Sabtu, 29 September 2018

Sabtu, 29 September 2018

Perunding Pemakanan tak bertauliah.

Gaya2 bujang junior ingin menyertai Pertandingan Badan Cantik,  automatiknya si ibu menjadi Perunding Pemakanan jarak jauh.. 🤗.

Apa2lah anak, janji kamu bahagia sepanjang berada di sana dan dapat mengisi waktu terluang dengan aktiviti berfaedah, kurang sikit kerinduan terhadap kampung halaman. 

Menu dada ayam rebus tanpa nasi dan bahan perasa, kalian berselera tak? tapi inilah menu dia dari dulu,  suka jenis makanan tanpa lemak, minyak dan santan. 

Dia dapat galakkan dari Couch pemilik Gym untuk menyertainya,  sekurang2nya dapat cari pengalaman. 

Selain ibu,  bujang junior dapatkan juga tip pemakanan sihat dari ' lecturer'.

Isnin, 24 September 2018

Isnin, 24 September 2018

Semakan LHDN

Alahaiiii dapat lagi surat 'Chinta' dari LHDN untuk semakan bagi tahun 2017 (setakat ni dah 2 kali,  selang setahun dorang siasat) 

Alhamdulillah semua dokumen yang dikehendaki ada,  rupa2nya banyak lagi bil2 tercicir,  tidak dibuat tuntutan, ingat nak berlebih kurang..  🤔

Dah alang2 mereka minta,  bagi semua dokumen berkaitan walaupun semasa isi e-filing tempohari,  tidak mohon pelepasan, ermmm tiada maknanya nak tipu2 income tax jika dah kerja gov.  🤗


Khamis, 13 September 2018

Khamis, 13 September 2018

Kejutan demi kejutan buat kamu


Penghargaan sebagai pemangkin semangat untuk Alya terus maju ke depan. 

Jika ikut lebih 2 minggu tempah tapi asyik ada halangan,  perancangan awal surprise semasa balik dari sekolah tapi tak berjaya,  lagipun bukan urgentpun, ia sekadar kejutan buat Alya 😁

Alhamdulillah, tahniah sayang..  

Nota: Pesanan buat rakan2 diluar sana, seandainya anak seusia 6 tahun masih belum lancar membaca,  jangan stress dan beri tekanan kepada mereka,  bagilah anak2 seusia itu masa untuk "enjoy" dengan kehidupannya sebagai "kanak2 ribena".

Alya adalah salah seorang dari itu, seawal usia 7 tahun baru lancar membaca dan mula menunjukkan peningkatan dari masa ke semasa,  dia sentiasa punyai target untuk maju ke depan dan sukakan persaingan secara sihat. 

Perkembangan anak2 memang tidak sama, jangan sesekali kita bandingkan sesama mereka. 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang