi bagi
Kakak: Nak ikut..
Alya: No, no, no, no, no (dengan gaya2 sekali disusuli gelak tawa si kakak)
 Nota kaki: agak2nya Alya bakal 'chef' kot di suatu hari nanti!!

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang