Sabtu, 27 Disember 2025

Sabtu, 27 Disember 2025

Bukan senang nak senang


Tahun depan si bongku dah SPM, jadi ambil peluang yang ada, kelas berbayarpun kita ON.


Khamis, 18 Disember 2025

Khamis, 18 Disember 2025

KEJOHANAN HOKI

Anak umi yang hebat..

Alhamdulillah selesai sudah 4 hari 3 malam di Bertam, Penang, bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan.

Adat bertanding, pasti ada menang & kalah.

Tahniah kepada semua team yang bertanding, anda terbaik
 


Jumaat, 14 November 2025

Jumaat, 14 November 2025

Demi anak

Bila Alya call dari kejauhan, macam2 hal berbangkit, dari isu belajar non stop, kelas tambahan, exam dan sebagainya..

Salah satunya adalah permintaan Alya untuk tahun 2026 dia minta bekalkan makanan segera seperti di bawah @ sediakan makanan retort, alasan perlu belajar setiap malam di asrama untuk persiapan SPM, perut sentiasa lapar & boleh makan bersama2 rakan.

Alahai anak, sejak dok kat asrama, macam2 makanan baru dia dapat, kadang2 tak pernah terfikir dek kami sebagai orang kebanyakan, maklumlah rata2 rakannya dari ibukota, pengaruh rakan sebaya kot..

Gigih umi mencari demi memenuhi permintaan si bongsu, jika tepati citarasa dia, kita order lagi ya anak & boleh standby untuk stok tahun depan.

Nota: Kakaknya dah ambil 1 pack & makan, rasanya ok, tidak mengecewakan, bolehlah buat stok Alya kat sana nanti

Jumaat, 7 November 2025

Jumaat, 7 November 2025

Anak umi yang hebat

Throwback, sessi pembentangan semasa mewakili sekolah di Peringkat Kebangsaan Oktober yang lepas.

Alhamdulillah Alya seorang yang berani ke depan, moga kejayaan sentiasa milikmu anak, aamiin.. 


Ahad, 24 Ogos 2025

Ahad, 24 Ogos 2025

Selamat Hari Lahir

Hari ini hari lahir ke 16 buat ex 'model cilik' Diari Hidupku Alya, moga hari2mu penuh kebahgiaan dan keceriaan.

Kami sayang kamu..


Khamis, 21 Ogos 2025

Khamis, 21 Ogos 2025

Makanan kesukaan

Semestinya Asam Laksa / Laksa Penang / Laksa Johor / Laksa Lemak / Laksa Siam atau apa2 jenis laksa, paling puashati homemade sebab ia menepati selera sendiri.

Apakah pula makanan kesukaan kalian? 

Jumaat, 15 Ogos 2025

Jumaat, 15 Ogos 2025

Doa ibu

 Justice For Zara Qairina 

Lagu ini tergiang2 di telinga dan naluri seorang ibu, tentulah sedih, kecewa, marah bercampur baur, moga kematianmu arwah Zara terbela, aamiin


Nota..

Untuk anak umi, ingat selalu pesanan, sebagai seorang senior, jaga & didiklah adik2 junior sebaik mungkin, hormatilah mereka sebagaimana mereka hormati kamu, percayalah apabila kamu menamatkan sessi persekolahan menengah nanti, akan sentiasa diingati dan meninggalkan nama yang baik dikalangan mereka, aamiin.

Selasa, 5 Ogos 2025

Selasa, 5 Ogos 2025

Step pertama


Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan puteri kami yang telah dijalankan pada April yang lepas.

Tahniah kakak

Doakan semua berjalan lancar, aamiin..


Jumaat, 25 Julai 2025

Jumaat, 25 Julai 2025

Kisah si bongsu

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan Hoki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2025, 4 hari 3 malam kami berkampung di sana demi memberi sokongan & semangat kepada team Alya.






Syukur Alhamdulillah berjaya sampai ke peringkat suku akhir  'Gold Pool', bukan calang2 memandangkan team lawan semuanya hebat2.

Tahniah dik & rakan2, guru pengiring serta jurulatih, kalian adalah terhebat.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang