Isnin, 30 Jun 2014

Isnin, 30 Jun 2014

Alam baru

 Belajar 'mengedit' menggunakan Foto Art

Urmm rupanya banyak lagi yang perlu belajar

naluri si ibu..

Kisah bersahur si bujang jauh di sana

Hari pertama - biskut + air
Hari kedua - terlepas waktu bersahur

Kisah bersahur si dara pula..
Roti + jem + air

Huwaaaaaaa....

Sabtu, 28 Jun 2014

Sabtu, 28 Jun 2014

renung sejenak..

Salam Ramadhan buat semua..

Khamis, 26 Jun 2014

Khamis, 26 Jun 2014

Selingan


Seronoknya Alya bermain di belakang tu sorang2, xder sapa nak ganggu..

"Tiba2 teringin nak join sekaki, boleh tak dik?"

Akhirnya, terlena sudah...

doa buatmu..

"Buat Angah yang sedang terlantar di wad, bertahan sayang, insya allah semuanya akan kembali seperti asal, aamiin.."

Angah merupakan anak kedua @ bongsu kepada arwah adik suami, 18/08/2014 genaplah 2 tahun hidupnya sebagai anak yatim & tanpa kehadiran 'Papa' di sisi.

Angah baru selesai menjalani rawatan 'hemodialisis' & disahkan oleh Pakar setelah dibuat prosedur 'Bone Marrow' mengidap Lymphoma Late Stage (4) iaitu sejenis kanser kelenjar. 

Akak tau setiap ibu pasti sukar menerima kenyataan sebegini, bermacam perkara berlegar di fikiran, walau apapun yang berlaku, jangan terlalu stress, Angah amat memerlukan 'Mamanya' di dalam situasi sebegini.

Pastinya Mak Long, Ayah Long & semua sayangkan Angah.

"Buat Ida, bertahanlah dik, Allah berikan ujian sebab Dia sayang umatNya, yakinlah pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini, jagalah permata hati anugerah Illahi sebaik mungkin selagi hayat di kandung badan, pasti kami sentiasa bersama awak meskipun dari kejauhan."

Teringin nak makan pisang tapi tak punyai selera, jadi peluk jerlah pisang tu...

Terkini: 29/06/14, dibenarkan balik ke rumah n berubat altenatif, seakan tiada harapan sembuh di dalam arus 'perubatan moden'

Telah kembali kepadaNya pada 08/07/2014 bersamaan 8 Ramadhan 1435 Hijrah , alfatihah..

Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan.
Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, Lymphoma adalah 
yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut.
Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik, meningkat 
tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan di kategori mengikut jenis sel yang merebak dan 
bagaimana penyakit tersebut ditunjukkan.
15% barah dari kalangan kanak-kanak adalah Lymphoma. Ianya jarang terdapat di kalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini dari kanak-kanak perempuan.
Apakah jenis-jenis Lymphoma?
ategori, bergantung kepada bentuk sel barah (malignant). Ianyadikenali sebagai Hodgkin's Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan non-Hodgkin Lymphoma 
Lymphoma dibahagikan kepada 2 k
(NHL). Gabungan kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 di kalangan
kanak-kanak.
gkin's Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, seorang pelajar dan Pakar 
* Ho d
Perubatan yang pertama menerangkan penyakit tersebut pada tahun 1832. Jenis ini biasa 
terdapat pada kanak-kanak dewasa atau remaja. Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang 
dari 5 tahun.
Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik, yang dipanggil 
sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terlibat.
* Non-Hodgkin's Lymphoma. Gelaran ini digunakan terhadap semua jenis Lymphoma. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat kanak-kanak meningkat remaja. Dalam 
non-Hodgkin's Lymphoma terdapat peningkatan jenis lifmfosit yang spesifik ( iaitu sejenis seldarah putih yang terdapat di kelenjar limfa). Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti barah darah   Leukemia  ( ALL), kadangkala menyukarkan untuk mengenal pasti antara 
Lymphoma dan Leukemia di kalangan kanak-kanak. Pada amnya, pesakit yang mengidap Lymphoma 
tidak melibatkan sum-sum tulang atau melibatkan sedikit sahaja, walhal pesakit Leukemia
melibatkan sum-sum tulang secara menyeluruh.
Walaupun kedua jenis ini terjadi daripada sistem limfa tetapi ianya melibatkan bahagian badanyang berlainan, merebak secara yang berlainan juga bertindak terhadap rawatan secara 
berlainan.
Seterusnya Hodgkin's dan non-Hodgkin's Lymphoma dibahagikan kepada jenis-jenis yang berlainan berpandukan kepada jenis spesifik sel yang terlibat, tahap kematangan yang dicapai oleh sel dan bentuk di bawah mikroskop dan cara pembesarannya. Dari jenis berlainan kadangkala
membantu doktor menentukan cara rawatan yang paling berkesan. Apakah faktor risiko Lymphoma di kalangan kanak-kanak?
menyumbang kepada seseorang untuk mendapat Lymphoma. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat barah ini tidak diketahui faktor risikonya.
Punca sebenar Lymphoma di kalangan kanak- kanak tidak diketahui. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh
Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat non-Hodgkin s Lymphoma jika mereka mempunyai salah satu seperti di bawah:
* Mempunyai kecacatan semula jadi di dalam sistem imuniti
* Mereka telah menjalani pemindahan organ dan bergantung kepada ubatan yang melemahkan sistem imuniti * Mereka dijangkiti oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV) * Mereka pernah terdedah pada radiasi seperti kejadian kemalangan Reaktor Nuklear * Mereka pernah mendapat penyakit barah yang lain di masa silam dan telah dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi
Dalam kebanyakan kes tiada ibu bapa atau kanak- kanak yang dapat mengawal faktor yang 
menyebabkan Lymphoma terjadi. Kebanyakan Lymphoma terjadi daripada mutasi yang tidak diwarisidi dalam gen semasa pembentukan sel darah. Pemeriksaan secara berkala di kalangan kanak-kanakkadangkala boleh mengesan simptom awal Lymphoma di dalam kes yang jarang di mana barah ini dikaitkan kepada masalah imuniti yang diwarisi, jangkitan HIV, kesan daripada rawatan barah 
atau rawatan pengubatan immuno suppressive untuk pemindahan organ 
Sumber

Isnin, 23 Jun 2014

Isnin, 23 Jun 2014

Renung sejenak



Ahad, 22 Jun 2014

Ahad, 22 Jun 2014

Transit

     
Sebelum ini okje pernah bertanya siapakah gerangannya anak2 ini?

Sebenarnya mereka dua beradik iaitu Along (tiada dlm gambar) & K.Hanim menjadikan rumah ini sebagai transit mereka sekembalinya dari sekolah dan sebelum ke kelas fardu ain @ aktiviti sekolah sebelah petangnya sejak 4 tahun lalu, manakala si adiknya, Kak Chik (depan sekali) cuma menumpang di sini sesekali cuma, itupun jika umminya bekerja luar daerah & terpaksa balik lewat petang @ malam. 

Kadang2 jika kami punyai tugasan luar, maka umminya (seorang peguam) akan mengatur jadual beliau yang padat supaya dapat menguruskan anak2 sepanjang ketiadaan kami, maklumlah jarak rumah mereka dengan sekolah adalah jauh.

Alhamdulillah mereka seumpama anak kandung kami, sayang mereka ketat2.

Terkini memegang amanah & mengambil alih tugas abang di kampung supaya menjaga anak gadisnya yang menyambung pelajaran di negeri ini, walaupun 'abang' jauh meninggalkan kami demi mengejar cita2 tapi 'Dia' maha adil, terus menghantar pengganti bagi pengubat kerinduan, sekurang2nya hari minggu kami tidak lagi kesunyian.


Khamis, 19 Jun 2014

Khamis, 19 Jun 2014

Photo book

"Inilah si ibu, fanatik pada benda tu pula daa, jadi target terkini ialah 1 buah 'photo book' setiap bulan, Insya Allah.."

Rabu, 18 Jun 2014

Rabu, 18 Jun 2014

pengganti

Lenovo menggantikan Dell, asalnya hubby hadiahkan buat anak teruna, malangnya dia lebih berminat 'lappy Dell' kesayangan si ibu.

"Urmmm anak2.... Citarasa dia memang tinggi tapi tak mengapa, janji abang belajar rajin2 di sana"

Isnin, 16 Jun 2014

Isnin, 16 Jun 2014

Sesi belajar..

Pertama kali menulis status menggunakan telefon, terima kasih geng sebab bagi idea pada kita, sekurang2nya laman ini tidak terkubur begitu sahaja setelah ia berusia 4 tahun, lagipun hubby bagi sokongan supaya terus menulis bagi mengisi masa lapang.

Nota: Kalau okjer saban minggu menghala ke Pantai Barat, kami lak pastinya ke 'Ganu kiter' jika tidak ada sebarang tugasan rasmi, nak wat camnerkan, demi anak.
Pantai Kemasik, Kemaman.

Paai Kijal, Kemaman.

Ahad, 15 Jun 2014

Ahad, 15 Jun 2014

Jiwa kosong..

Mungkin aktiviti berblog terpaksa dikurangkan 90%, pertamanya dek kekangan masa, kedua ideaku lebur, dengan erti kata lain, langsung 'TARAK' idea, ketiga laptop kesayangan bertukar tangan, kini  ia menjadi hak milik mutlak anak teruna nun jauh di sana ("yalah sementara beli yang baru, gunalah yang ini dulu ya bang sebagai bahan pembelajaran"'), urmm ada komputer sebijipun selayaknya dibuat pelupusan.

Azam terbaru: 'Kumpul duit beli laptop kat kedai sebelah, untung kamu John, saban 2 tahun sekali kita beli Laptop ngan awak tau, kasilah diskaun... lagipun udah boleh dikira pelepasan 'CUKAI PENDAPATAN 2014".

Nota buat sabahat alamayaku, insya allah saya akan kembali lagi, kalau bukan sebagai seorang blogger tegar, mungkin sesekali kot memunculkan diri sehingga ketemu AURA yang memungkinkan saya kembali aktif berblog, nak guna telefon, ampon makcik tak reti nak.., maklum le orang kampung..

Rabu, 11 Jun 2014

Rabu, 11 Jun 2014

Selfie sempena hari bapa

Mohon kerjasama teman2 yang punyai akaun facebook supaya 'Vote' @ 'Like' pic Alya & abahnya "Selfie Sempena Hari Bapa"
Pic penuhnya DI SINI
Kerjasama teman2 amat dihargai, terima kasih semua

Khamis, 5 Jun 2014

Khamis, 5 Jun 2014

Cer teka

Agak2 kalian le, yang ini 'Mat Salleh' betul @ bayang2 'Awang Hitam' cuma?

Urmmm jangan tertipah tertipu sudaa, ntah tiba2 si dia 'pm' melalui fb, kiranya serkap jarang gitu.. macam2 hal sekarang ini..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang