Ahad, 30 Januari 2011

Ahad, 30 Januari 2011

Gemuk itu sihat?

Alya sering dibandingkan dengan anak2 yang lain, mungkin sebabnya dia tidak semontel @ segemuk kanak2 yang diberikan susu formula.

Pernah ada yang bertanya: Beratnya sudah mencecah ke paras 'KZM'kah? jawabku tentunya tidak, masih di paras normal, jauh lagi untuk menjunam ke bawah cuma berat badannya  naik secara perlahan2, sesuai dengan aku sebagai ibunya dan kesemua adik beradik slim2 aje, x perlu berdiet sakan, sememangnya kami semua susah nak gemuk.

Agaknya dorang tak tau, gemuk tidak semestinya sihat tambahan pula anak2 yang diberikan susu formula, kadang2 boleh mencecah ke paras 'obes'.

Kadang2 aku kecewa, sebagai seorang yang berpengetahuan mengenai kesihatan tapi boleh mengeluarkan pertanyaan @ kenyataan seperti diatas dan galakkan anak2 kecil diberi makanan tambahan seawal mungkin dan campurkan  nestum ke dalam botol susu formula.

Kesian anak kecil, perutnya TERPAKSA bekerja keras untuk proses penghadaman.Mengecewakan lagi setiap kali terserempak dengan Alya diumpannya gula2, budak2 katakan,  itulah makanan yang dia suka tapi kebiasaannya abahnya cepat2 bawa dia ke tempat lain dan buang aje gula2 tersebut secara senyap.

Memanglah pada pandangan mata kasar, kanak2 obes tu cantik dan gebu dilihat. 'Tak kisahlah nak, janji ko sihat, susu ibu cukup buat kamu, makan minum elok, jarang2 sakit.'  bisik hati kecilku.

Alhamdulillah, Alya punyai selera makan yang baik, cergas dan aktif, cuma aku perhatikan dia punyai masa rehat yang amat kurang, maklumlah dia cuma tidur seketika aje, malam biasanya jam 1-2 pagi baru nak tidur, main aje kerjanya @ nonton youtube lagu kanak2 melalui tenet.

Sepanjang malam pula asyik mengempeng dan pantang ummi bergerak sikit, dia mula tersedar. Waktu siang bukannya nak tidurpun.

Makan lagi,  dalam keretapun jadilah

sambil layan vcd lagu kanak2 @ iqra',
 tak dilayannya ummi yang dok kat belakang 

Sabtu, 29 Januari 2011

Sabtu, 29 Januari 2011

Gara2 Puff Sardin

Minggu lepas semasa balik dari Putrajaya, kami singgah di Tesco Ampang, aku belikan kulit pastri yang sudah siap, maka sehari dua kemain lagi rajin dok masak Puff Sardin ala umialya, tambahan pula anak2 suka.

Gara2 dok ulang alik perabihkan Puff Sardin, maka hasilnya:-




***




***




***




***




***




***






***
Pssssstttttt, dok diam2 je ye bila tengok gambar seksi si Alya tak berbaju, boroi je tang perut dia, ngeeee...

alahai.. tak bersopan langsung anak manja ummi ni

sessi kedua, sebelum ni dah perabih 1 biji puff sardin

dan apabila kekenyangan
Lena di buai mimpi. Zzzzzzzzzzzzzzz

Jumaat, 28 Januari 2011

Jumaat, 28 Januari 2011

besar dah anak ummi

Alhamdulillah, kini usia Alya sudahpun menjangkau 1 tahun 5 bulan 4 hari bermakna tempoh penyusuanku sudahpun hampir ke penghujung, cuma tinggal lagi 7 bulan, errrmmmm, sekejap je masa berlalu. Moga perjuanganku berikan yang terbaik buatnya tercapai, Amin..

Sekarang ni, macam2 peel yang sering mencuit hati kami dan yang paling seronoknya, dia suka meniru apa sahaja kelakuan kita.

Contohnya, malam ni sesudah aje dia membuang air besar, aku pimpin tangannya menuju ke bilik air dan berlari2 anak sambil kaki terjengkit2, apatah lagi diapun ikut sama, berlari2 anak ngan kakinya terjengket2 juga dan tergelak2 gembira.

Dia sudah mula memahami arahan kita, suruhlah apa aje, ringan tulang dia membantu. Perkara yang paling digemari olehnya ialah membantuku terutamanya semasa aku alihkan kain daripada mesin basuh, dia akan dok di tengah2 kemudian  kain tersebut akan diambil olehnya dan seterusnya akan dimasukkan ke dalam bakul.

Seiklasnya aku akui, sukar untukku tinggalkan dia di waktu malam, yalah, inilah masanya dia bersamaku dan akan mengempeng manjang serta menyusu sepuas2nya hingga ke pagi. 'Tak sanggup ummi tidur tanpa Alya. hu3.'.

Macam2 lagilah, kalu nak diceritakan satu persatu, banyak sangat, Insya Allah, aku sambung kemudian ye..

Rabu, 26 Januari 2011

Rabu, 26 Januari 2011

banyak perkara nak dikongsi tapi...

Seringkasnya  aku punyai banyak perkara yang nak dikongsikan bersama tapi nampaknya sehari dua ini masa tidak begitu mengizinkan.

Buat teman2 yang tak jemu melawat laman ini, terima kasih tak terhingga buat kalian, Insya Allah jika ader masa, aku tetap muncul bersama entri terbaru dan sudah semestinya aku tak akan lupa 'bw' sebagai kunjung balas.. apa2pun, kalian tetap temanku di alam maya, sayang semua, muaaaahhhhh!!!

Isnin, 24 Januari 2011

Isnin, 24 Januari 2011

Kembali bersiaran

Selesai sudah 1 perkara, pada hari sabtu yang lalu, aku menghadiri kursus di Pullman Lakeside Putrajaya dan bawa famili sekali.. ermmm.. nampaknya  anak2 TERPAKSA ponteng pada sessi persekolahan ganti.

Pada mulanya kami bercadang mencari tempat penginapan yang lain, mungkin sudah rezeki anak2, kami menginap terus di sini. Patut le kadar hotel ni agak mahal memandangkan banyak kemudahan yang disediakan di Pullman Lakeside, yalah.. hotel  4 bintang katakan.(promote sikit)

Terdapat satu bahagian yang disediakan khas untuk aktiviti kanak2, justeru itu, sepanjang aku menghadiri bengkel, diaorang meluangkan masa bermain2 disini dari pagi sampailah aku selesai berbengkel semalam.. seronok sangat.

Minggu depan pula sekali lagi aku keluar daerah, kena hadiri meeting dan sedang berfikir2 samada nak sambung cuti @ tidak, tapi masa itu, di awal bulan.. banyak sgt keja yang sedia menantiku.. hu3..

Nasib baik le anak2 bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina..  Alhamdullillah, jika tidak, entah le, camner nak tinggalkan mereka di rumah? Tahun lepas, abangnya si Syafiq ader dan boleh di harap menjaga adik2, w/pun anak lelaki tp bab ke dapur dan  mengemas rumah tiada masalah.  Mungkin sebagai anak sulung agaknya, tanggungjawab mesti ader.

Jumaat, 21 Januari 2011

Jumaat, 21 Januari 2011

tgh fenin ni (jwb pekse, sah2 ayat ni kena reject)

errrrmmm.. satu lg masalah yg sdg menyesakkan fikiran, nampaknya aku akan berkursus di Pullman Putrajaya Lakeside, Putrajaya dengan kos keseluruhannya dibiayai oleh pihak penganjur (Penginapan, makan minum dan perjalanan)

Cadang tu nak bawa famili sekali tapi tulah, kalau nak ambil bilik lain di sini, ratenya mencecah hampir RM400/hari sedangkan dok kejap je.. pastu kiranya kos trsebut 'burn' gitu aje. x leh claim daa.. sayang jugak.

Ada sapa2 yang boleh bagi cadangan tempat penginapan yang agak murah sikit di sana @ kaw2  berhampiran cont: Bandar Baru Bangi ke dsb?  (dlm RM 200 dan ke bawah)..



Isnin, 17 Januari 2011

Isnin, 17 Januari 2011

mood ke laut

Alahai.. naperlah sehari dua ini,  mood berblog merundum kelaut, nampaknya entri kali ini paling ringkas iaitu sebagaimana peribahasa orang dulu2, sekadar 'melepas batuk di tangga' .

Tadi 'bw' seketika lihat GA dan contest anjuran rakan2 di luar sana, nampaknya 'KEMALASAN' menguasai diri, satu GA @ contestpun x join hari ini. nntlah, bila ader masa nnt aku akan turut serta memeriahkannya.

Ahad, 16 Januari 2011

Ahad, 16 Januari 2011

x tau daa nak tulis apa..

Adakah aku  seorang blogger tegar jika sering kekeringan idea nak menulis? entahlah, idea menulis ni bergantung kepada mood juga, kalu dah x der mood, camner nak wat entri berjela2..

Akupun heran le ngan rakan2 diluar sana, camner le setiap hari sampai 5-10 entri ditulis?. Kat dorang ni aku  memang respect abis, cayalah..... idea korang setinggi gunung. Tak pernah luak walau sikitpun malah makin banyak.

Sabtu, 15 Januari 2011

Sabtu, 15 Januari 2011

Anak dihempas dek bapa

Gileeerrrr, apalah punya bapa, dek kemarahan terhadap si isteri dan panas baran yang keterlaluan, tidak cukup ngan memukul isteri menggunakan tali pinggang, dihempasnya pula anak yang berusia 18 bulan ke atas tilam nipis hingga patah tulang paha kanan.

Sumber: Hmetro

Nota:  errrrmmm... baik x payah punya laki kalu gini gayanya.. hu3

Rabu, 12 Januari 2011

Rabu, 12 Januari 2011

Mak oiiiii, mahalnya

Baru semalam aku dapat panggilan daripada tuan punya kedai tempat kami hantar kamera untuk dibaiki beberapa bulan lepas. ( sebelum ini berulangkali aku hubunginya tapi hampa, jawapan yangku terima ialah belum ditentukan statusnya!!)

Alkisahnya, kamera digital kepunyaanku mungkin terjatuh kot (sedar2 ader kesan retak) iaitu setelah aku  tinggalkan kamera itu di dalam bilik hotel semasa jalani kerja2  luar dalam bulan 10 gitu (manalah tau, kot dorang nak ambil gambar semasa keluar jalan2). Agaknya anak2 yang buat main kot tapi bila ditanya, memasing xmo mengaku salah.

Kalu nak ikut, kamera ini masih lagi dalam tempoh 'gerenti'  tapi aku difahamkan, memandangkan ia adalah kecuaian pengguna, maka tidak termasuk didalam senarai gerenti.

Hampir 3 bulan dok kat kedai, baru je semalam dorang wat panggilan dan memberitahu kos membaikinya mencecah sehingga RM300. Laju je aku katakan, x perlulah baiki, beli lain lagi elok, justeru itu, aku nak ambil semula kamera itu, biarlah wat koleksi daripada dok kat kedai itu.

Nota: sebelum hantar ke kedai tersebut, pernah call talian bebas tol syarikat pengeluar kamera ini dan dia memberitahu kosnya cuma dalam RM100 dan minta hubungi agen di kawasan berdekatan dan sudahpun berikan no. telefon untuk dihubungi, aku pula lurus bendul, tuan punya kedai tu suh antar je ke kedainya, maner le tau kot2 ader gerenti!! akhirnya, melepas!!!

Lepas ni xmo lagi berurusan di kedai ini lagi, kecewa!!!!

berdua aje ngan Alya

Seronoknya jika setiap hari dapat baring2 aje ngan anak kesayanganku Alya, memandangkan agak lama gak aku tak bercuti, maka hari ini dengan rela hati aku korbankan 1 hari untuk mengambil cuti rehat dan dok ngan Alya.

Sepanjang pagi  ni dok layan kerenah dia yang pelbagai, penat jugak maklumlah dia lasak semacam aje, seminit x leh dok diam. Apa2pun aku gembira dapat bersamanya, anak2 lain ke sekolah.



Selasa, 11 Januari 2011

Selasa, 11 Januari 2011

tuisyen malam

Malam ni baru bermula kelas tuisyen si Syazmi.. Start jam 8.15 malam dan berakhir 10 malam.. Macam biasalah budak2 ni, nak jugak bawa bekal..

Menu ringkas je ummi buat iaitu 'roti john.. katanya nak makan masa rehat (malam2 ader ke masa rehat?) Ikut dia je le, malas aku nak fikir2kan.

nota: balik keje td  cuma masak mee bakso aje dan baru siap buat kek batik biskut marie (blum sempat beku lg..)

Kursus di awal tahun

Nampaknya dipermulaan tahun, namaku dah naik ntuk g kursus daa.. Tengah terfikir2 nak bawa famili ke tak? Penginapan dorang dah sediakan, begitu juga dengan makan minum.

Jika bawa famili, nampaknya kena sewa hotel lain.kat sana ada tak hotel2 yang agak2 murah sikit ( xmo lah sampai RM 200 -300 dan keatas semalam, tak berkemampuan le di hujung2 bulan ni - kalau boleh claim balik, ok je tp yalah, dorang dah sediakan segalanya, maner le layaknya....) 

Jika tak bawa dorang, rasanya rugi sangat sebab bertolak  - pada petang Jumaat dan balik hari Ahad ( kalu nak ikut, jumaat tu, anak2 sempat balik dari sekolah, bila lagi nak bawa dorang g  jalan2kan?) errrmmm.. fikir, fikir.. camner ye?  yang penting anak2 sentiasa bersamaku dan yang PALING penting ada PA sentiasa menjagaku (siapa lg jika bukan en. 'hubby' kesayanganku.. ngada2lllll..  hu3)

Isnin, 10 Januari 2011

Isnin, 10 Januari 2011

Alya lagi!!

Smlm sdg aku dok baring2 dpn astro nonton AJL, tiba2 ditariknya tanganku dek si Alya berulang kali sambil menunjuk2 ke arah kabinet pakaian (suh ummi salin baju) dan kunci kete..

Sebaik je abahnya balik dr masjid (sampai lewat sikit..), sekali lg ditariknya tangan kami berdua ke pintu utama sambil menunjuk ke arah kunci kereta yg tergantung kat dinding (masa ni abang dan kakaknya sudahpun lena).

Ohhhh, rupanya dia nak ajak kami kuar ye, nak tak nak kami bawalah juga dia naik kereta pusing2 seketika di kawasan berdekatan tanpa arah tujuan.... 

errmm,  pandainya anak ummi, dia jeles bila ummi bg tumpuan kt AJL (sbb sblm ni, jrg2 buka tv malam2,  tengok AJLpn secara kebetulan dan  sudah separuh masa iaitu time FT terjun dlm air!!), yang lain2, ntah le.. x smpat nak ikut..

Malam ni sekali lagi diajaknya kami keluar rumah malam2, adoooiii, camner ni? esok ummi nak g keje, kena bangun awal, lagipn Alyakan masih lagi tak g2 sihat, kat luar tupun sisa2 hujan masih lg ader. hu3

Susahnya nak bagi ubat!!

Balik rehat ptg ni, badan Alya terasa hangat semacam je, nampaknya dia mula berjangkit daa, yalah, dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, mudah sangat terkena demam, selsema dan batuk.. orang kata musim demamkan?.

Walaupun dalam keadaannya yang tidak g2 ok tapi aktifnya mgalahkan kanak2 laki, lasak sungguh. xmo langsung dok diam, panjat sana, panjat sini.. jenuh ummi kawalnya, risau takut terjatuh.

Bagi mengurangkan suhu badannya, ingat nak bagilah ubat demam tapi faham2 je le budak, maner le maunya ubat minum. Justeru itu, TERPAKSA jugak bagi ubat demam jenis supp. 

Issshhh, dia awal2 lg seakan tau daa, berlari2 jauhkan diri dari ummi, ish nak ngelakkan diri pulak, grrrrrmmmmmnya ummi!!!, puas main kejar2 akhirnya dpt gak, he3.. jgn marah ye sayang!!

Sabtu, 8 Januari 2011

Sabtu, 8 Januari 2011

bw n skor A

Nampaknya buat sementara waktu ini, kami cuma hantar Syazmi je untuk ke kelas tuisyen memandangkan  dia akan menduduki peperiksaan 'UPSR' tak lama lagi. Nur & Suzila masih ader 2 tahun lagi.

Niat asalnya, kami nak hantar kesemua daripada mereka ke kelas tuisyen tapi setelah difikirkan semasak2nya, kami buat keputusan untuk meneruskan 'skor A' sahaja, tambahan pula aku boleh luangkan masa bersama semasa dorang membuat latihan. Kalu tak, keje ummi dok ngadap benda ni aje. hu3.. (errrmmmm, ummi dah punyai 2 kerjaya tetap karang ni, xleh malas2 ye, bisik pd diri sndiri.. hu3). Nampaknya setakat ini ketiga2 daripada mereka menunjukkan minat.

Justeru itu, masaku ber 'blogwalking' agak terhad sedikit sebab pc cuma ada 1 aje dan ia perlu di selang selikan dengan pembelajaran mereka melalui internet (berbaloi aku bayar bil tenet mahal2..), nak suh mereka buat 'skor A' memanjangpun x gitu elok juga, risau nanti mereka jemu. (pandainya ummi ko cari alasan..)

Khamis, 6 Januari 2011

Khamis, 6 Januari 2011

Kehabisan minyak masak

Waduuuhhhh, pagi ni last sekali menggunakan minyak masak, habis daa.. errrmmmm, nak wat camner ni? beberapa kedai runcit dan supermarket di daerah ini sudah kehabisan minyak masak. Naper ye di negara pengeluar kelapa sawit, minyak masak boleh kehabisan stok?

Sedang memikirkan inisiatif lain bagi menggantikan minyak masak kelapa sawit tapi.. rasa2nya minyak jagung dan minyak mataharipun udah tidak begitu ada di pasaran, marjerin ok tak? kalau minyak kelapa sawit xder, lain2 makanan berasaskan sawit ader ke tak? Adooooi, bingung memikirkannya!! Semalam ada rakan kuar daerah, minta tolong dia belikan jika ketemu minyak masak yang dijual.

Rakan semua, camner ditempat kalian? ada masalah tak ngan penjualan minyak masak? (cam le kalian peniaga minyak masak, hu3..)

Selasa, 4 Januari 2011

Selasa, 4 Januari 2011

Alahai anak ummi

Dalam kesibukan abang dan kakaknya siapkan kerja2 sekolah, Alya juga tidak ketinggalan, diambilnya pen daripada beg ummi dan ingin di tulis pada buku2 sekolah kakaknya.

Diberinya buku latihan yang sudah tidak digunakan lagi tapi ditolak mentah2, errmmm.. nak buat apa ngan buku2 lama ni? agaknya itulah yang difikirkan dek si Alya.

Tak dapat conteng buku sekolah kakaknya, dapat tulis kat tanganpun jadilah! habis kedua2 belah tangannya diconteng ngan tulisan2 abstrak, cuma dia yang memahaminya.

Nampaknya ia merupakan tugasan ummi kejap lagi bagi membersihkan sebersih2nya kedua2 belah tangan anak kesayangaku ini.

Hari kedua persekolahan

Alhamdulillah, seronok tengok anak2 kesekolah setiap pagi, seawal jam 6 pagi memasing dah bangun dan membuat persiapan untuk ke sekolah.

Sessi persekolahan bermula, bermakna tugas harianku makin bertambah, yalah.. sebelum diaorang bangun tido, aku sudahpun ke dapur sediakan sarapan pagi dan masak makanan untuk  tengahari, maklumlah, sebagai wanita bekerjaya, aku perlu pandai membahagikan masa antara kerjaya dan rumahtangga, tanggungjawabku sebagai ibu tidak boleh dipandang remeh.

Untuk sarapan pagi, aku tak retilah nak ajar anak2 makan makanan ringkas seperti roti bakar ke atau emping jagung, maklumlah kami suami isteri 'asal dari kampung', nak tak nak, nasi jugalah menu utama sepanjang masa, makanan lain sebagai sampingan aje.

Semalam si 'kembar tak  seiras' kami Nur dan Suzila mengadu 'Mahallah nasi lemak di kantin, pedas pulak tu'  justeru itu, mereka minta disediakan makanan sebagai bekalan. Errrrmmmm, makin bertambahlah menu yang perlu ummi masak pagi2. (duit sekolah tetap sama, hu3)

Sehubungan dengan itu, sebagai bekalan hari ini, aku sediakan 'nasi goreng pattaya', entah betul ke tak menunya akupun tak pasti, main campak2 aje dan nasi goreng dibungkus ngan telur dadar., senangkan?? ummipun ambil le kesempatan ini membawa sama nasi goreng ke pejabat sebagai bekalan.

Isnin, 3 Januari 2011

Isnin, 3 Januari 2011

Permulaan 2011 agak mengecewakan

Hari ini aku adalah ketua, aku juga adalah pekerja bawahan, nampaknya buat kesekian kalinya, aku terpaksa menyelia untuk diri sendiri.

Seawal pagi aku terpaksa melakukan kerja2 pembersihan di koridor  pejabat yang dipenuhi dek najis burung2 yang berkeliaran di waktu malam, bayangkan 3 hari bercuti, kemain banyak lagi burung2' itu tinggalkan baja mereka di sini. Berpeluh pepagi   'bersenam' meskipun dok dalam bilik ber'aircond', kepanasan masih terasa hingga kini.

Last minute pagi tadi  memasing msj & call memberitahu mereka terpaksa 'menyambung cuti sakit' dan mengambil cuti sakit diatas kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. Malas nak ulas panjang, aku mengiyakannya walaupun dihati terasa suatu bebanan yang teramat berat, maklumlah diawal tahun, banyak perkara yang perlu diselesaikan segera.

Kalu nak ikut, diri inipun berada didalam keadaan yang tidak begitu sihat sejak semalam lagi tapi masih bertahan dengan pengambilan tab. paracetamol (panadol), camner ye jika aku jugak ber 'mc'?.. x ke haru biru jadinya tapi Insya Allah, aku tetap akan menjaga prestasi dan komitmenku terhadap kerjaya tetap no. 1.

Ok, tarik nafas panjang2, buangkan segala hasad dengki, ambil yang positif je dan mulakan hari ini dengan penuh keceriaan. Insya Allah, aku akan pastikan laporan dan lain2 tugasan rasmi yang 'urgent' akan siap menjelang petang @ seawal pagi esok sebelum di hantar ke HQ...caiyooookkkk pada diri sendiri!!!!

Ahad, 2 Januari 2011

Ahad, 2 Januari 2011

selesai 1 perkara

Baru je balik daripada menghantar anak sulungku Syafiq ke asrama, pertama kali lepaskan anak untuk berdikari, kalu nak ikutkan rasa sedih tu, memanglah sedih tapi setelah mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan  dan menerima pandangan rakan2 di alam maya serta disekeliling, aku keraskan hati untuk berpisah buat sementara waktu demi masa depannya.

Kalu ada orang bertanya, jauhkah rumah dengan sekolah? jawapannya 'tidak'..dekat je iaitu dalam 3-4 km je, Kenapa ye aku terpaksa membuat keputusan ini?

Jawapanku ialah supaya:-

  •  dia mempunyai jadual masa yang tetap untuk  mengulangkaji pelajaran (apa yang aku perhatikan sejak dua menjak ini, dia punyai banyak masa untuk bermain, bayangkan, seawal pagi sayup2 kedengaran diluar rumah "Syafiq2, berulang kali, entah apa temujanji ngan anak2 jiran di sebelah, banyak sangat perancangan mereka seperti berkhemah di kaw.perumahan, berjoging sesudah subuh, berniaga air di halaman rumah sepanjang cuti sekolah, bersukan, main badminton dsb, itu waktu pagi, gitu jugak di sebelah petangnya, x lekat dok rumah, terlepas pandang, diangkut dek rakan2nya samada dia yang  membawa / membonceng motosikal, risau dihati cuma Allah yang tahu, camner jika berlakunya kemalangan? 'terlanggar anak orangkah?,  kalau setakat kena saman, kita masih boleh bayar lagi. setelah penat bermain seharian suntuk, justeru itu, apabila tiba masa untuk ulangkaji pelajaran di waktu malam, suaraku yang sering kedengaran memekik minta tolong mereka ulangkaji pelajaran sampai kuar anak tekak (bagitau elok2, wat derk je...hu3), itupun bertahan sekejap je, pastu buku tolong ulangkaji bagi pihak diaorang pulak )
  • dia dapat berdikari (maklumlah, selama ini tidak pernah basuh kain baju sendiri @ gosokkan baju uniform, kesemua itu tugasan kami ibubapanya)
  • dia mendapat  bimbingan 'tuisyen' secukupnya sebelum menjelang PMR, (Akupun sudah mula top-up skor A selama 3 bulan, bermula semalam untuk mereka ulangkaji pelajaran) sebelum ini, aku hampir2 mengalir air mata melihat skor A terbiar sepi tanpa punyai insan yang sudi melawatnya, maklumlah sekali top-up, bukannya murah RM299/3bulan, mahal hooo.., jadi setiap bulan aku kena keluar budget sebanyak RM100. Seandai diaorang belajar, ada kepuasan dihati walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak. Cuba bayangkan, aku masukkan line intenet, belikan Skor A dan lain2 yang sewaktu dengannya supaya diaorang dapat belajar, malangnya internet disalahgunakan untuk ber fb, memanjang (ummi berblogpun ada masa dan ketika juga, bukannya sepanjang masa mengadap benda ini.)
  • dia dapat merasai keenakkan dan kelazatan masakan kampung yang berasaskan ikan dan sayur2an, maklumlah, sepanjang duduk dengan kami, dia amat memilih makanan, jangan sesekali masakan menu ikan, dia rela berlapar sepanjang hari, jika masak sayur pula, cuma kami bertiga yang makan (kami laki bini dan adik lelakinya seorang).
  • aktiviti ber sms dan ngadap astro berkurangan ( langsung tiada..), kdg2 terfikir nak potong je Astro tapi dok kat sini, line susah nak dapat, maklumlah, kaw. berbukit bukau
Adakah pilihan kami ini tepat atau mungkin juga salah perhitungan???

Sabtu, 1 Januari 2011

Sabtu, 1 Januari 2011

Selamat tahun baru 2011

Hari ini bermulanya kehidupan kita di tahun baru 2011, bermakna usiaku makin meningkat lagi (baru je menyambut hari lahir 10 hari yang lepas), terfikir jugak, apakah cabaran2 yang bakal dilalui melalui kerjaya @ personal?

2010.. selamat tinggal diucapkan, diantara kemanisan yang dikecapi sepanjang tahun lepas ialah:-

  • Kejayaan dalam memperjuangkan susuibu sepanjang tahun (meskipun sekarang ni agak liat mengepam memandangkan si Alya tidak g2 mengemari EBM dan cuma 'suka susu segar terus dari ladang' tapi xper sbb dia mula mengambil pelbagai jenis makanan tanpa pantang larang.
  • Dapat membantu didalam pembelajaran @persekolahan Suzila a.k.a anak angkatku 
  • Dapat anak angkat (suzila) yang sudah besar panjang, banyak membantu didalam menjaga si Alya ( dilantik sendiri dan tidak bertauliah).
Kesedihan pula (tak banyak..):-

  • Berpisah seketika (tak tau sampai bila) dengan anak sedara (bertugas di Arab saudi - dia happy, aku yang sedih, apakah hal??)
  • Aku kehilangan staf a.k.a senior yang berpencen pada 14.12.2010 
  • Kemalangan jalanraya yang melibatkan 2 orang staf 
Azam baru 2011:-
  • Meneruskan misi menyusukan Alya genap 2 tahun (24.08.2011)
  • Kumpul RM 500/bulan (RM1,000/bulan, lg sonok) untuk kegunaan masa depan @ masa2 kecemasan (sekarang ni diibaratkan, besar periuk, besar keraknya.. x reti langsung berjimat)
  • Memberi tumpuan terhadap pembelajaran anak2, maklumlah seorang UPSR, sorang lagi PMR
  • Menghantar anak2 - kesemua daripada mereka yang bersekolah termasuk Suzila ke kelas tuisyen (xtau le berapa RM/bulan terpaksa dikorbankan dan bagi Suzila, pilihan ditangannya samada ke kelas tuisyen @ balik ke rumah ibubapanya pada hari minggu, semalam - dia membuat pilihan ke kelas 'Tuisyen', selama inipun 95% masanya dihabiskan bersama kami..)
  • Membeli baju baru kepada si Alya setiap bulan sekurang2nya 3 pasang dan anak2 yang lain, ummi & abah?? bila perlu

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang