Banyaknya gambar yang tersimpan di dalam memori telefon, rupanya sudah lebih 2 minggu kami ke sana, mendaftar anak sambil melancong kekdahnya, malangnya tiada satupun dikongsi bersama.
Suatu senja di Pantai Damai.
Kampung Budaya Sarawak
Disinilah kami ketemu sejenis makanan tradisional masyarakat sana..
Sumal
Campuran tepung ubi/sagu, kelapa parut dan udang, kemudian dibalut seperti otak2 tapi lebih besar. Kemudian dibakar dan dimakan bersama pencicah.
Sedap jika dimakan semasa panas2, keenakannya masih terasa hingga kini (bilalah kami nak ke sana lagi? π€)
Kg Santubung, damainya di sini.

Hari kedua, bawa seorang kawan sekolah anak yang sedang belajar di sana berjalan2 susuri Bandar Kuching, usah ditanya lebih lanjut siapakah gerangannya? π, kebetulan kereta yang kami sewapun ada kosong 1 seat.
Naluri seorang ibu berkata2, pasti dia rindukan keluarga di Semenanjung, sekurang2nya dengan kehadiran kami seketika dapat mengubati kerinduan tersebut walaupun sedikit cuma. π.


Sepetang di Muzium Kucing.
Bagi memborong Ikan Terubuk, jangan lupa ke Kubah Ria, di sini peniaga siap 'packing' cantik2 untuk dibawa balik ke Semenanjung.
Borong Kek Lapis Sarawak di Asma Cake House, Kota Samarahan.
Rambang mata tengok beranika jenis kek lapis Sarawak, rasanya memang sedap dan sederhana manis.
Oh ya, jika ke Sarawak, rugi sekiranya tidak merasai keenakan masakan di sini.
Mee Bakso
Mee kolok (tiada gambar)
Laksa Sarawak
Penangan dek kelazatan Laksa Sarawak, maka terhasillah Laksa Sarawak Homemade
Masak sendiri lagi berbaloi.. πππ














10 ulasan:
besarnya kucing tu.
Pasti UA datang lagi ke Sarawak sebab anak kan di sana.
Seronok ke negeri orang ni dapat rasa kelainan makanan mereka.
Visit sarawak wajib rasa mi kolok dan shopping kek lapis =)
Dr. Ain.. πππ
K. Saniah, insya allah kak, jk ada rezeki sampailah kami ke sini..
Sekarang ni bajet yang ada mmg khas ntuk dia semrntara dapat elaun.
Nini, betul tu.. rugi tak rasa menu sana.
Jaga2, dapat menantu oghang Sarawak bah, mwehehe.
Eh,murahla ikan terubuk kt sana, boleh borong byk2 juai kt semenanjung.
NA
Harga tu untuk ikan terubuk bersaiz kecil..
Ia byk kategori, RM10/seekorpun ada, lebih sedap sbb bersaiz besar sikit.
Pssttt: Jodoh anak2, tak kisahlah siapa pilihan mereka, kita terima seadanya.
xmo jadi mak mertua yg pok pek pok pek.. Cari salah anak menantu jer kerojernya.. π
Tulah....ikutkan sangat sawan malas tu, kan banyak gambo dah terperap.
Kita pernah gi Kuching sekali dulu geng. Masa tu kita masuk Poly Kuching. Tak berapa bulan pun, sebab lepas tu dapat UTM. Merasalah jugak pergi Kg Budaya tu.
Yelahkan geng, alang alang dah sampai sana, rugi tak merasa makanan org sana dan bawak balik apa yg patut.
Laksa Sarawak tu beli pes dia ek?
Amboiii berjalan bersama bakal menantu nampak hikhik
Amboiiiiii geng, serkap jarang nampak..
bukan bakal menantulah.. kawan sekolah anak dulu..
Budak2 skrg ni, w/pn abis skolah, mereka tetap berhubung antara satu sama lain, bukwn cam kita dulu2
Catat Ulasan