Memaparkan catatan dengan label banjir 2014. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banjir 2014. Papar semua catatan

Ahad, 4 Januari 2015

Ahad, 4 Januari 2015

Misi Kemanusiaan part 3

Sepanjang hari menyusuri laluan ke Temerloh untuk melihat kesan2 banjir tempohari sambil membawa sedikit bantuan berupa makanan dan kain tudung untuk diagihkan secara rambang.



Banyak pokok yang sudahpun layu akibat ditenggelami air.

Keadaan di Jeti Kuala Tembeling


Kesan banjir 

Dewan orangramai  sudahpun roboh & menjadi sejarah.

Disini saya telah bersembang dengan seorang mangsa banjir di mana rumahnya dan jiran tetangga hanyut dibawa arus tanpa dikesan, hampir menitis airmata mendengar rintihan mereka.

"Andainya kami seorang jutawan, inilah peluang baik yang ada untuk membantu mereka yang memerlukannya, namun apakan daya, kami cuma insan biasa yang di dalam kesederhanaan"

Separuh dinding sudahpun roboh, rumahnya ditenggelami air melebihi bumbung rumah.


Seluruh rumah diselaputi lumpur.

Tanah runtuh melibatkan separuh jalan raya.

Masih ada yang belum surut

       
Masih berlumpur dan becak.





Sabtu, 3 Januari 2015

Sabtu, 3 Januari 2015

Misi Kemanusiaan Part 2

Salah satu Misi Kemanusiaan yang dibuat oleh suami & para jemaah masjid diketuai Imam Besar.

Bantuan meliputi bahan makanan, keperluan asas, sedikit wang perbelanjaan dan..

Operasi pembersihan rumah2 yang dilanda banjir.

Salah satunya adalah rumah yang didiami oleh sepasang warga emas.

Keadaan agak berselerak dan kelihatan daif kerana mereka tidak mampu untuk membersihkan kesan2 yang disebabkan banjir dek kudrat yang terhad.


Sukarelawan tekun menjalankan tugas masing2 bagi memberi keselesaan kepada mangsa banjir.

Jumaat, 2 Januari 2015

Jumaat, 2 Januari 2015

Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir part 1

Tetap punyai cabaran tersendiri

Lori yang membawa bantuan terbalik  di Jalan Kuala Lipis - Merapoh (Bukit Tujuh) semasa di dalam perjalanan ke Kelantan semalam.

Nota: Moga misi kemanusiaan ini dipermudahkanNya, aamiin.

Jumaat, 26 Disember 2014

Jumaat, 26 Disember 2014

tersadai

Lupakan seketika mengenai percutian, sekarang masih tersadai di ibu kota sebab tempat kami ibarat sebuah pulau.


Terpaksa bermalam di sini.

Tidak dapat kembali ke destinasi asal
Semua laluan telah ditutup kepada lalu lintas

Keadaan salah sebuah sekolah tempat anak belajar, 2 tingkat sudah ditenggelami air




Salah satu laluan ke kawasan perumahan kami telah ditenggelami air.

Pastinya penghuni di sana terkurung, tidak boleh keluar ke mana2, ibarat kini bagaikan sebuah pulau & kedai runcit berhampiran hampir terputus bekalan.

Info dari jiran tetangga, hujan masih turun membasahi bumi & paras air makin meningkat, syukur kawasan perumahan kami belum dinaiki air walaupun semua laluan ditutup.

Hati meronta ingin pulang tapi terpaksa menerima hakikat, mungkin ada hikmah disebaliknya, mudah2an semua selamat & ia tidak berterusan, aamiin



~~~~~~~~~~~~~




Kenangan - 2orang cucu & Alya ( sedar sikit diri daa tua. )

Cucu yang keberapa tak pasti pula, maklumlah ramai sangat, hu3

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang