Rabu, 23 November 2011

Rabu, 23 November 2011

owhhhhhhhh dilema

Si kecil demam tapi ibunya pentingkan diri sendiri, kerja, kerja dan kerja, maafkan ummi ye sayang... owhhhhhhhhhh!!!!

Isnin, 21 November 2011

Isnin, 21 November 2011

aktiviti yang disukainya

ini le jadinya bila kekeringan idea nak menulis, layan ajer pic kesayangan kami menghiasi laman ini..


 sapa nak berlumba keta ngan Alya? jommmmmmm!!!







Ahad, 20 November 2011

Ahad, 20 November 2011

Hepi bday Syazmi

20.11.2011
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Muhammad Syazmi
Allah selamatkan kamu...

Hepi bday sayang2 buscuk ummi yang ke 12, besar daa anak ummi ye tapi manjanya ngalah adik2!!! 
yeayyyyyyy.. esok boleh wat ic

Khamis, 17 November 2011

Khamis, 17 November 2011

Keputusan UPSR dan Bantuan Khas Persekolahan

Nampaknya keputusan peperiksaan UPSR sudahpun keluar, Alhamdulillah Syazmi memperolehi 3A 2B, Tahniah Dik Mie (panggilan manja, hu3), sian dia,  hampir seminggu asyik dok termenung aje, risau ngan keputusan UPSR. 

Sejujurnya kami belum ketemu dia lagi, tadipun dia cuma telefon bagitau dan belum pasti subjek apa A & B, mungkin salah satunya "A" ialah subjek Sains memandangkan dia amat meminati matapelajaran ini berbanding Matematik (tak ikut jejak ummi nampaknya, huhuhu).

Hari ini dan esok  juga pemberian Bantuan Khas Persekolahan RM100 untuk anak2, yalah mereka sekolah lain2, nampaknya kami bakal perolehi RM300 untuk 3 orang anak manakala si Suzila  pula (anak angkat ) akan diterima oleh bapanya sendiri esok. 

Terima kasih diatas Bantuan Khas yang diberikan kepada semua pelajar sek. men dan rendah, sekurang2nya ia dapat membantu ibubapa membuat persiapan persekolahan anak2 nanti.

Agak2nya ada ke ibubapa yang tolak bantuan ini?  dah rezekikan, hu3!!!!

Kemaskini:
A:
  • Bahasa Melayu (Pemahaman)
  • Bahasa Melayu (Penulisan)
  • Sains
B:
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris

Rabu, 16 November 2011

Rabu, 16 November 2011

Melaka Part 3

Sambungan entri semalam

 
  Kompleks Muzium Maritim

 Menara Taming Sari 
(hubby n anak2 je naik, maklum le sedang riba Alya yang sedang tidur kepenatan..)

Semasa di Melaka, kami telah menginap di Euro Rich Hotel, Plaza Mahkota, Melaka (06-2883030  / 012-7006655) yang dimiliki oleh Usahawan Melayu. Harganya serendah RM 90, kami ambil bilik besar - RM110

Masih banyak tempat yang tak sempat dikunjungi, Insya Allah jika punyai kelapangan dan rezeki yang lebih, kami akan ke sana lagi..

Selasa, 15 November 2011

Selasa, 15 November 2011

Melaka Part 2

erm tak sempat nak berceloteh, biarlah gambar yang menceritakan segalanya, ok kan!!
  
 Melaka River Cruise

ermmmmm, seronok anak2 ummi lihat pemandangan sekeliling..

Ahad, 13 November 2011

Ahad, 13 November 2011

cer teka

Entri sampingan, saya ada 3  ketul 'keychain' yang telah dibeli semalam, rasa2nya nak bagi pada pembaca yang bertuah, yalah ia sebagai menghargai kalian yang begitu setia memberi sokongan sehingga blog ini masih lagi bertahan hingga kini biarpun entrinya agak "suam2 kuku".

Nak dapatkannya mudah sahaja, kalian cuma perlu meneka tempat percutian kami yang terbaru iaitu semalam, klunya 'tempat yang agak femes di pantai timur' - ia sesuai untuk seisi keluarga.

Syarat2nya:
  • seperti diatas (yg telah di'bold'kan)
  • Setiap orang dibenarkan meneka sekali sahaja, sembang2 kosong tak dikira ye..
  • Tekaannya perlulah tepat (maksudnya tak mau teka secara umum seperti Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang)
  • Tinggalkan jawapan kalian di entri ini.

3 peneka yang tepat, akan menerima seketul 'keychain' yang telah di beli di sana (hadiah murah je, hu3!!), jika ramai yang telah meneka dengan betul, seperti biasalah, undian akan dijalankan samada secara manual @ menggunakan khidmat random.

Tarikh tutup penyertaan: 30.11.2011 @ 11.59 malam

Jumaat, 11 November 2011

Jumaat, 11 November 2011

Melaka Part 1

Sekadar kenangan untuk rujukan di masa akan datang khas buat tatapan keluarga tersayang.

 

wajah kesayangan kami yang merajuk tanpa mengira tempat, nasib baik duduk je, kalu di umah siap baring ke lantai lagi

 

 


 

Alya bersama kakaknya

Khamis, 10 November 2011

Khamis, 10 November 2011

grrrrrr


edit daa gambar ni tapi masih gini lagi, asik terbalik je.. pas edit tu, dah savepun... naper ye, ada sapa2 boleh bantu menyelesaikan masalah ini?

pssstt, testing2..
Alhamdulillah, ok daa, rupa2nya dia xmo di 'edit' guna komputer baru,
erm,  nampaknya berguna lagi le PC  lamaku kt umah, x jadi wat pelupusan..  hu3

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang