Mukadimah
Harus tempek gambar Alya sebagai kenangan
Hajat berbuka puasa & bersahur bersama anak bujang tercapai jua, angkut semua anak beranak termasuk anak buah nan jelita, dalam perjalanan ke mari singgah sekejap di IPTA tempat si dara belajar & bawa dia bersama, ala2 'family day' gitu, sesekali dapat berkumpul ramai2.
Sahur 1
Sambal udang + petai
Udang goreng kunyit
(siap kupas kulit, senang anak2 nak makan)

Ayam masak kicap
(Panas dari kuali, terlindung dek asap tebal)
Sayur? tak sempat nak beli, sampai sini dah hampir waktu berbuka, maklum le perjalanan yang jauh, paling penting semua makanan habis, tak ada sisa2 untuk di bawa ke hari siang, untuk Alya, terpaksa le si ibu fikirkan sesuatu.
Jangan tak percaya, kita angkut semua barang2 terus dari rumah, periuk nasi, periuk serbaguna, pinggan mangkuk & keperluan memasak, ala2 masuk rumah baru gitu..
Masuk jer homestay, tuan rumah tengah pasang dapur baru, ada permintaan kot (ataupun pelanggan cerewet, minta itu, minta ini, itupun sebelum ini tuan rumah ada bertanya, ada apa keperluan lain yang nak, bagitau jer...) maklum le semasa booking (terus bank in RM320 ke dalam akaun), wassap awal2 tuan rumah bertanyakan samada keperluan memasak ada atau tidak terutama dapur & gas. Jika tak ada, nak bawa jer dari rumah.
Periuk, kuali semua baru, gamaknya baru beli kot, pinggan mangkuk kemain lagi banyak, terima kasih kepada tuan rumah di atas layanan yang tip top..
Satu jer yang melemahkan semangat, bangun seawal pagi untuk menyediakan menu bersahur, banyaknya t**i t*k*s di bahagian dapur & bilik air, terpaksa le kita bersihkan dulu sebelum kerja2 memasak dimulakan, nasib baik dah bawa bersama percuci lantai, amat memudahkan kerja2 mencuci.
Paling penting, kebersihan No. 1 yang perlu diamalkan.