Jumaat, 15 Disember 2017

Jumaat, 15 Disember 2017

Sementara masih sihat

Alhamdulillah syukur kepadaNya,  sudah masuk tahun ke 7 sifar Cuti Sakit,  akhir sekali bercuti panjang semasa lahirkan Alya.

Jika demampun masih belum melarat,  cukup sekadar tablet paracetamol dan rehat secukupnya. 

Ambil cuti rehat bila perlu, lagipun jarang sangat cuti dapat rehatkan badan sepenuhnya, bawa family ke sana ke mari,   tetap ke pejabat juga separuh hari, itulah pengorbanan selagi badan masih kuat. 

Hari esok dan seterusnya belum tentu lagi, Dia yang Maha Berkuasa dan mengetahui,  bila2 masa sahaja akan ambil semua nikmat dunia,  Wallahu a'lam.  


Baki cuti dibawa ke tahun 2018: 38 +35=73hari.

Agak2 apa perlu dibuat dengan cuti yang berlebihan tu? Jika muda2 boleh tambah ahli keluarga, opsssssss..   😀😀

Nota: Cuti gantianpun masih berbaki, hampir ke hujung tahun daa..  


6 ulasan:

Etuza berkata...

Manfaatkan cuti apabila bercuti khas..
Hahaha masih muda Umi boleh tu..Banyaknya cuti terkumpul..Etuza tak kira berapa lagi kelayakn nak cuti ni..biasa kerani sekolah yang susun kemaskan fail..hal2 cuti yang diberikan oleh kerajaan,..

Warisan Petani berkata...

Ada banyak lagi cuti tu.
Bolehlah amek untuk rehat2kan badan ke, jalan2 ke, melancong ke, terutama masa akhir2 tahun ni.

Umialya berkata...

Cikgu Etuza
Umur makin meningkat, , tak larat dah.. 😄😄

Umialya berkata...

WP..
Hujung tahun banyak sangat kerja yang perlu disiapkan, lagilah tak boleh cuti lama2.

Nor Azimah Ali berkata...

Wow byknya lagi cotinya, kalo Saya, sehari cuti sehari keje la jawabnya, hehe..

Cuti panjang banyak benda tu boleh dimanfaatkan. Pi jalan2, masak2, berkebun, eh..mcm2 lagilah.

Umialya berkata...

NA, jika boleh nak cuti panjang2 tetapi keadaan tidak mengizinkan..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang