Memaparkan catatan dengan label angah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label angah. Papar semua catatan

Selasa, 8 Julai 2014

Selasa, 8 Julai 2014

Dalam kenangan

Buat angah, moga kamu tenang di sana, kami semua sayangkan angah & redha di atas pemergianmu, al fatihah...

Nota: Doakan perjalanan kami dirahmatiNya, aamiin..

Khamis, 26 Jun 2014

Khamis, 26 Jun 2014

doa buatmu..

"Buat Angah yang sedang terlantar di wad, bertahan sayang, insya allah semuanya akan kembali seperti asal, aamiin.."

Angah merupakan anak kedua @ bongsu kepada arwah adik suami, 18/08/2014 genaplah 2 tahun hidupnya sebagai anak yatim & tanpa kehadiran 'Papa' di sisi.

Angah baru selesai menjalani rawatan 'hemodialisis' & disahkan oleh Pakar setelah dibuat prosedur 'Bone Marrow' mengidap Lymphoma Late Stage (4) iaitu sejenis kanser kelenjar. 

Akak tau setiap ibu pasti sukar menerima kenyataan sebegini, bermacam perkara berlegar di fikiran, walau apapun yang berlaku, jangan terlalu stress, Angah amat memerlukan 'Mamanya' di dalam situasi sebegini.

Pastinya Mak Long, Ayah Long & semua sayangkan Angah.

"Buat Ida, bertahanlah dik, Allah berikan ujian sebab Dia sayang umatNya, yakinlah pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini, jagalah permata hati anugerah Illahi sebaik mungkin selagi hayat di kandung badan, pasti kami sentiasa bersama awak meskipun dari kejauhan."

Teringin nak makan pisang tapi tak punyai selera, jadi peluk jerlah pisang tu...

Terkini: 29/06/14, dibenarkan balik ke rumah n berubat altenatif, seakan tiada harapan sembuh di dalam arus 'perubatan moden'

Telah kembali kepadaNya pada 08/07/2014 bersamaan 8 Ramadhan 1435 Hijrah , alfatihah..

Terminologi Lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan dari sistem limfatik badan. Sistem limfatik termasuk noda limfa (juga dikenali sebagai kelenjar limfa), thymus, limpa, tonsil, adenoids dan sum-sum tulang, (dipanggil limfatik atau saluran limfa) yang berkaitan.
Walaupun banyak jenis barah yang akhirnya merebak ke bahagian sistem limfa, Lymphoma adalah 
yang paling ketara kerana ianya berasal daripada tempat tersebut.
Dalam Lymphoma, sebahagian sel dalam sistem limfatik dikenali sebagai limfositik, meningkat 
tanpa kawalan. Lymphoma yang berlainan di kategori mengikut jenis sel yang merebak dan 
bagaimana penyakit tersebut ditunjukkan.
15% barah dari kalangan kanak-kanak adalah Lymphoma. Ianya jarang terdapat di kalangan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Kanak-kanak lelaki lebih cenderung mendapat penyakit ini dari kanak-kanak perempuan.
Apakah jenis-jenis Lymphoma?
ategori, bergantung kepada bentuk sel barah (malignant). Ianyadikenali sebagai Hodgkin's Lymphoma atau penyakit Hodgkin (HL) dan non-Hodgkin Lymphoma 
Lymphoma dibahagikan kepada 2 k
(NHL). Gabungan kedua-dua barah ini menjadikannya penyakit barah ke 3 di kalangan
kanak-kanak.
gkin's Lymphoma, dinamakan sempena Thomas Hodgkin, seorang pelajar dan Pakar 
* Ho d
Perubatan yang pertama menerangkan penyakit tersebut pada tahun 1832. Jenis ini biasa 
terdapat pada kanak-kanak dewasa atau remaja. Ianya jarang berlaku pada kanak-kanak kurang 
dari 5 tahun.
Lymphoma jenis ini di definisikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik, yang dipanggil 
sel Reed-Sternberg, di dalam noda limfa atau organ yang terlibat.
* Non-Hodgkin's Lymphoma. Gelaran ini digunakan terhadap semua jenis Lymphoma. Insiden Non Hodgkin Lymphoma meningkat sepanjang hayat kanak-kanak meningkat remaja. Dalam 
non-Hodgkin's Lymphoma terdapat peningkatan jenis lifmfosit yang spesifik ( iaitu sejenis seldarah putih yang terdapat di kelenjar limfa). Peningkatan perebakan limfosit juga kelihatan seperti barah darah   Leukemia  ( ALL), kadangkala menyukarkan untuk mengenal pasti antara 
Lymphoma dan Leukemia di kalangan kanak-kanak. Pada amnya, pesakit yang mengidap Lymphoma 
tidak melibatkan sum-sum tulang atau melibatkan sedikit sahaja, walhal pesakit Leukemia
melibatkan sum-sum tulang secara menyeluruh.
Walaupun kedua jenis ini terjadi daripada sistem limfa tetapi ianya melibatkan bahagian badanyang berlainan, merebak secara yang berlainan juga bertindak terhadap rawatan secara 
berlainan.
Seterusnya Hodgkin's dan non-Hodgkin's Lymphoma dibahagikan kepada jenis-jenis yang berlainan berpandukan kepada jenis spesifik sel yang terlibat, tahap kematangan yang dicapai oleh sel dan bentuk di bawah mikroskop dan cara pembesarannya. Dari jenis berlainan kadangkala
membantu doktor menentukan cara rawatan yang paling berkesan. Apakah faktor risiko Lymphoma di kalangan kanak-kanak?
menyumbang kepada seseorang untuk mendapat Lymphoma. Kebanyakan kanak-kanak yang mendapat barah ini tidak diketahui faktor risikonya.
Punca sebenar Lymphoma di kalangan kanak- kanak tidak diketahui. Walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang boleh
Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat non-Hodgkin s Lymphoma jika mereka mempunyai salah satu seperti di bawah:
* Mempunyai kecacatan semula jadi di dalam sistem imuniti
* Mereka telah menjalani pemindahan organ dan bergantung kepada ubatan yang melemahkan sistem imuniti * Mereka dijangkiti oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV) * Mereka pernah terdedah pada radiasi seperti kejadian kemalangan Reaktor Nuklear * Mereka pernah mendapat penyakit barah yang lain di masa silam dan telah dirawat dengan radioterapi atau kemoterapi
Dalam kebanyakan kes tiada ibu bapa atau kanak- kanak yang dapat mengawal faktor yang 
menyebabkan Lymphoma terjadi. Kebanyakan Lymphoma terjadi daripada mutasi yang tidak diwarisidi dalam gen semasa pembentukan sel darah. Pemeriksaan secara berkala di kalangan kanak-kanakkadangkala boleh mengesan simptom awal Lymphoma di dalam kes yang jarang di mana barah ini dikaitkan kepada masalah imuniti yang diwarisi, jangkitan HIV, kesan daripada rawatan barah 
atau rawatan pengubatan immuno suppressive untuk pemindahan organ 
Sumber

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang