Produk Ayamas
Roti Paratha
Pau segera (bukan jenama ini)
Mee segera
Itulah di antara makanan segera yang perlu ada di dalam simpanan sepanjang cuti sekolah, maklumlah sebagai ibu bekerjaya, rutin ke dapur cuma 2 kali sehari iaitu waktu pagi & petang kecuali pada hari minggu.
Urmmmm, kadang2 sekali sehari jer masak, yalah ikut tahap kerajinan & mood, selebihnya hulur jer RM pada anak teruna, pandai2lah dia ambil order & bawa balik makanan untuk santapan adik2 termasuk ibunya, nak bawa anak2 makan kat luarpun tak berkesempatan, maklumlah bapanya sibuk katakan, ngalahkan wakil rakyat lak :(
Rutin harian, awal2 pagi terus sediakan makanan berat '2 in 1', sesuai untuk sarapan pagi & makan tengahari, cuma nasi jer masak sikit, jika habis, pandai2lah dorang masak sendiri, janji lauk mau ada beb...
Jika asyik makan nasi dengan lauk yang sama jer sepanjang hari, tentu dorang jemu, itulah sebabnya makanan segera perlu ada sepanjang masa, pandai2lah anak2 memanaskannya jika lapar, lainlah bagi mereka yang bekerja sendiri @ suri rumah seperti Eida, OKje & IB, mereka bolehlah menyediakan masakan panas saban waktu tanpa mengira masa, anak2 cuma perlu order jer, untungkan famili mereka!!
Nota: Semua gambar tu ambik kat google, mohon dihalalkan..







.jpg)
.jpg)






























