Selasa, 11 Julai 2017

Selasa, 11 Julai 2017

Bertiga kini


Alhamdulillah selesai sudah urusan pendaftaran bujang junior, di dalam tempoh setahun ini,  dia mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) sessi Jun 2017 di bawah KPM sebelum mengikuti  Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP)  selama 4 tahun.

Dari 4 orang permata hati,  2 orang sudahpun berada jauh di mata demi mengejar sebuah cita2,  seorang di Utara manakala seorang lagi di Malaysia Timur, kakak pula tinggal di asrama, setiap 2 minggu sekali baru balik ke rumah.

Kini yang ada hanya kami tiga beranak, jika bapanya ke masjid atau ada urusan lain, tinggallah kami berdua cuma, kesian tengok Alya bermain seorang diri tanpa kawan, tanpa abang dan kakak yang kuat menyakat, tiada lagi suasana bingit di rumah.

Itulah realiti yang perlu diterima dengan hati terbuka, mungkin suatu hari nanti, salah seorang dari kami akan keseorangan meniti sisa2 hidup jika pasangan sudah tiada.

Macaroni cheese

Tempahan makanan pergi dan balik untuk si comel kami.

Satay

Berselera tengok Alya makan.


Tidak sah jika tidak memborong kek lapis dan ikan terubuk sebagai buah tangan rakan2.

22 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

seronoknyaaaa ikan terubuk masin sedap tu...

Nor Azimah Ali berkata...

Sib baik, ank den limo, tinggal 3 lagi kt umh, hihi..
Jauhnya pi belajar kt Sarawak, takpelah..think position..boleh gak naik belon pi makan angin, tak pun Mana tau dapat menantu orghang Sarawak bah.. hehe.

Nor Azimah Ali berkata...

Typo.. think positip.

nurbijen berkata...

Nasib baik ada juga Aliya..
Ada lagi penyeri rumah...
Tapi itu lah realitinya kan kak?

Best nyer kek lapis dan ikan terubuk sarawak...

saniahibrahim berkata...

Akak dah rasai pengalaman tinggal bertiga ni UA....bila sorang2 ank melangkah ke destinasi ilmu bermula di asrama .Memang terasa bila diawal tapi dah lali bila bertahun hadapi situasi yg sama.Peneman sepi dah tentu si bongsu seperti juga si comel Alya.
Amboi UA banyak nya memborong ikan terubuk...

Umialya berkata...

Siti.. sedapkan..

Umialya berkata...

NA..
Menantu org Sarawak? ok jer, gayanya geng aweks blogger kena join sekaki ke sana, ha3

Umialya berkata...

Nur, itulah, sib baik ada Alya, itupun mlm td dia bercita2 nak ke sekolah berasrama penuh, maka tinggallah kami beedua.. 🤔

Umialya berkata...

K. Saniah...
Itupn tak cukup kak, gayanya jk nak ke sana, kena sedia duit lebih sikit khas sbg buah tgn.

OKje berkata...

Mcm sedih je entri ni.....
Nangis tak kat sana masa nak tinggal abang tu? ....
Gitulah kehidupan namanya geng.... akhirnya kita sorang jugak...
Mana gambar kat sana?

Umialya berkata...

hai bff..
nangis itu idok le sbb stail anak sy, dia x tunjuk, kan ke sy dah maklumkan, seorg yg serius, kami keluar dr bilik diapn bersalam biasa, xder peluk cium apa @ hantar ke kereta, pandai2 le kami bawa diri.

Lagipun dia kalut nak solat sbb beberapa minit slps tu ada xtvt minggu suai kenal hg esok, jumaat pula jamuan raya, jadi kena buat pertunjukan bagai.

Kiranya jadual padat sepanjang minggu ni.

nini berkata...

Belajar jauh jauh tinba pengalaman...nanti balik kerja kat kampung...hikhik

Umialya berkata...

Nini..
Harap2 gitulah ya, aamiin..

adianiez AIDA berkata...

sayu baca entri ni, UA.
aduhai...

Umialya berkata...

Aida.. 😭😭😭

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

Moga anak2 Umi pulang mengenggam sebuah kejayaan.
Skg dunia dah canggih.. hari2 boleh video call pengubat rindu.

Umialya berkata...

aamiin..

Sam lg jauhkan?? 😊

OKje berkata...

ohhhh.... yelah tak sempat nak berdrama. Lagi pun susah jugak drama nak menjadi kalau pelakonnya serious memasing hihi

Umialya berkata...

Kan, untung juga dpt anak yg serius, kitapun tak terasa sgt nak tinggalkan dia..

LYAfrina berkata...

In shaa allah...duk jauh demi mgapai impian..moga dipermudahkan sgalanya.


Tu lah kak.. Harapnya hari tua kt ada y menemani..

Umialya berkata...

Aamiin..

Mudah2an ada penemannya..

Adam berkata...

Itu reality kehidupan umi. Anak menyediakan masa depan dia. Kemudian diikut adik2 yg lain. Akhirnya ibubapa tinggal berdua. Dan antara mereka tak tau yg mana tinggal sorang.

Semogga anak2 umi berjaya.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang