Sabtu, 30 November 2013

Sabtu, 30 November 2013

Macam comel jer..

Idea Alya, kononnya khemah, urmm lepas satu2 permainanan dicubanya..


~~~~~~~~~~
CPUV ke 59/2013
KL Sogo, tq Nuff


Khamis, 28 November 2013

Khamis, 28 November 2013

blurrrrrr..

Entah di masa silapnya hari ini, awal2 pagi lagi sudah berdepan dengan seorang klien yang gaya ala2 blur gitu.. puas sudah diterangkan itu & ini, si dia asyik bertanyakan "ada effect tak?", tanpa jemu berikan jawapan & penjelasan panjang lebar terhadap persoalannya, lagi dan lagi TETAPI si dia tetap bertanya soalan yang sama.

Akhirnya saya bertanya kembali kepada si dia  " Sebenarnya effect apa yang Pn maksudkan??, nanti saya boleh jelaskan secara terperinci.." sambil tersenyum kelat, si dia terdiam seketika sebab seakan tidak pasti apa sebenarnya soalan yang ingin di tanya.

Sabar & terus bersabar melayan karenah klien walaupun mengambil masa yang sememangnya lama, air liurpn dah agak kering gitu, akhirnya situasi berakhir dengan kejayaan.

Situasi kedua, kali ini pula melalui talian rasmi oleh seorang lelaki, entah apa maunya, lepas satu2 soalan ditanya & dijawab dengan penuh kesabaran, dari pertanyaan biasa hinggalah kepada pertanyaan ala2 SX-18 gitu (tiba2 jadi KAUNSELOR gitu).

Nak putuskan talian sebegitu sahaja, risau gak, mana le tau kot2 Pihak HQ menyamar sebagai klien (kita kerja ngan org ramai, kena fikir yang positif jer..), kalau koranglah apa akan dibuat jika si pemanggil bertanyakan soalan 'Nak tau azal tu macam mana ye sebab sampai sekarang saya tidak pernah rasa..' ( katanya sudah 2 bulan kahwin tapi tak rasa apa2, gileeeerrrrrrrrr punya soalan, logik tak, logik tak?).

Jadi saya perlu mencari akal supaya dapat menghentikan panggilan sebegini secepat mungkin tanpa menguriskan perasaan si pemanggil, bukannya boleh campak jer gagang telefon sesuka hati, silap percaturan terus adu peringkat hq, maklum le sekarang ini semuanya dihujung jari. urmmm rasa2nya pemanggil yang sama setahun lepas, suka bebenor wat kecoh di dalam talian.

Nota: Setahu saya, salah satu sebab mereka yang tak pernah merasa kepuasan jika punyai masalah dalaman (kena dapat rawatan Pakar)  & penyalahgunaan dadah yang tegar spt pil kuda sbb mereka hidup di dalam dunia tersendiri, lain2 spt masalah 'psikiatri' - iaitu mendapat kepuasan secara tidak normal dsb. 

Kesimpulannya klien tadi kemungkinan berada di bawah pengaruh dadah @  punyai masalah psikiatri sebab soalan yang ditanya terlampau merapu dimana dia punyai kepuasan melalui percakapan dsb.

Isnin, 25 November 2013

Isnin, 25 November 2013

Panggilan Misteri

Sering menerima panggilan dari beberapa nombor seperti 037882****, 032601****, 032848***, 032036****, 032077****& banyak lagi no2 yang tak dikenali termasuk 'private no'. Rasanya sudah berbelas no. tersimpan, kesemuanya saya masukkan ke dalam list 'block**' dengan erti kata lain 'tak akan layan semudahnya', lagipun nada deringan telefon saya sentiasa di dalam 'silent mode' (hampir2 24jam) jadi ia tidaklah mengganggu walaupun dalam jangkamasa 15 minit, terdapat 10 'miss call' dari nombor yang berlainan.

Ampun maaf daripada mereka yang membuat panggilan, bukannya menyombongkan diri tapi sering menerima panggilan sebegini pada waktu2 cuti mingguan & lewat petang aka masuknya waktu maghrib, kadang2 lewat malampun ada.

Ini tadipun baru menerima panggilan masuk bertalu2 tapi modusnya menggunakan no. yang berlainan. Nak kata ada hutang tak berbayar, rasa2nya xder pula, cuma perlu bayar proton exora jer itupun sebelum 4hb setiap bulan, bil2 utilitipun tak pernah tercicir. Loan rumah pula dah tersedia dipotong dari gaji bulanan.

Sebenarnya amat keliru, apakah tujuannya dorang? jika hal rasmi apa salahnya membuat panggilan sepanjang hari bekerja iaitu di antara jam 8.00 pagi - 5.00 petang.

Mazidulakmal - penipuan telemarketing

Sabtu, 23 November 2013

Sabtu, 23 November 2013

fobia

Dari dulu hingga kini amat fobia nak 'makan kenduri', bukannya apa, perut AMAT sensitif pada makanan 'tercemar' yang tidak disengajakan.

"adoiiiiii penat daa dok ulang alik masuk ke dalam 'bilik kecil' dek 'ceri-beri', itupun nasib bek pergi setempat jer, yang lain2 tu wakilkan hubby cuma"

Khamis, 21 November 2013

Khamis, 21 November 2013

dilema

Situasi 1

Masih keliru, ada seorang insan yang baru dikenali 2 hari lepas (itupun disebabkan dia mengambil upah menukar 'kotak elektrik' dan suiz wayar bumi di rumah yang secara tiba2 meragam), setelah aduan dibuat pada TNB, maka disarankan supaya mencari kontraktor untuk baiki itu & ini, kiranya melayang jugalah 'rimau' kami  sebanyak RM200++ pada hari itu juga.

Al kisahnya, sebelum waktu maghrib tadi si dia ada call 'hubby' nak minta pinjamkan RM300, katanya tak berduit tapi bila hubby tengok si dia bawa kereta baru & agak mewah, mulalah mencari seribu alasan 'sypun tak cukup duit krg ini..'

Memang agak pelik, kami baru jer kenal tapi si dia berani nak pinjam duit, agak2 kalian camner ya?

Nota:  Pengalaman lalu diambil sebagai pengajaran, dari kawan terus jadi musuh dek RM yang tak seberapa, lagipun kami jenis 'pemalu' nak minta hutang, jadi secara 'automatiknya' si pemiutang segan nak bertegur sapa jika terserempak.




~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasi 2

Si sulung 'pm' meluahkan kekecewaan sebab tak dapat jawab soalan SPM "AddMath" dgn baik tadi..

"alorrrrrrr rilek jer bang, xmo stress2 k, perkara dah lepas tak perlu diratap lagi, nangis air mata berdarahpun, ia takkan berulang lagi, aok dah berusaha sedaya mungkin untuk masa depan kamu, maka redha jerlah...".

Jadi bagi mengubat keresahan si teruna kami, setelah balik kerja siang tadi singgah di KFC beli ayam goreng di dalam jumlah yang agak banyak & bawa ke asrama, bolehlah dia makan bersama kawan2.



~~~~~~~~~~~~~~~


CPUV ke 58/2013
INTI Rebranding Campaign
(ada 2 lagi iklan sama pada laman ini, pelik2..), apa2pun tqvm Nuffnang.



Psstttt:  Entri Rojak, semua bersatu di dalam satu entri, apa2lah kamu tini oiiiiiii..

Rabu, 20 November 2013

Rabu, 20 November 2013

Aduhai sayang..

Mewarna sambil menyanyi

Ibu          :  Sedapnya sayang nyanyi..

Anak   : Terima kasih, sama-sama.. (aihhhhhh belum sempat si ibu nak sambut ucapan kasihnya, terus dijawab dek Alya..)

~~~~~~~~~~~~~~
Situasi 2

Takkala si ibu baru lelapkan mata, tiba2"-

Anak   : "Alya nak mandi.."

Bapa    : "Tengahmalam dah ni dik, mandi esok jerlah.." (kononnya nak mengelat le tuu..)

Anak   : "Alya nak mandi juga, busuk daa ni.. '" (terus menyorok bawah katil, kononnya rajuk..)

Ibu       : "Naper ni sayang, mai le sini.."

Anak    : "Alya nak mandi, busuk dah ni, bau macam 'tahi ayam' "

Ibu       : "Adik nak mandi ye, jom.. "

Anak    : "Nak, badan busuk sangat, cuba ummi bau, bau 'tahi kucing..' " (Cepat2 keluar dari bawah katil & menuju ke bilik air..)


Isnin, 18 November 2013

Isnin, 18 November 2013

tak keruan..

Cepat2lah IA berlalu, aamiin....


Ahad, 17 November 2013

Ahad, 17 November 2013

Kan dah kena...

Anak    :   "Apalah Ummi, Alya jumpa gula2 di dalam beg ni, Alya buang ya?"

Si Ibu :   "Ha'aaa buang jerlah dik.. " (tiba2 malu pada diri sendiri, sib baik dia tak tanya, naper ummi beli gula2?, kalu tidak, jenuh nak menjawabnya, hu3..)

Anak   :  (Berlari2 anak menuju ke tong sampah & buang gula2 tersebut.) "Alya buang daa gula2 tu.."

Moral : Ibubapa kena tunjuk contoh yang baik buat anak2

Si ibu melarang anak makan gula2 tapi diri sendiri tak terkawal,"tak belipun gula2 tu, ummi dapat semasa kursus tempohari, sesaja wat stok, mana tau tiba2 'hipo' ke semasa di dalam perjalanan balik" - alasan semata2.)

Sabtu, 16 November 2013

Sabtu, 16 November 2013

Aktiviti hari ini

Alya pada Majlis Penyampaian Sijil & Hadiah Tabika Islam hari ini. (haihhhhh tersenget lak tudung tu)

Pembukaan - Ucapan Puan Guru Besar

Acara Nasyid oleh semua pelajar Tabika Islam 4 - 6 tahun
(Rasa2nya Alya dok kat mana ya?)

Zoom sikit..

Kali pertama naik pentas untuk terima hadiah..

Posing jap..

Hadiahnya..

Khamis, 14 November 2013

Khamis, 14 November 2013

Mahu tapi malu..

'Cuci mata' dari kejauhan, KALAUlah ada anak-anakkan seronok..


~~~~~~~~~~~~~~~~~
CPUV KE 56 & 57/2013
SONY & Ford


CPUV 55/2013

Rabu, 13 November 2013

Rabu, 13 November 2013

Persinggahan

Panorama KL dari bilik penginapan..

Siang

Senja

Malam



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Siang

Senja

Malam

Nota: "Tiba2 rindu dak tecik.."

Selasa, 12 November 2013

Selasa, 12 November 2013

Kenangan mengamit memori

Ketika memantau sebuah program luar sabtu lepas, seronok sangat tengok kerjasama yang erat & semangat gotong royong yang telah ditunjukkan oleh penduduk kampung, serasa berada dikampung halaman sendiri, tiba2 rindu suasana dulu..

Ikan Patin
Pastinya menu utama adalah masak tempoyak aka gulai masam, nyum2

Kaum Adam & Hawa saling bekerjasama

Gabungan semua peringkat umur dalam acara sukaneka, cayalah..

Ahad, 10 November 2013

Ahad, 10 November 2013

hari2 'bday'

Urmmmmm ginilah anak manja kami..


Jumaat, 8 November 2013

Jumaat, 8 November 2013

Buntu Sudah..

Keliru dengan status kuih muih raya yang baru dihulurkan oleh jiran beragama Hindu, banyak jenis pula tu, camner erk? pandangan kalian..

Nota: Lemah sikit bab hukum hakam, hu3..





~~~~~~~~~~~~~~~~
CPUV ke 55/2013
Darlie Expert White, tq Nuff..


Rabu, 6 November 2013

Rabu, 6 November 2013

Bila stress melanda lagi

Terapi paling baik adalah 'cuci2 mata' setelah seharian terkurung di dalam bilik menyiapkan tugasan rasmi

Sebagaimana kebiasaannya, Dak Alya pasti terkena tempias, 'Dough Moulding Set' yang menjadi idaman kalbu sudahpun berada di dalam genggamannya, kalau hari2 biasa "Jangan dok harap le ummi nak berbelanja lebih2 ya nakkk.."

Nota: 'Ralit' betul dia dengan mainan barunya.

Dalam dok sibuk siang tadi, tiba2 terima fax berkursus (jap2, nak kira dah byk mana bilangan kursus ntuk thun ni.. 13hari, wowwwwwww berbaloi & melebihi sasaran..), huwaaaaaaaaaaa stress mak bertambah satu lagi selain untuk persiapan odit yang bakal bermula.

Pemenang Segmen: Cuba Teka

Apakah objek yang berada di dalam bulatan itu?

Jawapannya... 






























Rasanya kalian sudah nampak objek yang berada di atas lori..

Nak jelas lagi, jom kita zoommmmmmm..
Monyet..

Rasa2nya ada tak yang berjaya jawab dengan tepat?

















~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

9 orang peserta yang telah mengambil bahagian iaitu: 
  1. Aisy Nasiha
  2. Airis Arissa
  3. Puan Kutu
  4. Ajumohit
  5. Yumida Huda
  6. MulutPayau
  7. Nurbijan
  8. QasehnyaRania
  9. Sarah Talib
Malangnya mereka GAGAL meneka dengan tepat, walaubagaimanapun saya tetap nak berikan juga kepada salah seorang daripada peneka.

Dengan ini, saya menggunakan khidmat random. com untuk mencari pemenang bertuah.

8

Buat QasehnyaRania, tahniah diucapkan, sila berikan nama, alamat & no telefon ke umialeeya@gmail.com.- SELESAI SUDAH 11/11/13

HADIAH SUDAHPUN DITERIMA OLEH PEMENANG PADA 12/11/13

Selasa, 5 November 2013

Selasa, 5 November 2013

Gaya Bebas

Semalam - 'otw' balik ke rumah

Pagi ini - di bawah katil pula..
"urmmmmmm Alya2.."

Isnin, 4 November 2013

Isnin, 4 November 2013

Segmen: Cuba Teka?

Apakah objek yang berada di dalam bulatan itu?

Syarat2nya: 
  1. Terbuka kepada semua follower, tak kisah follower CORETAN PERIBADI mahupun DIARI HIDUPKU (bukan followerpun tak apa, janji jika menang, sila tuntut hadiah secepat mungkin sebab saya tidak akan mewar2kan di laman lain kecuali di sini sahaja, jika tidak peneka kedua yang meneka dengan tepat @ seterusnya akan dikira sebagai pemenang.)
  2. Seorang pemenang sahaja yang dicari dengan mengambil kira siapa cepat meneka dengan tepat, secara automatiknya akan dikira sebagai pemenang.
  3. PERUBAHAN syarat: Setiap seorang dibenarkan meneka SEKALI 2 KALI sahaja dan kalian cuma perlu tinggalkan jawapan pada ruangan komen.
  4. Pemenangnya akan diumumkan pada bila2 masa mengikut kata hati sendiri, tempoh yang diberi untuk tuntutan hadiah tersebut adalah 24jam selepas diumumkan.
Klu: x payah le, senang sangat - objek hidup @ bergerak..

Hadiah (murah2 jer..):  1 Set Brooch Mutiara Sabah.

Tarikh tutup: 05/11/2013 @ 11.59t/malam.

KEMASKINI: TAMAT SUDAH..6/11/13@ 5.30pg

sensitif vs sombong

Camner nak cerita erk?, sejujurnya saya amat tersentap jika ada 'blogger' baru yang kebetulan TERSINGGAH ke sini (blog yang tak punyai apa2 kepentingan, isipun kosong) & tinggalkan jejak lebih kurang ayat di bawah ini...

" Sila follow saya semula.. @ saya sudahpun follow blog ini dan harap dapat follow saya juga, jasa baik awak amat saya hargai, semoga Allah membalasnya"


Salah satu contoh yang digunakan oleh blogger diluar sana supaya kita 'bw' ke sana pula, (faham2 jer maksud yang tersurat & tersirat..)

Bila 'makcik' semak tang 'follower', xderpun penambahan bilangan follower & tercari2 juga manalah tahu nama @ gambar mereka terselit di antara ratusan follower itu, maklum le kitakan dah makin berumur, ala2 peserta Ratu Rania gitu tapi di hati tetap muda jelita..

In shaa allah jika ada  'follower' baru bertapak di laman ini & punyai link, pastinya saya tidak akan menghampakan kalian & membalas kunjungan itu dengan hati yang ikhlas, yalah, orang berbudi kita berbahasa.

Entahlah, mungkin sebab faktor usia saya yang semakin 'kertu' dari hari ke hari, kalau tak faham maksudnya, sila tanya Rakan Blogger saya yang amat prihatin, amat sensitif walaupun perkara ini 'simple' tapi kesannya nun jauh ke dalam, wat apa nak tertipah tertipu dikkk oiiii???.

Sejujurnya tiada paksaan untuk menjadi pengikut laman ini, lagipun ia cuma berkisarkan mengenai kehidupan kami dari masa ke semasa, tiada gossip2 retis dsbnya, jika tak suka , sila 'X' yang terletak pada sudut kanan sebelah atas.

Rakan2 yang sudah lama bersama telahpun sedia maklum, laman ini tiada di dalam carian google, agak private sikit dan ia terbuka untuk rakan2 yang sudi bertandang sahaja.

dikongsi secara TERTUTUP kecuali mereka di kalangan rakan2 seperti:


Sesiapa yang selalu singgah dan tinggalkan komen, saya akan masukkan ke dalam list 'Friends', itupun jika mereka punyai akaun "google+" ataupun senarai laman ini sedia berada di dalam 'list' pada sidebar memasing seperti:-


Mohon maaf jika saya terpaksa 'delete' komen yang agak menyentuh naluri ini, saya perlukan keikhlasan di dalam persahabatan, bukannya kepura2an.. jika follower banyak sekalipun xder maknanya jika ia sekadar pada bilangan sahaja.

Maaf jika ada yang terasa.. :(

Ahad, 3 November 2013

Ahad, 3 November 2013

Bikin Kejutan

Sengaja bagi kejutan kepada rakan blogger yang terkenal & peramah ini,  sebelum ini kami pernah ketemu di alam nyata meskipun sekejap cuma.

Pastinya kalian kenalkan pemilik 'My Life & My Forever Love - Ieda Immi', kali ini kami bersembang di dalam FB pula..

Antara bicara antara kami sebentar tadi, tengok tu dia tak kenalpun rakan maya walhal kami sering berhubung melalui blog mahupun telefon.

akhirnya...

Nota: Tak sampai hati nak biarkan Ieda tercari2 identiti akak, maklum le banyak perkara yang lebih penting perlu difikirkan sebagai seorang 'busineswomen yang berjaya'.

Alam Fantasi

Plzzzzzz jangan gelak2kan saya k, sejak si Alya sedang membesar dan meneroka alam baru, saya sendiri terjebak sama, bukan anak2 kecil jer layak bermain 'masak2', si ibupun xmo ketinggalan juga.

Orang2 lama seperti Rakan Blogger saya ini, jika teringin meneroka alam fantasi, sila tambah ahli kecil seorang lagi..

Anak :    "Ummi nak makan apa?"     
Ibu   :    "Makan apa ye, kasilah mee goreng"
Anak :    " Alaaaaa sikit sangat, ummi order le cam kat kedai hari tu..."
Ibu   :   "Urmm nak apa erk? kasi ummi nasi putih satu, ketam goreng bercili, lala masak serai, sotong goreng tepung, udang mentega, sup ayam & kailan ikan masin ,  cukuplah, nanti tak habis.."
Anak  :    "Ok, minum..?"
Ibu    :    " Ummi nak coklat panas"
Anak  :    " Tunggu ye, nanti Alya masak..."

Selang beberapa minit, si Alya bawa peralatan permainannya yang diletakkan di atas penutup bekas simpanan barang2 mainan dia (konon2nya makanan yang dah siap dimasak..)

Anak  :  " Dah sampai.."
Ibu     :  " Alaaaaaaa ummi tak larat le nak makan, suapkan ummi boleh?"
Anak   :  " Nah Alya suapkan Ummi, buka mulut.."
Ibu     :  "Urmmmmm sedapnya sayang masak, ok2 ummi dah kenyang.."


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Si ibu baru jer nak lelapkan mata..

Anak   : "Ummi nak makan apa? nanti Alya masak.."
Ibu     : " Sayang.. ummi ngantuk le, kasilah ummi rehat kejap, bangun nanti Alya masak erk.."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebaik terjaga dari tidur, kelihatan Alya bawakan sesuatu..

Anak     : "Sarapan dah siap, jom makan.."
Ibu        : "Erkkkk.. ummi penat sayang, suapkan ummi..."

Terus disuapkan makanan ke mulut si ibu..

Sabtu, 2 November 2013

Sabtu, 2 November 2013

Debaran Makin Terasa

SPM bakal menjelma..

Dup, dap, dup, dap degupan jantung semua yg terlibat secara langsung & tidak langsung makin kencang, bermula dari pelajar, guru dan famili, selamat berjaya buat semua, moga kejayaan adalah milik kalian di dunia dan akhirat, aamiin..
Abang.. Ummi tak minta banyakpun, cukup le bawa balik 8A jer, ahakk..
 Kami tau abang dah buat yang terbaik dan termampu, apa2pun keputusannya nanti, kami redha dan terima dengan hati terbuka, xmo stress2 k.."
Terima kasih tak terhingga kepada tenaga pengajar, 4 hari ini adalah saat2 kritikal buat kalian, tiada istilah cuti kerana sibuk dengan persiapan terakhir, kalian telah korbankan segalanya untuk kejayaan anak didik.

Kami pasti debaran kalian lagi hebat berbanding kami sebagai ibubapa, terima kasih buat semua, jasa kalian takkan dilupakan.

Jumaat, 1 November 2013

Jumaat, 1 November 2013

Cuti Umum (Pahang) 4 Nov 2013



'Alhamdulillah, tercapai jua hasrat di hati, cuti, cuti, cuti & cuti, bestnya...'

Tqsm Datuk Seri Adnan..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang