Rabu, 26 Januari 2022

Rabu, 26 Januari 2022

Alahaiii scammer..

Seawal pagi lagi sudah keluar mencari 'rezeki tersepak..'

Maaf ya, saya salah seorang pembayar cukai yang sudah lebih 20 tahun laporkan pendapatan tahunan.

Setakat ugutan cukai tertunggak, senyum je sambil layan.


Selasa, 25 Januari 2022

Selasa, 25 Januari 2022

Selera berubah

Setiap hari bawa bekal ke pejabat

Sesekali maggi juga pilihan di hati.

Nota: Standby bekas pakai buang, aura beli luar kononnya..🤭

Ada tak peel sama dengan saya?




Khamis, 20 Januari 2022

Khamis, 20 Januari 2022

Sesekali beraksi di dapur

Setiap kali perayaan CNY, tibalah musim Ngaku, setahun sekali je muncul.

Hasilnya.. 
Kerepek Ngaku Homemade

Sedap tau, rugi tak cuba.


Terkeliru sudah..

Risau umi, mana tahu tengah bersilat, tiba2 tertukar kepada acara taekwondo, maklumlah pemegang tali pinggang hitam taekwondo.

Nota: Anak bujang beraksi...



Khamis, 13 Januari 2022

Khamis, 13 Januari 2022

Rezeki

 

Disebalik kedukaan, terselit kegembiraan.

Setelah dikuarantinkan selama 11 hari akibat positif Covid 19 pada penghujung September 2021, alhamdulillah layak dibuat tuntutan elaun wad sebanyak RM400/hari.

Terima kasih En Zaki selaku Agen Insuran AmMet Life Takaful, beliau sentiasa mengambil berat dan bertanya khabar dari masa ke semasa serta berusaha keras membantu dan membuat semakan pada borang tuntutan sebelum  di hantar ke HQ.

Bayaran bulanan antara RM166 70 hingga RM200 (bergantung kepada usia), mur2 sahaja, bolehlah untuk kita rakyat marhain . 

Anak2 4 beradik semua ada "Medical Card" kecuali saya sebab masuk insuran pada usia yang lewat tapi bolehlah .

Erkkkk kemain lagi saya ya? Yalah benda baik buat apa nak sembunyi2.

Sesiapa berminat nak masuk insuran, bolehlah menghubungi En Zaki 0139324849, Agen AmMetLife Takaful


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang