Sabtu, 30 Disember 2017

Sabtu, 30 Disember 2017

Kesunyian bakal tiba

Masing2 dah siap packing barang, 2018 tiada lagi riuh rendah gurau senda anak2,  kadang2 bingit telinga dibuatnya. 

Tamat sudah tempoh sebulan, setiap pagi asyik fikir menu permintaan anak2 terutamanya si bujang junior, seorang ini punyai taste tinggi berbanding  dengan adik beradik yang lain..  



Gulai Masam Ikan Patin (masak tempoyak), yang ini menu wajib,  makanlah sampai jemu anak. 

Bukan setakat ikan patin,  ayam tempoyakpun jadi pilihan mereka. 

Pulut Durian

Pulut mangga

Kedua2nya pilihan si bujang junior, ada yang berulang masak menu yang sama,  yalah selagi tak jemu. 

Durian crepe 
(tak sempat buat,  order sahaja, cukuplah untuk melepaskan hajat anak)

Pulut kuning pilihan si cilik

Antara menu yang sempat disediakan, banyak tak ambil gambar memandangkan terkejar masa ke tempat kerja pula. 

Insya Allah 6 bulan lagi kami dapat berkumpul bersama ( dah survey2 tiket airasia,  waduhhhh mencanak naik, ia akan terus meningkat dari masa ke semasa,  maklumlah cuti semester nanti serentak dengan cuti sekolah dan hampir Hari Raya Aidilfitri, tunggu hitam putih baru boleh beli.) 


Khamis, 28 Disember 2017

Khamis, 28 Disember 2017

Bila sampai masanya....

Alya sering mengadu,  bila tiba gilirannya berada di meja belakang sekali,  dia tidak nampak  dengan jelas tulisan guru di papan putih, jadi terpaksa minta bantuan rakan sebelah.

Alahai tertangguh dari masa ke semasa hendak bawanya ke kedai cermin mata, alasan kesuntukan masa..   ðŸ˜„😄😄

Kebetulan tadi,  selesai urusan di sekolah dan SAR,  kami membawanya untuk ujian mata,  keputusannya "silau",  jadi disarankan supaya pakai cermin mata semasa belajar agar ia tidak mengganggu pembelajarannya.

Akhirnya..  

Sabtu, 23 Disember 2017

Sabtu, 23 Disember 2017

Bertambah lagi usiaku..

Buka jer data hp pagi ini,  bertalu mesej masuk ucapkan selamat hari lahir,  terima kasih semua...

Genap lagi setahun bererti umur bertambah ke 1 angka,  makin tua kekdahnya tapi jiwa maintain muda gitu.

Pemberian anak buah sebaik habis waktu kerja petang semalam,  terharu weyhhhh. Terima kasih Nor..  (mungkin silent reader di sini... 😄)

Salah satu antara puluhan ucapan yang diterima.

Terima kasih sahabat di atas ucapan ini. 

Bahagia apabila dikeliling ahli keluarga penyayang dan sahabat2 yang baik. 

Khamis, 21 Disember 2017

Khamis, 21 Disember 2017

Masa bersama keluarga Part 4

Jika ke Bukit Tinggi,  rugi kalau tidak menikmati keindahan senibina bangunannya, seakan berada di Perancis rasanya,  😄😄




p




Rabu, 20 Disember 2017

Rabu, 20 Disember 2017

Entri khas buat...

Alhamdulillah berjaya lepasi cabaran yang diberikan oleh Cikgu Etuza, fuhhhhh lega..  bak kata budak2, tugasan mudah bangat, ibarat makan "kacang" jer..  😄😄😄.

Urmmm dapat hadiah lagi,  malu... 😆😆😆asyik orang yang sama jer dapatnya, tiada orang lain ke? 🤔🤔🤔


Salah satu pemberian Cikgu Etuza sebelum ini, jauh dari Keningau Sabah. 

Apa2pun "terima kasih daun keladi..  " 😀😀😀

Masa bersama keluarga Part 3

Masih lagi di Bukit Tinggi,  Bentong, selepas singgah di Taman Arnab kami ke lokasi seterusnya.

Tiket masuk ke Bukit Tinggi
Dewasa: RM15

Kanak2: RM8

Terpaksa menaiki anak tangga yamg banyak,  semput weyhhh

Boleh menikmati keindahan alam semulajadi

Rehat sebentar bersama 'kit kat'😄

2 beradik..  
(sejak si abang merantau mencari ilmu di seberang lautan,  tidak terdengar lagi dorang bergaduh..  😀😀😀)

Permata hati kami

Sulung dan bongsu



Saat2 yang ditunggu oleh Alya, RM 20 untuk sewaan sepasang kimono. 

Kali ini tak boleh melaram keluar dari rumah Jepun sebab cuaca tidak mengizinkan.  Hujan renyai2 di luar sana. 







Berkimonolah kita..  

Bersambung..  



Selasa, 19 Disember 2017

Selasa, 19 Disember 2017

Masa bersama keluarga Part 2

Sabtu lepas kami ke Bukit Tinggi,  tempat pertama yang dituju ialah Taman Arnab


Tiket masuk RM5 tanpa mengira usia

Arnab di sini jinak  dan comel. 

Cantikkan..  



Seronoknya mereka dua beradik, maklumlah kat rumah tiada binatang peliharaan. 

Cara pegang arnab yang betul. 



~~~~~~~~~~~~~




Ahad, 17 Disember 2017

Ahad, 17 Disember 2017

Selamat hari lahir

Buat puteri kami, moga mendapat kejayaan didunia dan akhirat,  aamiin.. 


Belanja sekeping pic tuan rumah bersama puteri kesayangan 😊😊😊

Nota: Hari ke 4, sahut cabaran Cikgu Etuza 1 hari 1 entri,   selepas ini sudah boleh kembali ikut mood ke laut,  kihkihkih..  

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang