Sabtu, 29 Julai 2017

Sabtu, 29 Julai 2017

Rehat minda..

Ejaan jenis apakah ini, agak2nya jika UPSR Bahasa Melayu Penulisan,  mungkinkah A di dalam genggaman @ ia akan terlepas jua? 🤔🤔  

Siapakah yang patut dipersalahkan? 

Nota: Gambar telah diedit demi menjaga privasi..  

Sumber: fb






~~~~~~~~
Pic terkini anak bongsu kami..  ðŸ˜€ðŸ˜€ðŸ˜€


Khamis, 27 Julai 2017

Khamis, 27 Julai 2017

Suatu hari di Sarawak

Banyaknya gambar yang tersimpan di dalam memori telefon,  rupanya sudah lebih 2 minggu kami ke sana, mendaftar anak sambil melancong kekdahnya,   malangnya tiada satupun dikongsi bersama. 

Suatu senja di Pantai Damai. 

Kampung Budaya Sarawak

Disinilah kami ketemu sejenis makanan tradisional masyarakat sana..  
Sumal

Campuran tepung ubi/sagu, kelapa parut dan udang,  kemudian dibalut seperti otak2 tapi lebih besar. Kemudian dibakar dan dimakan bersama pencicah. 

Sedap jika dimakan semasa panas2, keenakannya masih terasa hingga kini (bilalah kami nak ke sana lagi?  ðŸ¤—)

Kg Santubung,  damainya di sini. 

Hari kedua,  bawa seorang kawan sekolah  anak yang sedang belajar di sana berjalan2 susuri Bandar Kuching,   usah ditanya lebih lanjut siapakah gerangannya?  ðŸ˜€, kebetulan kereta yang kami sewapun ada kosong 1 seat. 

Naluri seorang ibu berkata2, pasti dia rindukan keluarga di Semenanjung,  sekurang2nya dengan kehadiran kami seketika dapat mengubati kerinduan tersebut walaupun sedikit cuma. 😄. 


Sepetang di Muzium Kucing. 

Bagi memborong Ikan Terubuk,  jangan lupa ke Kubah Ria, di sini peniaga siap 'packing' cantik2 untuk dibawa balik ke Semenanjung. 

Borong Kek Lapis Sarawak di Asma Cake House, Kota Samarahan.

Rambang mata tengok beranika jenis kek lapis Sarawak,  rasanya memang sedap dan sederhana manis.  

Oh ya, jika ke Sarawak,  rugi sekiranya tidak merasai keenakan masakan di sini.  

Mee Bakso

Mee kolok (tiada gambar) 

Laksa Sarawak

Penangan dek kelazatan Laksa Sarawak,  maka terhasillah Laksa Sarawak Homemade
Masak sendiri lagi berbaloi..  ðŸ˜„😄😄

Sabtu, 15 Julai 2017

Sabtu, 15 Julai 2017

Jemputan makan2

Kisah beberapa hari lepas,  kami selaku AJK PIBG telah menerima jemputan bagi menghadiri jamuan sempena sambutan hari raya di sekolah,  berfikir berpuluh kali samada nak join ke tak,  apatah lagi memikirkan tuntutan kerja. 

Akhirnya berpakat dengan seorang lagi sahabat aka AJK PIBG,  setelah ketiadaan klien,  keluar sekejap bagi memenuhi jemputan tersebut,  sekurang2nya tunjukkan muka bak kata orang, katanya AJK,  jika tak aktif,  apakah hal??  ðŸ˜„

Sampai di sana,  mata melilau mencari anak,  biasalahkan naluri seorang ibu..  ðŸ˜†

Alahai anak,  comel2 semuakan..  ðŸ˜˜

Cukup le sekeping, tak sanggup jadi Jurufoto tak bertauliah,  malu kita weyhhhhh dikelilingi dek cikgu2, moh kita balik,  perutpun dah kenyang..

Selasa, 11 Julai 2017

Selasa, 11 Julai 2017

Bertiga kini


Alhamdulillah selesai sudah urusan pendaftaran bujang junior, di dalam tempoh setahun ini,  dia mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) sessi Jun 2017 di bawah KPM sebelum mengikuti  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP)  selama 4 tahun.

Dari 4 orang permata hati,  2 orang sudahpun berada jauh di mata demi mengejar sebuah cita2,  seorang di Utara manakala seorang lagi di Malaysia Timur, kakak pula tinggal di asrama, setiap 2 minggu sekali baru balik ke rumah.

Kini yang ada hanya kami tiga beranak, jika bapanya ke masjid atau ada urusan lain, tinggallah kami berdua cuma, kesian tengok Alya bermain seorang diri tanpa kawan, tanpa abang dan kakak yang kuat menyakat, tiada lagi suasana bingit di rumah.

Itulah realiti yang perlu diterima dengan hati terbuka, mungkin suatu hari nanti, salah seorang dari kami akan keseorangan meniti sisa2 hidup jika pasangan sudah tiada.

Macaroni cheese

Tempahan makanan pergi dan balik untuk si comel kami.

Satay

Berselera tengok Alya makan.


Tidak sah jika tidak memborong kek lapis dan ikan terubuk sebagai buah tangan rakan2.

Sabtu, 1 Julai 2017

Sabtu, 1 Julai 2017

Khas buatmu

Genap 21 tahun kelahiran anak bujang sulung. penanda aras usia kamipun makin bertambah.. 

Selamat hari lahir abang,  moga menjadi anak soleh dan contoh terbaik buat adik2, berjaya di dunia dan akhirat,  aamiin..  

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang