Ahad, 31 Januari 2016

Ahad, 31 Januari 2016

Alya & Taekwando

 
Minggu lepas daftarkan Alya untuk latihan 'Taekwando" atas permintaan dia, "Alya ingin jadi seperti kakak dan abang" setelah dia terjumpa beberapa keping gambar & medal milik abang & kakaknya yang pernah mengikuti perlawanan suatu ketika dahulu.

Untuk permulaan, dikenakan bayaran sebanyak RM135 meliputi kos uniform RM85.00, pendaftaran: RM20.00 dan yuran bulanan: RM30.00, latihan sebanyak 4 kali sebulan.

Alhamdulillah hari pertama, Alya dapat ikuti latihan dengan baik.

 
Tahun ini, tidak ramai ibubapa menghantar anak menjalani latihan taekwando berbanding semasa zaman abang dan kakaknya sebelum ini, amat meriah, kejohanan demi kejohanan ada, mungkin kos sara hidup sekarang ini agak tinggi kot, semua ini perlu diambil kira.

Abang sulung sudahpun memiliki tali pinggang merah hitam tetapi masa itu dia masih di bawah umur, jadi tidak boleh memegang senjata, setelah mencapai usia 18 tahun, dia pula sambung belajar, sekurang2nya mereka ada ilmu seni pertahankan diri.


 
Nota: Minggu kedua selepas latihan, Alya terus jalani latihan di rumah, kemain lagi dia 'melakukan tendangan tinggi2', si ibu dijadikan mangsa untuk pegang 'Kicking Target', penat anak oiiiiiiiiiiiii.

Selasa, 19 Januari 2016

Selasa, 19 Januari 2016

Aktiviti si kecilku..

 
Alhamdulillah Alya tekun menyiapkan kerja2 rumah yang diberi oleh gurunya tanpa sebarang paksaan, semua di atas kemahuan dia, kini tiada lagi masa untuknya bermain di luar sana.

 
"Senyum sikit dik..."

 
Feveret Alya

Ganjaran di atas kerajinan dia, stok perlu sentiasa ada, akan digril dari masa ke semasa atas permintaan.

 
Doakan kejayaan Alya, aamiin...

Isnin, 18 Januari 2016

Isnin, 18 Januari 2016

Fasa Baru Si Manja Kami

Pejam celik, pejam celik, 7 tahun sudah usia Alya. 

Rasanya baru semalam lahirkan dia.

 
Hari pertama pendaftaran, duduki ujian penilaian untuk menentukan kelas.

Alhamdulillah setakat hari ini, Alya rajin ke sekolah dan jika punyai kerja rumah, dia akan terus siapkan sebaik sampai di rumah. 

Jika tahun2 sebelum ini, saya tidak beri penekanan terhadap pembelajaran dia, maklumlah masih belajar di tadika, Insya Allah tahun ini cuba beri masa & tumpuan sepenuhnya kepada dia. "Azam baru seorang ibu bekerjaya, chaiyokkkkkkkkkkkkkkkkk.."

 
Bekalan hari ini
Spaghetti Carbonara + buah mangga 

Saya pastikan Alya bersarapan pagi sebelum ke sekolah dan membawa bekal bersama, hari ini katanya dia teringin makan kentang goreng yang di jual di kantin sekolah, maka kali pertama juga dia belajar membeli makanan di kantin.

 
Minggu lepas kasutnya tertukar dengan rakan sekelas, asal saiz 12 tapi yang dapat saiz 11 cuma, tidak habis2 dia mengeluh mengenai kehilangan kasut asal dia. "Kasut Alya bersaiz 12, bukan 11, Alya dah bagitau Cikgu, Cikgu suruh pakai jer kasut yang ada...", berulang kali dia ulang ayat yang sama hinggalah ke hari ini.

Bukan salah anak, bukan salah sesiapa tapi salah diri sendiri, mulalah terasa diri ini bak Pak Pandir 'yang tanda dengan pen marker hitam jer di sisi apakah hal? sudahlah kasutpun berwarna hitam, nasib baik ada sepasang lagi kasut baru,'

"Gilir2lah anak, kasut bersaiz 11 itu,  boleh pakai semasa aktiviti PJ, kalau comotpun tak sayang, agak2 tak muat nanti, kita ganti kasut baru"

Nota:  Alya berminat untuk belajar taekwando (Ingin ikut jejak langkah kakak & abang2nya) tapi jadual padat, kelas fardu ain habis jam 5.30petang, kelas taekwando pula bermula jam 5.30-7.00petang..pening nak mikir..

Khamis, 14 Januari 2016

Khamis, 14 Januari 2016

Selamat Ulangtahun ke 11

 Moga Ikatan kalian kekal selamanya, aamiin.. 

 
(Maaf akak ambil pic tanpa keizinan..)

 

Nota: Ena merupakan salah seorang rakan blogger terawal yang saya kenali di alamaya ini, beliau merupakan Admin TeRaTak MiLikKu.

Isnin, 11 Januari 2016

Isnin, 11 Januari 2016

Buat sahabat maya..

Cikgu Etuza, moga dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki, aamiin...

 
"Siou Rio" sebab ambil pic tanpa keizinan.. 

Entri: Auto Publish..

Sabtu, 2 Januari 2016

Sabtu, 2 Januari 2016

"Hantu Laksa"

Feveret admin.

Abaikan potongan telur rebus tak cantik sebab guna pisau di pantri, tumpul yang amat.

Dapat makan laksa setiap haripun tak apa, tak pernah jemu, apa jua jenis laksa saya hentam jer, janji ia adalah sejenis LAKSA, sekarang ini teringin sangat nak cuba laksa sarawak tapi tidak reti masak, lagipun pesnya tidak dijual di sini.

Agak2nya siapa yang sudi masakan untuk saya?

 
Menu hari ni.

Kan dah kata, admin "Hantu Laksa", dalam seminggu 2-3 kali masak laksa tapi gilir2lah, laksa lemak/asam laksa dsb.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang