Selasa, 31 Mei 2011

Selasa, 31 Mei 2011

penat giler..

Agak stress tapi terkawal, sehari dua ni macam2 hal terjadi tamb. pulak sibuk ntuk persiapan prog. diperkmpngan OA di Pos Betau tinggal seminggu lagi ditambah pulak dengan bebanan tugasan harian.

Apabila berada dipenghujung dan awal bulan, kerja mula menimbun, kadang2 terasa wat keja x sistematik, yg itu nak disiapkan segera, yg ini pun perlu disiapkan cepat hgakan ke tahap tak sempat makan dan rehat.

Sebagai altenatif, semasa rehat jam 1 tadi, call hubby suh bawakan Alya seketika ntk nyusukn dia, w/pun Alya sudah makan beranika jenis makanan tapi rasanya tak lengkap tanpa menyusukan dia biarpun seketika cuma, apa yg pentingnya rindu... itulah naluri seorang ibu.

Isnin, 30 Mei 2011

Isnin, 30 Mei 2011

dugaan

Sebaik melangkah kaki ke pejabat awal pagi tadi, ku lihat suasana gelap aje, tanya sorang staf yang dok lepak2 kat kerusi depan sambil baca surat kabar, dijawabnya selamba 'saja je duduk rehat2!!!', rasa nak cili aje mulut tu tapi sebab dia berpangkat 'kakak' bersabar ajelah.

Nasib baik le sorang lagi staf memberitahu keadaan sebenar menamatkan tandatanya.

Kuar tengok jiran tetangga, nampaknya tempat mereka xder masalah, rupa2nya pejabat ni aje mengalami gangguan elektrik, menurut diaorang petang semalam hujan lebat disusuli dek guruh dan petir.

Kami cuba buka suiz besar tapi percikan2 api telah keluar disusuli letupan2 kecil,  tindakan seterusnya aku buat aduan ke peringkat negeri dan TNB, seterusnya ke JKR Elektrik. Banyaknya prosedur

Nasib baik pegawai yang dihubungi adalah kenalanku, justeru itu urusan menjadi mudah, kejap aje dorang datang tengok, rupa2nya masalah itu berpunca daripada lampu kecemasan. 

Nampaknya buat sementara ini, suiz lampu tersebut terpaksa ditutup dan tidak boleh digunakan.

Dalam kesibukan membuat urusan rasmi, aku cuba buka internet untuk email beberapa data2 penting ke peringkat negeri, waduhhhh, internet pulak wat hal,  apalah nasib didalam kekalutan dengan bebanan tugasan yang menimbun2, ia pulak wat hal. Nampaknya fax menjadi pilihan keduaku..

Sebagaimana jabatan lain, email merupakan salah satu perkara yang menjadi  komunikasi rasmi jabatan kami.

Langkah seterusnya aku membuat aduan ke Telekum dan pihak mereka telah menghantar wakil, sambil itu telefon juga ke bah. IT di ibu pejabat, manalah tau line jabatan kami punyai masalah, last sekali hingga kepenghujung waktu bekerja, internet tak boleh digunakan, mudah2an esok ia kembali seperti biasa.

Jumaat, 27 Mei 2011

Jumaat, 27 Mei 2011

paginya adik bangun

Seawal jam 3.40 pagi Alya sudah bangun minta air, lepas itu, susah daa dia nak tidur kembali.

Biasalah bila dia sorang aje tak tidur, maka orang2 lain akan jadi mangsanya, masuk aje ke bilik kakak disuruh bukakan lampu bilik, "bukak, bukak, bukak!!!" berulangkali sehingga keakhirnya aku terpaksa akur w/pun sebelum itu cuba pujuknya dengan alasan kakak sedang lena.

Selepas itu pula dia menuju ke kabinet untuk ambil beberapa helai baju dan bawakan tuala mandi, ummi kena fahamlah apa maksud tersirat, setengah jam dia berendam dalam besen awal2 pagi.

Kemudian dihulurnya pinggan minta sarapan pagi, seronokkan dapat makan ramai2, selepas sarapan Alya ikut abah hantar kakak dan abang ke sekolah, jap lagi nak hantar ummi kerja pula.. "bye, bye ummi..."

Selasa, 24 Mei 2011

Selasa, 24 Mei 2011

Alya 1tahun 9 bulan

Alhamdulillah hari ini genap usia Alya 1 tahun 9 bulan, besar daa anak ummi ye, terasa bagaikan baru semalam aku lahirkan dia.

Seiring dengan usia dia, Alya kini semakin pandai bergaya, maklumlah anak pompuan, baju yang hendak disarung kebadannya perlu berkenan dihatinya.

Bayangkan sesudah mandi dia akan menuju kekabinet pakaian dan memilih sendiri sekurang2nya 2 @ 3 pasang baju yang siap di'hanger', dan kemudian akan dibawa keluar kesemuanya untuk dipakai pada sessi pemilihan terakhir, jika tidak berkenan, tanpa segan silu dia akan menolak baju tersebut dan pasti tersenyum lebar jika menepati citarasanya.

Sudah banyak perkataan keluar dari mulutnya contoh: gigi( jika mandi dan nak gosok gg), sakit, ummi (kdg2 panggil ummi dengan panggilan mama, ibu), abah, kakak, capiq (panggilan kepada abangnya, aku cuba ubah kpd panggilan 'abang'), sesekali dia dapat melengkapkan patah2 perkataan menjadi sebaris ayat seperti "ummi wat apa tu??", "ummi!!  nyamuk...". sila guna sebutan baku ye!!!

Khamis, 19 Mei 2011

Khamis, 19 Mei 2011

kerja anak ummi!!!!

Jom kita lihat aktiviti Alya semasa ummi sedang sibuk menyediakan menu untuk makan tengahari, yalah masa rehat cuma sejam aje, justeru itu kena masak seringkas dan secepat mungkin.

aktiviti 1
habis taugeh berterabur atas lantai dikerjakan dek Alya 

patut le diam aje kat luar sana, huhuhu

aktiviti 2

apa le yg dikerjakan dek Alya lg ni?

ho'ooooooo, rupa2nya anak ummi sedang mengemas, ermmmm habis daa bawang kena siat kulitnya, sayang nak bantu ummi masak ye???

Rabu, 18 Mei 2011

Rabu, 18 Mei 2011

Lemau!!!!!

Minggu lepas, umum mengetahui bahawa blogspot ader sikit masalah ketika "naik taraf" sistem, beberapa entri di laman ini hilang secara tiba2, tapi kejap aje, kemudiannya ia muncul semula, cuma ulasan yang hilang tak berganti.. sedihnya!!!! 

Gara2 masalah itu juga, mood aku down ke '0', hilang semua idea menulis dan berblog, jika dulu tiap2 malam tumpuanku lebih terhadap blog berbanding FB tapi sejak dua menjak ini, kedua2nya aku campak ke tepi, baik layan Alya sambil baring2 lagi best!!!!

Entah le sampai bila aku akan berkeadaan begini, hanya masa menentukannya!!!!!

Sabtu, 14 Mei 2011

Sabtu, 14 Mei 2011

ala kadar je

Sekadar update , xmo fikir banyak2, silap2 entri inipun hilang jugak setelah entri dan komen rakan2 semalam lesap begitu aje..

Biarlah pihak berkenaan dengan kerjanya menaik taraf blogspot, selepas ini bolehlah kita berblog tanpa gangguan.

Nak kembalikan entri hilang, cuba kesini

Khamis, 12 Mei 2011

Khamis, 12 Mei 2011

Ubat + durian

Petang ni kepala mula pening, badan lenguh2 dan letih tak bermaya, itulah engko, orang suh makan vitamin xmo.. mungkin nak demam kot maklumlah hari ni dapat arahan big boss kena keja luar ahad nanti, ingatkan dapat bercuti lama2 : sabtu hingga selasa, kalu tau g2, tak ambil cuti isnin.. huhuhu.

Suami pulak kopek durian kiriman abang/kakak semalam, terliur pulak dan makan seulas. Niat di hati nak makan panadol (tablet paracetamol) tapi pesanan kakak berlegar difikiran, 

"Jangan sesekali ambik ubat jika makan buah durian". 

Pernah sekali semasa balik kampung dan diri ini tak sihat, aku makan panadol dan selepas itu bertandang pulak kerumah kakak yang sulung, terus makan tapai pulut yang menjadi kegemaran ini sedari dulu. (sapa suh hidang makanan kegemaranku??)

Terceritalah ngan kakak bahawa diri ini baru aje lepas makan ubat, apatah lagi kena bebel dan sepanjang hari itu dia rela ikut kemana sahaja kami pergi, (yalah, risau adik bongsu ni pengsan ke apa) kalu tak jangan haraplah dia bersama kami akibat kesibukannya.

Cuma nak tanya pendangan kalian, "Bolehkah saya ambil panadol setelah makan durian seulas?"

Bagi yang tau aku ni keja aper, tolonglah jangan gelakkan diri ini. maklumlah masing2 ader kelebihan dan kekurangan,  ayu, lynd, sya. pssttttt!!! 

Sebenarnya aku bukannya pengamal pantang larang tegar tapi apabila umur makin meningkat, mulalah beringat, maklumlah anak2 masih kecil lagi, huhuhu.

Rabu, 11 Mei 2011

Rabu, 11 Mei 2011

terima kasih

Malam ini terima panggilan daripada kakak sulung dan abang no. 7, diaorang suruh ambik kiriman yang dibuat melalui bas di stesen minyak yang berhampiran lebih kurang jam 3 pagi nanti.

Gembira, sedih dan sayu bercampur aduk, kemain lagi mereka berpakat 2 beradik untuk hantar barang makanan buat adik bongsunya yang berada dikejauhan (konon2nya merantau le ni, huhuhu). Bukannya kat sini tak ader tapi ia sebagai tanda ingatan mereka. 

Beginilah jika tibanya musim buah2an dsb padahal merekapun beli jugak, rela susahkan diri membuat kiriman melalui bas yang pastinya lebih laju dari pos laju, ambil masa cuma beberapa jam aje untuk sampai kedestinasi.

Pastinya aku amat menyayangi kalian, merekalah pengganti kedua orang tua kami yang sudah kembali kepadaNya.

Nota: Baru terima panggilan abang no. 3 pulak. adik beradik ramai, sonokkan!!!

Selasa, 10 Mei 2011

Selasa, 10 Mei 2011

Model kecil part 1

Sekali lagi Alya nak peragakan baju yang ummi baru terima siang tadi, Alya kan model kecil baju elly dan emmy,  Baju ni cantik sangat2, Alya suker... 

Jika mama, ibu, mummy, emak dsb nak tengok kat mana ummi Alya beli baju ni, jenguk2lah KE SINI, ader corak  baru lagi. Alya nak baju tu tapi ummi kata bagi kat orang lain le pulak..  huhuhu, sedihkan!!!





Helo mama eida, Alya sndiri nak tempah baju tu bleh? 
tapi.. duit nnt minta ngan ummi ye
ermmm...
 Mungkinkah ader auntie kat luar sana nak sponsor brg sehelai dua baju untuk Alya,
bolehlah Alya melaram nanti.... 
opssssss, terlebih sudahhhhh!!!

Isnin, 9 Mei 2011

Isnin, 9 Mei 2011

Menjaga @ dijaga!!!

Entri awal pagi tadi mengenai tujuan aku mengambil cuti kecemasan hari ini sebagaimana DISINI, kadang2 terfikir jugak samada aku yang menjaga Alya atau dia yang menjagaku? huhuhu

Sudahlah semalaman aku tak dapat tidur kerana Alya asyik meragam aje, ingatkan hari ni dapatlah bergolek2 dengan dia, maklumlah orang sedang demam, tentunya pada firasat kita terbungkam aje sepanjang masa atas tilam.

Tapi sayang seribu kali sayang, jangan dok haraplah aku dapat rehatkan diri  sambil peluk2 dia, ada aje akal @ permainan baru bagi mengisi masa lapangnya.

Alahai anak ummi, langsung xder gaya orang demam, sekarang nipun masih lagi aktif, tak tau le jam berapa dia mau tidur.




demam..

Hari ini aku terpaksa mengambil cuti kecemasan atas faktor kesihatan Alya yang tidak begitu baik, pagi tadi ke pejabat dan siapkan urusan2 rasmi yang perlu disegerakan.

Setelah mendapat keizinan Pengarah Peringkat Negeri, aku balik ke rumah untuk menjaga Alya tambahan pula cuti tahun lepas masih banyak lagi berbaki, maka ketika inilah gunanya cuti yang aku simpan banyak2.

Tarikh akhir Alya demam ialah pada bulan Januari yang lepas sepertimana DI SINI,  malam tadi tidurnya terganggu, beberapa kali dia bangun dan merengek , badanpun terasa hangat semacam aje.

Pagi ni mula kelihatan tanda2 selsema bakal melanda anak kesayangan ummi, mungkin itulah yang menyebabkan dia terjaga malam, kesian dia. Mudah2an demamnya tidak melarat.

Ahad, 8 Mei 2011

Ahad, 8 Mei 2011

sempena di hari ibu......

Kiri: Nur Shuzilawati, Nadiah Hanim dan Muhd Hazwan Hakim

Sebagaimana janjiku pada 2 beradik ini iaitu Muhd Hazwan Hakim dan Nadiah Hanim , maka hari ni tertempeklah juga gambar korang berdua sempena di hari ibu,  hari2 diaorang dok tanya naper tak letakkan gambar mereka kat sini, asyik  gambar Adik Alya aje!!

Hari ni saya perkenalkan satu persatu gambar di atas, Suzilawati merupakan anak angkat tak bertauliah yang kami jaga dan bantu persekolahannya sejak Januari 2010 (sudahpun diambil kembali oleh keluarganya penghujung April 2012 - sekarang ini tinggal kenangan cuma)

Muhd Hazwan Hakim dan Nadiah Hanim pula merupakan anak kepada rakan kami (peguam), mereka berdua ditumpangkan sementara bersama kami sejak awal tahun ini bagi menguruskan makan minum sekembalinya mereka dari sessi persekolahan dan ke kelas fardu ain @ tuisyen pada sebelah petang. 

Memandangkan ibu mereka sentiasa sibuk dan sering kali keluar daerah atas urusan rasmi pada bila2 masa, maka kami dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan anak2 ini sepanjang ketiadaannya.

Tambahan pula jadual kerjaku bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja, rasanya tiada masalah untuk menjaga mereka berdua, lagipun mereka sudah besar dan pandai mengurus diri sendiri.

Adatlah apabila anak2 ini berkumpberamai2, ada yang bergaduh sesama mereka dan tak kurang juga asyik merajuk aje terutamanya si Hazwan, kadang2 tension juga dibuatnya tapi seringkali 'wat derk' aje, dah peel anak2 semua tu tak boleh dielakkan.

Jom layan aje gambar mereka, harap Muhd Hazwan Hakim dan Nadiah Hanim berpuas hati  lihat wajah2 mereka tertempek kat laman peribadi kami, sekurang2nya ia boleh dijadikan sebagai kenangan disepanjang kalian berada disini:-
Alya, Nadiah Hanim dan Nur Shuzilawati

Alya, Nur Shuzilawati dan Nadiah Hanim

Alya dan Muhd Hazwan Hakim 

Nadiah Hanim dan Muhd Hazwan Hakim 

Rasanya tak lengkap jika saya tak letak gambar anak dara sunti kami "Nur (Kakak)" yang sedang meningkat ke alam remaja, dia ni pemalu sikit, maklumlah anak ummi.. hehehehe

Nadiah Hanim dan Nur Syamimi

Selepas dikira, dicongak, ditambah, didarab dan ditolak, 2 pasang anak kandung ditambah lagi 3, jumlah keseluruhannya ialah 7 orang,  wowwww.. ramainya anak2 ummi!!!! 

Psssttt: agak2nya selepas ni ader lagi pertambahan anak kami?

Khamis, 5 Mei 2011

Khamis, 5 Mei 2011

Model Kecil

Sejak dua menjak ini aku suka order barangan secara online, amat menjimatkan masa dan wang ringgit, lagi2 dapat barangan yang bermutu tinggi, memuas hati dan layanan terbaik.

Petang ini aku baru menerima poslaju 2 pasang baju Alya yang ditempah 2 hari lepas menerusi laman Baju Elly & Emmy. Jujur aku katakan, baju2 ini amat cantik dan jahitannya kemas. 

Buat pengetahuan semua, baju2 ini dihasilkan sendiri oleh pemilik laman ini iaitu Eida seorang ibu buat sepasang anak kembar pompuan yang kini berusia 18 bulan a.k.a 1 tahun 6 bulan.

Gara2 baju baru, Alya dipaksa menjadi model kecil, nak tak nak terpaksa juga berposing walaupun di dalam keadaan mood yang tak stabil dan mengantuk siang tadi bagi memenuhi hasrat murni si ibu tercinta.

Jom kita layan pose2 menarik daripada Alya









mood kecewa

Setelah 2 bulan hantar kain ke kedai jahit, nampaknya baru hari ini baju tu siap dan dimaklumkan ianya sudah boleh di ambil..

Semasa dlm perjalanan balik ke rumah waktu rehat t/hari tadi, aku singgah sekejap, malangnya baju itu


Selasa, 3 Mei 2011

Selasa, 3 Mei 2011

Naper sayang!!

sila abaikan peta dunia pd wajah Alya, 
ngantuk punya pasal, tak sempat mandi pagi



Isnin, 2 Mei 2011

Isnin, 2 Mei 2011

Kisah Semalam

Masih lagi berkisar mengenai percutian kami semalam di Cameron Highlands sebagaimana disini:- perjalanan membosankan dan seciput cuma.

Perjalanan agak panjang membuatkan masing2 berada di dalam mood yang tidak stabil, jom layan aje pic Alya yang sempat dirakam. 

Kebanyakan daripada anak2 mengelak untuk diambil gambar mereka, maklumlah wajah memasing 'mencuka' menahan kepenatan. Hilang sudah keriangan dan keceriaan mereka.






Apa2pun Alya tetap cool..

Seciput cuma

Rentetan dari entri semalam, kami cuma sempat singgah di Taman Cactus dan hasil tuaian yang diperolehi cuma ini sahaja:-

2 pokok bunga rose 

Ahad, 1 Mei 2011

Ahad, 1 Mei 2011

Perjalanan membosankan..

Kami baru sampai ke rumah dari percutian ke Cameron Highlands, perjalanan hari ini paling membosankan dari awal hingga akhir.

Kesesakan lalu lintas ditambah dengan  hujan renyai-renyai telah mengiringi perjalanan kami sepanjang hari.

Kalau kebiasaannya, perjalanan dari rumah untuk ke CH cuma mengambil masa lebih kurang 2 jam tapi kali ini ia mengambil masa hampir 5 jam, adoiiiiii, tensionnya!!

Perjalanan pergi

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang