Memaparkan catatan dengan label rakan Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rakan Blogger. Papar semua catatan

Isnin, 19 Oktober 2020

Isnin, 19 Oktober 2020

Ingatan dari rakan blogger

Terharunya awak,  walaupun kita cuma blogger suam2 kuku tapi tetap diingatan.. 

Beg dari Mekah untuk Alya dan... 

Sambal Rozelle

Serius sedap, sudah habispun, rasanya setanding Sambal Pahang,  awak dah boleh ambil tempahan Sambal Rozelle,  pasti banyak permintaan..

Ingatan ikhlas dari NA, terima kasih sahabat,  walaupun kami hanya kenal di alamaya,  tetap erat gitu,  moga persahabatan kita berpanjangan, aamiin..  

Khamis, 16 November 2017

Khamis, 16 November 2017

Blogger Malaysia Terkenal, betulkah?


Etuza

Kalian jangan jeles tau,  tiba2 kita dapat gelaran Blogger Malaysia Terkenal, malu3 weyhhhhh,  maklumlah kita cuma seorang blogger suam2 kuku, bak kata pepatah -  hidup segan,  mati tidak mahu..  hu3

Siapa bagi gelaran itu?  tak lain tak bukan tentunya Cikgu Etuza dari laman Pesona, sesiapa yang belum kenal lagi Cikgu Etuza,  jemput kelamannya, tak rugi tau berkawan dengannya.

Beliau seorang yang peramah dan pemurah,  sepanjang menjadi kenalan maya Cikgu Etuza,  macam2 buah tangan saya dapat yang diterbangkan khas dari Keningau, Sabah.

"Ya Allah murahkanlah rezeki rakan2 mayaku dan keluarga,  aamiin..  "

Khamis, 21 September 2017

Khamis, 21 September 2017

Tiba-tiba tersedak...

Amboiiiii geng, tak menyempat kita buat entri, awak dah seru kat sana dengan SARAPAN OKSIGEN, nasib baik juga,  jika tak habis bulan ni,  belum tentu ada entri baru.

Inilah rupanya karipap oksigen,  sarapan kami 2 beranak pagi ni,  korang pernah makan tak?

Sebenarnya sudah lama saya minta suami belikan jika terjumpa dengan karipap oksigen,  maklumlah sebagai blogger suam2 kuku, adalah ideanya,  lagipun sebulan sekali baru ada entri baru,  ok apa? 😄😄😄

Alang2 dah up status,  saya nak ucapkan terima kasih atas doa kalian,  alhamdulillah dah pulih sepenuhnya dari demam,  ginilah gayanya bila umur makin meningkat, sistem pertahanan badan semakin rendah, kembali berjinak2 dengan multivitamin, ingat nak ambil EPO,  ok tak? Gayanya kena dapatkan khidmat nasihat Dr. Ain.

Nantilah jika ada masa,  saya melawat kalian pula, sekarang ini kesibukan melanda, waktu berlalu begitu cepat.

2 minggu lepas berkursus ke Genting Highlands, petangnya sempatlah meronda2 di sana,  jemu weyhhhhh,  bukan jiwa "orang tua" dengan suasana hiruk piruk, banyak tempat ditutup sebab di dalam pengubahsuaian, nak ambil angin luar, hujan pula waktu tu.  outdoorpun tak pasti bila siapnya?

Minggu lepas pula kami join Program JKM, lama tak kerja luar sejak dua menjak ni, sesekali seronok juga.  ðŸ¤”🤔🤔

Nasib baik minggu ni nama digugurkan dari menyelaras program kat Pekan, maklumlah cuti panjang,  anak2 ada kat rumah. 

Khamis, 14 Januari 2016

Khamis, 14 Januari 2016

Selamat Ulangtahun ke 11

 Moga Ikatan kalian kekal selamanya, aamiin.. 

 
(Maaf akak ambil pic tanpa keizinan..)

 

Nota: Ena merupakan salah seorang rakan blogger terawal yang saya kenali di alamaya ini, beliau merupakan Admin TeRaTak MiLikKu.

Isnin, 11 Januari 2016

Isnin, 11 Januari 2016

Buat sahabat maya..

Cikgu Etuza, moga dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki, aamiin...

 
"Siou Rio" sebab ambil pic tanpa keizinan.. 

Entri: Auto Publish..

Selasa, 15 Disember 2015

Selasa, 15 Disember 2015

Kiriman rakan blogger..

 

Terima kasih buat Nor Azimah di atas kiriman Sambal Ikan Terengganu Homemade, walaupun berkali2 NA minta alamat tapi saya berdiam diri, bukan sombong tapi segan untuk menerimanya, bak kata orang2 dulu "malu tapi mahu..", Lagipun niat saya tinggalkan komen di laman rakan2 adalah untuk menjalin ukhwah sesama blogger, tiada niat tersembunyi.

Naluri saya tetap mengatakan Rakan Kilauan Emas kesayanganku - Hainom OKje yang berikan alamat kepada NA. "Betul tak Geng??, jika benar telahanku, terima kasih kerana mewakili rakanmu ini.."

Sedap tau sambal ikan yang dibuat oleh NA, memang sudah lama saya tidak makan sambal ikan, rupa2nya ada juga rezeki untuk saya walaupun pada awalnya kemain lagi 'JUAL MAHAL', hi3.

Pssstttt: Tengah berkira2 ni nak balas apa, mungkin sambal berbalas sambal kot, tungguuuuu....

Selasa, 8 Disember 2015

Selasa, 8 Disember 2015

Seadanya..

Takkala Geng Kilauan Emas kita memenuhi selera Tuan Anas Jilapah, kitapun nak join sama, yalah.. wanita bekerjaya bukan semestinya tidak perlu memasak, kitapun nak pahala jugalah geng,  bila direnung2 owhhhh "rupa2nya awaklah sumber inspirasiku.. walaupun kadang2 ia RENTUNG, opsssssssss."
Mee goreng ala2 mamak homemade

Menu petang ini, ia permintaan 'SUAMI TERCHINTA', tiba2 dapat panggilan semasa di pejabat tadi, dia minta goreng mee lagi.

Al kisahnya malam tadi, semasa sedang menggoreng mee, tiba2 ramai pula rakan2 anak masuk ke dalam rumah untuk menonton siaran Astro first, cerita apa? entah, sayapun tidak pasti, terus kami berikan kepada anak2 & mereka sedikit seorang, itulah seadanya, kata orang cukuplah sekadar merasa.

Lagipun kami tidak tahu pula mereka bertandang secara tiba2, rasa tidak sampai hati nak makan takkala ada tetamu.

Oh ya kiriman Cikgu Etuza sudahpun diterima siang tadi, macam2 Cikgu ini, segan sangat, asyik menerima kiriman dari Keningau jer.. Apa2pun terima kasih diucapkan.

Rabu, 18 November 2015

Rabu, 18 November 2015

kiriman dari seberang lautan

Terima kasih buat Cikgu Etuza dari Keningau, Sabah atas kiriman sekotak 'spirulina cracker', ia telahpun berada di tangan beberapa hari yang lepas. Moga Cikgu & 'Mama' sentiasa dimurahkan rezeki.

Terima kasih juga kepada rakan2 blogger yang pernah mengirimkan sesuatu sebagai tanda persahabatan kita seperti Okje, Eita, Cikgu MS, JM, Ulatabah dan ramai lagi yang saya tidak sempat nak senaraikan, apa2pun kalian tetap dihati.

Ada di antara mereka masih kekal bersahabat samada di alamaya sebagai Blogger/ di Laman FB/ WhatsApp & tak kurang juga semakin menyepikan diri..

Sejujurnya setiap komen yang saya tinggalkan di laman rakan2 tidak mengharapkan sebarang balasan, cukup kita sebagai sahabat di alamaya ini, itu sudah memadai & menggembirakan hati.

Ahad, 2 Ogos 2015

Ahad, 2 Ogos 2015

Masih mood raya

As salam semua, maaf agak lama tidak berkesempatan untuk menulis sesuatu di laman ini, rindu kalian..






Antara koleksi baju2 raya Alya

Kami balik kampungpun cuma 3 hari  2 malam sebab anak2 ingin beraya di rumah sendiri, maka terkejar2 beraya di rumah adik beradik kedua2 belah pihak, lagipun kami suami isteri  sudah ketiadaan ibu ayah.

Alya bertanya "Kan nenek atuk dah xder, kenapa kita perlu balik kampung?", sepatah jawapan si ibu "Ummikan ada kakak dan abang, gitu juga abah, dia ada adik, maka kita perlu merayakan bersama mereka", kasih sayang kami tak pernah luntur dan ikatan kekeluargaan pasti dijaga utuh, insya allah..

"Kakak" + Sepupunya


 
Jamuan Raya Jabatan tempohari 
(Gambar ihsan dari rakan setugas)


Habis program semalam, kami beraya lagi..



~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Update 4/7/15.. "

Terima kasih buat Cikgu Mat Som kerana mengirimkan buah tangan berupa sebiji 'Jug Thermos' buat seorang rakan blogger bagi pihak saya.

"Status siang tadi"

Siapakah dia? biarlah tuan punya yang bercerita.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 
 Rezeki saya juga, terima kasih buat Cikgu Mat Som di atas kiriman Jug Thermos yang menarik hati, sesiapa yang berminat, boleh dapatkannya di sini, murah2 jer..

Nota: Entri rojak..

Khamis, 23 Julai 2015

Khamis, 23 Julai 2015

Kad raya 'single'

Terima kasih JM di atas kiriman kad & duit raya buat si manja kami Alya, itulah sekeping kad raya yang di terima 2015



Ahad, 21 Jun 2015

Ahad, 21 Jun 2015

Terima kasih Geng..

Model kecilku mengayakan Instant Shawl pemberian rakan blogger Hainom Okje.

Terima kasih banyak2 geng, terharu sangat.

Pssttt: Yeayyy tudung raya dah ada, cari baju jerlah, hi3


Sabtu, 13 Disember 2014

Sabtu, 13 Disember 2014

Kiriman Rakan Blogger

Cantik tak?? 
Kenangan dari Korea.

Rabu, 3 Disember 2014

Rabu, 3 Disember 2014

Naib Johan Pencarian Anugerah Tropi Blogger Malaysia By Etuza

Tropi & Sijil Penyertaan yang ditunggu2 sudahpun dapat, terima kasih buat Cikgu Etuza sekeluarga, jauhnya ia diterbangkan khas dari Sabah.

Isnin, 17 November 2014

Isnin, 17 November 2014

Pencarian Anugerah Tropi Untuk Blogger 2014 by Etuza

  

Demi seorang sahabat alamaya, saya gigih menyiapkan entri ini, kalau ikutkan kata hati, sudah lama saya 'pencen' dari menyertai sebarang Segmen, GA dan yang sewaktu dengannya, bukan kecewa tapi nasib selalu menyebelahi diri sendiri, asyik dapat hadiah jer, jadi nak bagilah peluang kepada sahabat2 yang lain pula.

Buat semua, apa kata ramai2 join segmen di atas, hadiahnya amat menarik sekali, bukan RM, bukan 'kain pelekat lalalala' dan sebagainya tapi SEBUAH TROFI yang ditempah khas buat mereka yang bertuah.

'Meh kawan2, ambil sikit masa, apa kata tempek jer gambar di atas, buat entri ringkas & linkkan ke blog ETUZA (PESONA DAN MUSTIKA)'

Saya tag rakan2 blogger yang manis menawan:
Tarikh tutup penyertaan: 17/11/2018 (Hari: Isnin)

Selasa, 4 November 2014

Selasa, 4 November 2014

Hadiah - Anugerah Pengomen Segar Mesra Laman Pesona dan Mustika

 
dilekatkan bersama FM pemberian Blogger Sekadar Coretan Eita tempohari.

  
Bukan sejenis tapi 5 jenis barang yang diterima antaranya Bear Purple khas buat Alya, Jam Loceng Doraemon, White Coffee (dah bancuh sepeket - lazat..), Spirulina Cereal (anak bujang dah bancuh, katanya sedap) & 5 in 1 Premix Instant Coffee with Ginseng and Ginkgo Biloba Extract, kesemuanya produk keluaran Elken.

Semasa menerima kiriman tersebut, mata terus tertumpu pada bil 'Kiriman Pos Laju', mahal betul kosnya, maklumlah jauh di seberang lautan, hati terus terasa hiba, itu baru kos luaran belum termasuk isi kandungannya.
Buat Cikgu Etuza dan Isteri, saya ucapkan berbanyak2 terima kasih, moga persahabatan kita di alamaya terus berkekalan, aamiin..

 
Jam Loceng disemadikan bersama Mug Anugerah Pekerja Contoh 2013 / Mug kiriman Pusat Kanser WCDBC Kuala Lumpur siang tadi (bersama bear coklat ) dan ia diletakkan diatas kabinet bilik pejabat.

Bukan xmo bawa balik ke rumah tapi kurang berkeyakinan dengan Dak Tecik Alya, tak pasal hayatnya sekejap cuma.

 
Tentunya Bear Purple adalah milik Alya, hari ini dia dapat 2 bear serentak, pasti kegembiraannya berganda,  "Terima Kasih daun keladi dari Alya dan gambar ini diabadikan khas buat Uncle Etuza.."

Khamis, 30 Oktober 2014

Khamis, 30 Oktober 2014

Bak kata pepatah...

Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari, itulah untungnya jadi 'Minah Kepoh' di laman rakan alamaya.

Sebenarnya tiada niatpun untuk mendapat sebarang pulangan, jika dapat tu, kiranya bonus berblog, alaaaaaaaaa lebih kurang kita makan gaji juga, bila PM umumkan bonus 1/2 bulan gajipun 'melompat bintang - gembiralah tu..' (bukan senang nak dapat duitkan..), kalau sebulan gaji, entahlah, terlompat2 kot..

 

Terima kasih buat Cikgu Etuza dan Isteri, syukur di atas rezeki ini, buat rakan2 yang belum mengenali beliau, jengok2lah ke SINI, percayalah Cikgu Etuza tak sombong punya.

Khamis, 23 Oktober 2014

Khamis, 23 Oktober 2014

Bersantai di Cameron Highlands part 1

Mukadimah..

Buat rakan2, mohon maaf sebab tidak dapat 'bw' sepanjang hari, sesekali berjimba2 bersama keluarga, destinasi terkini ke Cameron Highlands.

Line di sini memang ciput, kadang2 ada, kadang2 langsung tiada, ala2 chips more gitu..

~~~~~~~~~~~~~~

Word Verification yang terdapat di laman Pesona & Mustika

Saya cuba letakkan Word Verification di laman sendiri buat sementara waktu dan akan dibuang bila2 masa, sekadar sebagai 'bahan kajian' admin.

Khamis, 9 Oktober 2014

Khamis, 9 Oktober 2014

Rezeki

Alhamdulillah pemberian rakan blogger, terharu sangat, tiada angin tiada ribut, tiba2 kita dapat hadiah, jangan jeles GENG... hi3

"Terima kasih Cik Nor di atas kiriman ini, akak amat hargainya, sayang kamu ketat2, muahhhhhhh..."

Sabtu, 6 September 2014

Sabtu, 6 September 2014

Entri Khas

Buat Cikgu Etuza

Saya berjaya masuk tapi MALANGnya..

Ia cuma punyai 2 laman sahaja tanpa blog PESONA, Kemanakah ia menghilang..??

Nak kata terdelete, tak mungkin sebab laman ini masih boleh dilayari di alam maya untuk bacaan umum.




Menjadi tanda tanya, kenapa ia punyai 2 laman sahaja?

Mungkinkah Cikgu sudah keluarkan diri sebagai Pengarang dari blog PESONA?? Seakan2 Laman PESONA tidak bertuan kini... 

Banyak 'setting' yang hilang..

Saya sedang mendapatkan maklumbalas dari pihak Google, mungkin pihak mereka akan memberi maklumbalas melalui talian personal Cikgu @ email 'ezakehidupan@gmail.com', harap ia memberi sinar kepada laman PESONA nanti.

** Masih tercari2 jawapan, jangan mudah berputus asa..

Nota: Mohon bantuan rakan2 diluar sana yang bijak pandai supaya Laman PESONA dapat dikembalikan kepada tuannya, saya percaya setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang