Selasa, 29 Jun 2010

Selasa, 29 Jun 2010

masih bercuti

Hari ini aku masih lagi bercuti, kesihatan Alya masih belum memuaskan tapi.. aktifnya tak der tolak bandingnya. Mata Alya layu dan kuyu je.. sian ummi lihat..

Oooooh, seingat aku, inilah  demam yg agak teruk dialaminya, sbnrnya aku risau jika ia demam denggi sbb mg lepas anak jiranku dimasukkan ke wad kerana denggi. Setakat ini xder lak tanda2 denggi kecuali demam yg agak tinggi. Moga dijauhkan..

Smlm bawa Alya ke hosp, cuma d rawat oleh MA baru, ntah le yakin ke tak aku sbb bila tengok dia cam termenung je semasa perskrip. ubat. (mgkn gak was2 kot bila tau keje aku,- nor le  yg pecah  'rhsia'!!  itupn aku pakai baju buruk je, selekeh gileeer!!, nak bg samarata ngn klien lain. ) Katanya Alya ada tonsil. ermmmm, se tau aku, tonsil selalu dihidapi oleh kanak2 berusia 5 tahun ke atas w/pun ia juga boleh dialami oleh kanak2 di bawah usia tersebut. Makan minum Alya cam biasa je, tak terjejas n tidopn ok, xderpn dengkur (rengekan manja tu biasa le kaaan, anak bongsu!).. tamb. lak bukan selalu pn dia demam, ini baru kali ke 2, sblm ni kejap je..

Jika esok masih x elok gak terpaksa le aku bawa dia k swasta, jumpe doktor, ke hosp??  ntah le.. mgkn di lain waktu kot!!

Isnin, 28 Jun 2010

Isnin, 28 Jun 2010

keutamaan; kerja @ anak

Pagi td slps menyelesaikan beberapa per. yg perlu disegerakn di pej. - yg ditinggalkn stlh bbrapa hari berkursus, aku mmbwa Alya ke hosp. mmndngkan dia dmam x mnentu. pg td temp; 37.5'c.  Mlm td aku cuma tido2 ayam, dia asik merengek je. Susu pn agk merundum drp kebiasaannya.

Fikiran aku mula bercelaru, nk kerja @ cuti? Jk aku kerja, brmkna aku mmentingkn diri sndiri, sdgkn Alya memerlukn aku disisinya. Jk aku bercuti byk keje2 pej. trbengkalai tamb. lak di ujung bln, byk urusan yg perlu dselesaikn segera..

Stlh hmpir 2 jam di hosp, aku terpksa korbnkn slh satu mslh di atas n pilihanku,  trpksa el - meskipn dpt time slip tamb. lak aku x bleh terus ke pej jika hati ini x ikhlas.

Selasa, 22 Jun 2010

Selasa, 22 Jun 2010

beberapa jam lg...

Adooi, cuma ada bbrapa jam lg aku akan brtolak untuk hadiri kursus tp hg kni tiada sbrg prsiapn d buat. Kain baju ntah dimana..

Alya seakan mngerti, setiap saat xmo berenggang dipangkuan ini, mula timbul kresahn d hati, 3 hari 2 mlm, kali ni j/masa agak lama brbanding sblmnya. erm, apa blh buat, tuntutan keje ya sayang ummi!.

Isnin, 21 Jun 2010

Isnin, 21 Jun 2010

Punch card ke tidak???? tension.....

carian google
Huuuuuh, hari ni mmg penat yg teramat sgt, byk keje yg perlu disiapkan sblm g kursus rabu nnt, tinggal sok sehari je lg, smpt ke tak????

Ptg ni sms hubby suh ambil lewat sikit iaitu dlm jam 6, malangnya 5.30ptg dia call bgtau udah ada kt depan pej.. hari pula redup semacam je, nak ujan (tgh ujan le ni..). Terkejar aku tutup suiz lampu n pintu, terlupa pula dah punch card ke tak?? itu yg bermain dikepala ini.. udah le awal bulan pn 'TERLUPAAAA'. huhuhu

Masuk je umah, anak mnta mknn, hubby sekali.. adooooi, tensin lg, x smpat salin pakaian, nak ilangkan penat lelah,  pelbagai tugasan baru menanti... Last sekali masak nasi + daging goreng berkicap n masak sayur pucuk paku..simple kaaan! cukup le untuk ptg ni. Slps je mkn, dorang mnta pula air teh, nak mkn bersama roti.. ish, x kenyang lg ke dorang ni.....????

Rabu, 16 Jun 2010

Rabu, 16 Jun 2010

kuar daerah lg

Hampir 24 jam, aku x dpt mmbuka komp. mmndgkn keyboard rosak dikerjakn dek buah hatiku ini. Ptg ni baru berkesempatan beli yg baru.

Pastinya esok aku merindui coretan  teman2 blogger, seawal pg nnt akan bertolak k k'tan bg menghadiri 'meeting' selama 2 hr. Insya Allah, kita akan berjumpa lg.. 

Isnin, 14 Jun 2010

Isnin, 14 Jun 2010

Sepintas lalu di Nyentil..

tk Yus n Ila, akk copy dr 'fb' kalian
kenangan semasa di Pos Nyentil sabtu n ahad lepas.
Jgn risau, akak x tempek gambar jejaka perasan kat sini ye..
privasi .. hehe

Ahad, 13 Jun 2010

Ahad, 13 Jun 2010

Berkhemah di Pos Nyentil

Alhamdulillah selamat pergi dan balik. Satu perjalanan yang penuh mencabar tetapi menyeronokkan.(pengalaman mandi yang tidak boleh dilupakan dek kami bertiga( aku, Nor @ Ela), biarlah menjadi rahsia.hihihi)

Setelah 2 jam bertolak dari Jeti Kuala Medang dengan menaiki bot merentasi jeram dan dibawah bahang matahari terik, akhirnya kami sampai ke perkampungan orang asli Pos Nyentil, Raub semalam. Bermalam di dalam khemah (kesilapan teknikal, air hujan masuk ke dalam khemah, sib baik disedari awal..)

Manakala hari ini kami bertolak balik dengan menaiki land rover (memandangkan tiada bot sehingga hari rabu nanti - bagi mengambil peserta)  merentasi jalan yang licin (malam tadi hujan yang agak lebat), curam dan berbukit. Sampai je ke rumah lewat petang, aku terus ambil  pcm (panadol) dan tertidur, Alya setia menemaniku (bukan ummi menjaga dia, huhu). Penat masih terasa sampai sekarang. Moga hari esok menjanjikan hari yang penuh keceriaan dan kesihatan yang baik bagi meneruskan rutin harianku.

Isnin, 7 Jun 2010

Isnin, 7 Jun 2010

Menu Alya ari ini



carian google
Rehat td, saya x dpt nyusukn Alya sbb dia tido kekenyangan setelah mkn bubur nasi sebanyak 2 kali iaitu pg & t/hari. Hari ini saya telah masak bubur nasi ayam + kentang, Seronoknya ummi dpt tahu Alya mkn berselera sekali. Berbaloi ummi bangun seawal pg untuk menyediakan bekalan untuk dia.

Ptg ni, saya cuma buatkan Puree Epal 2 biji dan telah dikongsi bersama abgnya Syazmi. Habiiiis! dan selepas makan, Alya terlena seketika. Mgkn mlm nnt dia akan bermain lg!!

Sabtu, 5 Jun 2010

Sabtu, 5 Jun 2010

celoteh di pagi sabtu

Korang sudah sarapan ke belum??,  Cuti sekolah ni mesti ramai bawa famili bercuti ataupun balik kampung. Kami..? Rasanya tak kemana-manapun, belum terfikir lagi nak bercuti, cukup le ngan cuti mingguan 2 hari ini.

Aku baru je dapat rehat, dari awal pagi lagi dok kat dapur, masak.. sementara menunggu hubby beli  keperluan dapur terutamanya lauk pauk, aku sediakan sarapan 'roti telur'. Lepas tu terima berjenis order daripada anak2ku.  Ada nak suh masak ayam goreng kicap, ayam masak madu, bihun soto bla.bla. bla..... weh, ingat ni restoren masakan panas ke?????

carian goggle (lobak putih - milk booster)

Last sekali aku masak simple je iaitu bihun soto (sbb sambal kicap telah tersedia..),  goreng ayam dan masak sup sayur campur (lebihkan lobak putih - salah satu sayuran yang boleh menambah susu ibu).. cukup le kan..!!! sudah  kenyangpun dorang makan (kiranya makan tengahari le ni..) ok le, jap lagi hubby nak pergi antar suzila balik kerumah ibubapanya kejap.. Nur Syamimipun ikut sekali, petang nanti dorang balik ke sini..

Khamis, 3 Jun 2010

Khamis, 3 Jun 2010

banjir kilat

Korang tau tak, smlm rumahku dilanda banjir kilat?? aik, takkan le ujan kejap, terus banjir... lain le kalu musim banjir..

Yg ni semuanya keje si Alya.. jam 12 t/mlm dia masih bermain2 dan  xmo tido lg sdgkn mataku udah ngantuk yg teramat sgt. bapanye pula dlm bilik air. Akibat mengantuk, aku terlelap le seketika n tersedar bila hubby gelak2 kt Alya. Upa2nya dia telah kuarkn paip getah yg trdpt akuarium ikan (dia buka penutup kecil)  n air mengalir kuar membasahi lantai di ruang tamu. Habis basah tilam n narita kakaknya yg sdg tido (kena jemur ari ni..). Seronok sgt dia melihat air yg kuar melalui paip akuarium.. Alahai, hanyirnya bau ikan!!

Hubby mnta aku tidokan dia sementara tu dia mulakan keje mengemop lantai. (bab ni aku puji thp kerajinan dia yg ringan tulang n sedia membantu) Mulanya aku ingatkan nak biarkan pintu bilik terbuka sbb aku udah x larat, ngantuk! sekurang2nya hubby boleh awasi dia bermain. Aku kena tido sbb esok seawal jam 5pg kena bngn ntk masak..

Hai Alya ni, dia cam berminat lak ngan pengemop ditngn bapanya, asik merangkak nak kuar drp. bilik je. x boleh jadi ni, aku tutup je pintu bilik n biarkn dia bermain sendirian. Jam kt dinding hampir ke angka 1pg,  takkan le aku kena berjaga spnjg mlm menemani dia. Dlm aku melayani dia bermain, akhirnya aku terlelap lg.. Ntah, jam berapa dia tidopun aku x pasti.

Pg td kami terpaksa bangunkan Alya ntk mandikan dia, sekali lg terbit perasaan kesian dlm diriku sbb dia mndi dlm keadaan tido, nak camner, ummi kena keje, jika hari cutikan sronok.. erm, lena sungguh dia hinggalah dbawa masuk kdlm kereta hampir jam 8pg td.. erm.....jam 9.30pg baru bangun n nyusu.. 

Mlm ni tak tau le jam berapa dia nak tido.. dok rebutkn keyboard n mouse kt depan ni..kalu x dpt pegang , dicampaknya apa yg ada kt depan mata. ish,  ikut perangai siapa Alya ni?? (psssst, ikut peel bapanya kot!!) ok le bg kt dia jap, aku x pasti le jangka hayat komputer ni tahan berapa lama..?


cc vb bbb vcvvc V.      ,HU9JIGHY88BMJsdsdhfuxd       hm f hgh  h hg hg huuyuymhi   v    vvvvvva/;maaaaammmmmmmmmc vvcccccccccccssgfsfffgbdgjmiiiidsgms;;;mvfoeiw[gjsl/dggggjew,cvfm s hcggggg ggggggggggggg ggggggcggggcccccczzx - (yg ni n3 alya - krg ni  sdg nangis sbb aku gunakn keyboard kejap..huhu.

k le, aku nak tidokan Alya jap.. moga berjaya.. kalu blh, akupn nak rehat awal sikit, gntikan yg smlm.. bye.
Nota:-  Jika ayat tonggang terbalik, kira ok le ye sbb menaip sama buah hati kesayangan ummi..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang