Khamis, 31 Julai 2014

Khamis, 31 Julai 2014

Aidilfitri kali ini

Selepas solat raya baru bertolak balik kampung, si bujang mengambil alih tugas memandu pergi dan balik dengan merentasi jalan yang agak mencabar, En.Hubby sudah dinaikkan pangkat -"boss besar" & pemerhati.

Bertolak balik selepas solat raya sememangnya rutin kami setiap tahun, maklum le tiada apa yang perlu dikejarkan, lagipun kami suami isteri yatim piatu sejak berbelas tahun lepas.

Balik kampung sambil beraya diperjalanan, seperti biasa destinasi pertama - wajib ke rumah abang no.3, kebiasaannya setiap tahun kami akan balik kampung bersama2 tapi kali ini, mereka tidak dapat join sekaki sebab menerima kunjungan anak menantu & keluarga besan dari Penang.

Singgah mengambil anak saudara sebelah hubby yang baru kehilangan adiknya pada 8 Julai lepas untuk beraya bersama .

Sebahagian cucu saudara - Afiq & Irsalina

Alya & Irfan (anak saudara..)

Salah seorang anak buah 'istimewa' kami - Sharida, i miss u.. x sempat lama2 kat sana, hu3

Cucu koi lagi..

Alya & sepupunya - Farisya, anak buah sebelah hubby



'Kakak' bersama sepupunya.

Psstt.. Jika nak ikut ramai anak2 buah & cucu2 saudara tapi tak sempat ambil gambar, maklum le masa kami untuk beraya amat semput, kebanyakan masa kami dihabiskan di dalam kenderaan dan hari ini sudahpun kembali ke destinasi, esok 'koi' sudah masuk kerja..

Berita gembira: RM1,500.00 yang tersangkut kat CDM Bank Islam sejak 24hb Julai lepas dahpun clear masuk ke dalam akaun petang semalam (30hb bersamaan 3 hari bekerja / seminggu -jika dikira hari minggu & raya).

Alhamdulillah ada hikmah disebalik kejadian ini, sekurang2nya saya telah amalkan sikap berjimat cermat sepanjang berada dikampung, maklum le RM makin menipis (kalau tidak inilah 'manusia' paling boros sekali, langsung tak reti berjimat...), walaubagaimanapun duit raya tetap ada & baki yang tinggal kini makin sikit, nampak gayanya hari ini kena tambah lagi (tukar RM dengan anak2..).. hu3

Selasa, 29 Julai 2014

Selasa, 29 Julai 2014

era 40-an..

Tak tak nak kena terima kenyataan, rabun dekat daa, maklum le era kilauan emas katakan.

Spek mata raya, ho'ooo...

Isnin, 28 Julai 2014

Isnin, 28 Julai 2014

Salam Aidilfitri..

Dikesempatan ini saya mengucapkan Salam Aidilfitri buat rakan2 semua, maaf jika ada di antara catatan @ komen2 saya telah menguris hati kalian selama kita kenal di alam maya.

Dalam GURAU ada terkata,

Dalam BICARA terkasar bahasa,

Dalam TINDAKAN terguris rasa,

Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa.. 

Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema menggegarkan jiwa,

Sekiranya ada salah dan dosa,

Ampun dipinta dihari mulia.



* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •

• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •

•。★Hari Raya!★ 。* • ˚。

° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Nota: Tahun yang penuh dugaan - RMnya tersadai kat bank, dapat sms saman laju, ditambah baju kurung raya kami 4 beranak kaum hawa (termasuk anak buah) tak sempat disiapkan, 'last minute' mesin jahit 'tailor' rosak pulak, huwaaaaaaaaa.. 

(sib baik semasa keluar daerah tempohari sempat rembat baju kurung siap untuk kami kecuali Alya (pakai baju gaun & kasual jer dik...), boleh le w/pun tak ikut tema tahunan...)

Ahad, 27 Julai 2014

Ahad, 27 Julai 2014

Meniti hari2 terakhir Ramadhan

Di saat orang lain bertungkus lumus membuat persiapan raya ataupun meredah kesesakan lalu lintas pulang beraya di kampung halaman masing2, kami pula berjimba2 seisi keluarga hingga nun jauh di sana. 

Akhirnya..
Berbuka puasa di luar

Sebahagian anakanda kami

Kalau makan kat 'Resepi Rahsia' tentunya lagi mahal, betul tak Geng??

Sabtu, 26 Julai 2014

Sabtu, 26 Julai 2014

tersurat & tersirat

Apakah maksudnya itu??

Oven baru pemberian hubby semalam

Sedangkan..
Oven lama masih elok lagi cuma bersaiz kecil..
Berjasa kepada kami berbelas tahun sudah..

Nota: Masih tercari2 mood 'berbaking'..

Jumaat, 25 Julai 2014

Jumaat, 25 Julai 2014

persiapan raya

Masih belum siap sepenuhnya, kuih raya tak buatpun, mungkin lepas raya kot!!! (Pelikkan?? tapi itulah kenyataaan sebab saya suka hidangkan yang baru untuk tetamu..) lagipun raya nanti balik ke kampung halaman melawat saudara mara & ziarahi pusara mak ayah kedua belah pihak.

Sementara balik kampung, hidang jerlah apa2 yang ada - kuih muih kering, stok kek lapis sarawakpun dah ada beberapa ketul tersimpan rapi.

Buah tangan semasa kunjungan raya, biskut raya? 'Non ader!!!' maklum le tak sempat nak buat.. (alasan semata2).

Insya allah projek malam nanti...

Beli nun jauh di sana semasa ambil anak bujang semalam.

Ragi, beli kat sana juga..
2kg pulut/sebiji ragi

Pulut pemberian kakak sulung, agak lama tapi tersimpan rapi di dalam peti sejuk.

Agak2nya tapai pulut kali ini menjadi ke tidak?, tunggu.....

Kemaskini: 27/07/2014 @ 5:15am

Dah boleh makanpun, sedap tau jika nak dibandingkan kat kedai.. (spesis masuk bakul angkat sendiri), maka meh kita bersahur dengan tapai.. ngeee...

Pssttt:  Mood tengah down,  semalam masuk duit melalui mesin CDM BIMB RM1,500 untuk bayar bil2 utiliti & exora melalui sistem TAP BIMB

Malangnya ia tak masukpun ke dalam akaun, pada resit siap tertulis lagi jumlah dimasukkan RM50 x 30 (RM1,500.00) TETAPI bah. bawah sekali "lebih masa, sila berhubung dengan pihak bank", lebih kurang gitu le ayatnya, tak sempat nak buat salinan slip bank, gelabah punya pasal...

Terus buat aduan di kaunter & kes ini di dalam tindakan pihak bank, harap2 x lebur le duit tu.. 

Positifkan minda, jika ada rezeki, insya allah tak kemana tapi kalau dah tak ada, nak buat camner, kecuaian sendiri sebab sebaik slip keluar terus capai & pergi, harap2 duit tu tak keluar le sebab masa itu, ramai sedang berbaris nak masukkan duit.

Perlu muhasabah diri..

Khamis, 24 Julai 2014

Khamis, 24 Julai 2014

untuk dia

Takkala si kecil masih lena diulit mimpi.

Nikmati keindahan pagi yang nyaman diperjalanan.

Rehat seketika..

sambil hirup angin pantai

Akhirnya...

Nota: Berkorban demi sebuah kasih sayang, betul tak Geng?

Jumaat, 18 Julai 2014

Jumaat, 18 Julai 2014

Tragedi MH17

إنّا لله وإنّا إليه راجعون
 "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali".

Salam takziah dan al - fatihah..
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْ
مَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
Terkejut & sedih menerima perkhabaran awal pagi, mudah2an keluarga mangsa yang terlibat sabar dan tenang dengan ujian ini, aamiin

sumber

Khamis, 17 Julai 2014

Khamis, 17 Julai 2014

ketandusan...

Cer bagi idea sikit nak masak apa untuk menu berbuka? Makin penghujung Ramadhan, makin kosong idea memasak, 

Tercari2 idea, akhirnya terjumpa:-
Kambing bakar 'made in Param'
Boleh le tukar2 menu...

Kari udang galah

 Menu2 lain tak ambik gambar sebab biasa2 jer, alaaaa setakat jantung pisang celur, ikan bakar, kerang goreng bercili xder sesiapa nak heranpun..

rezeki dikongsi bersama

Selesai sudah...

Psssttt: Setiap corak punyai nilai berbeza..


Selasa, 15 Julai 2014

Selasa, 15 Julai 2014

sukarelawan

Membantu kerja rumah si ibu

Untungkan punyai anak yang rajin membantu

"Sejujurnya ia bukan kes dera tau,urmm... tak bagi pengemop rajuk jer kerojenya, ahakkkkk"

Itu dia, sempat lagi berposing...

Nota: Aci tak si ibu dok goyang kaki sedangkan anak kecil bertungkus lumus bersihkan rumah?

Komen si kecil - "Alya suka tolong ummi, ummikan dah TUA, kena duduk jer, xleh wat kerja". 

"owhhhhh anakku, pedih telinga ibumu mendengar komen ikhlas si kecil, tua sangatkah daku??..." budak2 xtak reti menipukan?

Isnin, 14 Julai 2014

Isnin, 14 Julai 2014

kemalangan kecil

Wajah sedih sekembalinya dari sekolah siang tadi, nampak jer kelibat si ibu, terus meraung konon2nya mengadu hal, kenalah angkatnya bawa masuk ke dalam rumah - "adoiiiiiiii berat daa anak ummi, sib baik anak beranak tak jatuh ke bawah.."

Rupa2nya kaki Alya luka terjatuh buaian di taman mainan sekolah

"Mengadu kesakitan kat abang di sana.."

Kisah Ganu kita lagi

Berposing di ceruk sana
Sila abaikan latar belakang yang menyakitkan mata, maklum le angkut beranika keperluan.



Amboi2 sempat lagi berselfie sakan ditepian pantai tapi xper, janji kalian semua bahgia, lagipun dok kat homestaypun jemu tanpa lakukan aktiviti.







~~~~~~~~~~~~~~~~



Sambungan entri kelmarin..

Bersahur malam kedua
Antara menu yang sempat di masak
Udang masak tempoyak, ketam bercili, daging goreng kunyit & telur dadar

Ayam goreng
(Ikut selera anak2)

Telur separuh masak
Permintaan hubby

Oh ya, menu berbukapun dimasak sendiri, beranika jenis menu dimasak berasaskan makanan laut & darat seperti udang, ketam, sotong, lala, kerang, ikan, daging, ayam, sayur & ulam2an seperti petola, petai, jantung pisang dicelur + budu (sambal tiada sebab xder lesung batu), buah rambutan + manggis, beli tart telur kat pasar, ketupat palas, popia gulung, bekal siap dari rumah keropok goreng & kerepek bawang tapi sayangnya tak sempat ambil gambar, ala2 buffet kat hotel pulak, insya allah lain kali kita wat BBQ di halaman homestay, pasti meletop..

Kiranya sepanjang berada di sana, menu bebas dari 'Pasar Ramadhan' demi memenuhi permintaaan anak teruna hari2 - 'teringin nak makan ummi masak...', kiranya lepas ni tidak le kempunan walaupun terpaksa berpuasa diperantauan - "kami rela buat apa sahaja untuk mengembirakan hati anak2 janji kalian rajin belajar demi masa depan"

Rambang mata memilih bahan2 mentah di pasar besar, semuanya segar & murah, jauh beza di daerah kecil ini, apa lagi borong jer apa yang berkenan di hati, gayanya 'MEMBELI MENGIKUT NAFSU, BUKANNYA KEPERLUAN', untung rakan2 blogger yang tinggal di Pinggir Pantai Terengganu seperti Eita.

Sesudah menghantar si teruna hadiri kuliah, kami bertolak balik sambil menikmati keindahan alam semulajadi tapi sebelum itu, ada pesanan penaja:-


(Berposing dengan baju tidur)
"Ibu2, mama2 & ummi.... Sila pastikan rumah kemas & bersih sebelum melangkah keluar walaupun sewa cuma..."


Berposing tanpa model cilik
maklum le ketiduran dek kepenatan.


Singgah di Kemaman

Sebelum itu harus tempek gambar tuan tanah (sekali dalam setahun, kecik2 udah le geng..)

Akhirnya singgah di sini

3 dara pingitan
anak bujang no 2 pemalu sikit, jadi tak der dalam gambar



Penyu

Anak2 penyu

Nota: Adoiiiiiiiii letihnya, sib baik bercuti, dapat le rehat2kan badan

Kemaskini 14/07/2014

Terima wasap dari anak buah beserta gambar:-
"Daripada banyak lauk semalam, hari ini bertukar menjadi satu lauk daa..."
Kih3..

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang