Khamis, 25 Oktober 2018

Khamis, 25 Oktober 2018

Terlebih manja, ngada.. 🤗

Salah seekor anak bulus yang kami ada,  manja yang amat weyhhhhhh...

Gambar seminggu lepas,  melekat sepanjang masa seakan tahu,  dia bakal ditinggalkan beberapa hari,  sebak hati umi anak oiiiii..  

Seekor lagi menunggu dimuka pintu,  tak bagi keluar, jika keluar,  mengekor jer kerjanya,  nak jalanpun risau terpijak.. 😆😆

Adik2nya yang bakal menyusul kenakalan kakak dan abangnya nanti. . 

4 ekor anak2 bulus yang baru dilahirkan (usia: 22 hari DOB: 03/10/18) 

Usia: 4 bulan, DOB: 25/06/18




Model cilik umi kini dijadikan profil WA,  FB & IG.. 😘😘



Seekor ibu yang reproduktif, harap2 sempatlah dimandulkan...😄😀😀



Selasa, 23 Oktober 2018

Selasa, 23 Oktober 2018

Misi berjaya akhirnya

Seawal pagi selepas punch card,  kedengaran suara anak anjing berbunyi nyaring seakan minta bantuan, intai melalui tingkap,  kelihatan seekor anak anjing mundar mandir ingin selamatkan seekor lagi anak anjing yang terjatuh ke dalam longkang.

Tidak lama selepas itu,  langsung tidak nampak kelibat anak anjing tersebut tapi suaranya masih lagi sayup2 kedengaran, dalam hati terdetik pasti iapun sudah jatuh ke dalam longkang. 

Pergi jenguk,  nampak 2 ekor anak anjing mundar mandir nak selamatkan diri tapi tidak berjaya sebab tebing longkang agak tinggi,  lebih kurang 4-5 kaki parasnya.. 

Minta tolong uncle yang lalu lalang tapi seorangpun tidak sanggup membantu. 

Mereka di dalam keadaan kuyup dan menggigil kesejukan.

Kami cuba keluarkannya tapi tidak berjaya, hubungi Pejabat Haiwan berdekatan (cari di dalam en.  google no. tel tapi tiada, akhirnya hubungi pejabat haiwan di daerah berhampiran untuk mendapatkan no. tel, baru berjaya)  tapi difahamkan mereka ada program luar dan ketiadaan staf di klinik. 

Kemudian hubungi JPAM, pihak mereka siap ambil statement dan  data2 detail si pengadu, tunggu punya tunggu tak muncul tiba, lebih 30 minit menunggu baru dapat panggilan dengan memberi alasan pihak mereka tidak punyai staf yang cukup untuk membantu..  

Buntu seketika memikirkan cara untuk selamatkannya setelah lebih 3 jam terperangkap di situ,  nasib baik cuaca hari ni elok, jika hujan,  entahlah dengan nasib anak2 anjing tersebut, akhirnya terpaksa juga minta bantuan BOMBA, sekejap sahaja mereka datang dan berjaya selamatkan.


Terima kasih tidak terhingga kepada Pasukan Bomba dan Penyelamat,  kalian memang hebat dan terbaik. 

Selasa, 16 Oktober 2018

Selasa, 16 Oktober 2018

Sepetang di genting Highlands





Biar gambar berbicara.. 

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang