Memaparkan catatan dengan label SOGO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOGO. Papar semua catatan

Ahad, 14 Februari 2016

Ahad, 14 Februari 2016

Biarlah Gambar Berbicara

 


Beberapa keping pic Alya bergaya dengan dress yang dibeli semasa mencuci mata di SOGO tempohari, ia juga sebagai memenuhi permintaan Ena pada komen yang dititipkan pada entri sebelum ini.



Khamis, 4 Februari 2016

Khamis, 4 Februari 2016

Pantang saya

Jika terjumpa gaun2 seperti di atas, mulalah terbayangkan buah hati pengarang jantung di rumah, inilah pakaian Alya seharian di mana dia sentiasa berangan dirinya seorang puteri.

Bila tengok pada tanda harga, terdiam seketika tapi demi tersayang, apa salahnya korbankan sikit RM demi melihat kebahagiaan dia.

Kadang2 terfikir, bila anak2 sudah besar, masing2 punyai keluarga sendiri, diri pula semakin berumur, ditakdirkan tidak berdaya, "Sanggupkah anak2 buat begini kepada kita sebagaimana kita menatang mereka bak minyak yang penuh?", EMOSI seketika..

Lokasi: SOGO

Sabtu, 5 Julai 2014

Sabtu, 5 Julai 2014

shopping raya





Alang2 berada di sini, terus menunggu waktu berbuka puasa.

Nota: Beli baju melayu untuk anak bujang nun jauh di sana, harap2 muat, maklum le nak ikut tema semasa, kang tak sama lak.

Model Cilik bergaya bersama kain pasang untuk anak buah nan jelita.

Petang nanti baru tempah menjahit.. (sib baik punyai 'tailor' peribadi) tapi dah terima amaran awal2 lagi.. 'xmo hantar banyak2 k, cukup sepasang seorang'- xper kakak, kita beli baju siap.. ngeeeeee..

Psttttt: Masih punyai baki 30% persiapan raya, lain kali jerlah..

Isnin, 28 April 2014

Isnin, 28 April 2014

Janji si ibu

Sebahagian buat permata hati pengarang jantungku..

Takkala dapat peluang berjimba sendirian,  borong baju Dak Alya tanpa punyai rasa bersalah, akhirnya terduduk seketika takkala mengira bajet.

Itupun nasib baik si ibu tidak rambang mata ketika melintasi bahagian beg & pakaian wanita, lagipun seperti tiada ruang untuk melangkah & memilih, kalau tidak pasti hati tergoda jua..

Lain kalilah untuk si ibu, paling penting anak kecil riang menyambut kepulangan nanti..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang