Jumaat, 30 Januari 2015

Jumaat, 30 Januari 2015

Doa buatmu..

Tiba2 Alya demam & batuk, mungkin akibat penat kot, maklumlah rutin harian banyak berubah dek cuti yang panjang tempohari.

"Moga sayang kami cepat baik ya,  umi & abah doakan, aamiin"

Selasa, 27 Januari 2015

Selasa, 27 Januari 2015

Bersawang sudah

 
Biarlah Alya menggantikan Ummi

 

 

 
Cukup2 sudah, Alya penat daa..

  "As salam Auntie, Uncle & Kakak JM, Ummi kirim salam kerinduan buat semua"

Nota si ibu: Banyak entri tertunggak tapi mood merundum, huwaaaaaaaaa...


Rabu, 21 Januari 2015

Rabu, 21 Januari 2015

Top Komen Disember 2014

Entri tertunggak.. 

Tahniah kepada Cikgu Etuza sebab telah berjaya sebagai pemenang.


Hadiahnya? Bak kata Dato' Siti, biarlah rahsia..
Rujukan: EF 63 341 650 1MY

Nota: Tengah cari pemenang tahunan untuk Top Komen sepanjang tahun (dikira mulai 01/04/14 hingga 31/03/15, dengan erti kata lain 365 hari).


Agak2nya tahun ini milik siapakah ia?

Isnin, 12 Januari 2015

Isnin, 12 Januari 2015

Kembali ke sekolah

Pendaftaran tadika Alya.

Itu baru seorang anak, ia belum dikira pembelian barang2 keperluan persekolahan mereka 3 beradik dan bayaran asrama kakaknya.

"Sempena tahun baru, kelas baru,  umur baru, jadi semuanya nak baru walhal kasut sekolah baru jer beli 2 minggu sebelum sekolah cuti tempohari, urmmm salah siapa sebenarnya?, Ummi juga yang salahkan sebab ikut kehendak anak2.."

Semua kelengkapan persekolahan anak2, kami siapkan secara berperingkat, bermula sedari awal cuti sekolah, kami sudah belikan kain untuk tempahan uniform kakak, gitu juga alat tulis, kasut sekolah dan sebagainya, ada peluang terus beli sedikit demi sedikit, jadi tidaklah berputih mata tengok RM 'melayang2' depan mata.

Pokok pangkalnya kita sebagai ibubapa perlu punyai kesedaran menyimpan secara tetap setiap bulan walaupun di dalam jumlah yang sedikit dan membuat persediaan dari awal, lainlah golongan atasan, mereka langsung tidak terasa duit keluar masuk.

Nota: Sayu baca BH hari ini takkala melihat anak2 belajar dengan memakai baju biasa dan duduk di atas lantai simen di salah sebuah yang terlibat dengan banjir di Gua Musang.

Bermuhasabah diri..

Ahad, 4 Januari 2015

Ahad, 4 Januari 2015

Misi Kemanusiaan part 3

Sepanjang hari menyusuri laluan ke Temerloh untuk melihat kesan2 banjir tempohari sambil membawa sedikit bantuan berupa makanan dan kain tudung untuk diagihkan secara rambang.



Banyak pokok yang sudahpun layu akibat ditenggelami air.

Keadaan di Jeti Kuala Tembeling


Kesan banjir 

Dewan orangramai  sudahpun roboh & menjadi sejarah.

Disini saya telah bersembang dengan seorang mangsa banjir di mana rumahnya dan jiran tetangga hanyut dibawa arus tanpa dikesan, hampir menitis airmata mendengar rintihan mereka.

"Andainya kami seorang jutawan, inilah peluang baik yang ada untuk membantu mereka yang memerlukannya, namun apakan daya, kami cuma insan biasa yang di dalam kesederhanaan"

Separuh dinding sudahpun roboh, rumahnya ditenggelami air melebihi bumbung rumah.


Seluruh rumah diselaputi lumpur.

Tanah runtuh melibatkan separuh jalan raya.

Masih ada yang belum surut

       
Masih berlumpur dan becak.





Sabtu, 3 Januari 2015

Sabtu, 3 Januari 2015

Misi Kemanusiaan Part 2

Salah satu Misi Kemanusiaan yang dibuat oleh suami & para jemaah masjid diketuai Imam Besar.

Bantuan meliputi bahan makanan, keperluan asas, sedikit wang perbelanjaan dan..

Operasi pembersihan rumah2 yang dilanda banjir.

Salah satunya adalah rumah yang didiami oleh sepasang warga emas.

Keadaan agak berselerak dan kelihatan daif kerana mereka tidak mampu untuk membersihkan kesan2 yang disebabkan banjir dek kudrat yang terhad.


Sukarelawan tekun menjalankan tugas masing2 bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

Jumaat, 2 Januari 2015

Jumaat, 2 Januari 2015

Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir part 1

Tetap punyai cabaran tersendiri

Lori yang membawa bantuan terbalik  di Jalan Kuala Lipis - Merapoh (Bukit Tujuh) semasa di dalam perjalanan ke Kelantan semalam.

Nota: Moga misi kemanusiaan ini dipermudahkanNya, aamiin.

Khamis, 1 Januari 2015

Khamis, 1 Januari 2015

2014 dalam kenangan

Selamat tahun baru 2015, moga ia membawa sinar kebahagian buat kita semua.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang