Berpandukan entri ini, esok pagi merupakan kali pertama menghantar klien dalam jumlah yang ramai untuk menjalani Ujian Mamogram menggunakan perkhidmatan bas (40 orang), tahun2 sebelum ini cuma menggunakan perkhidmatan teksi 4 orang untuk sekali perjalanan.
Perasaan bercampur baur, berdebar2 dan risau jika hasilnya tidak seperti yang dirancang, setakat ini jadual perjalanan (bas dan teksi) sudahpun penuh hingga Mac 2012, Alhamdulillah, sambutan menggalakkan dan ramai yang mulai sedar mengenai kepentingan pengesanan awal lebih baik dari mengubatinya.
Walaupun hari ini sedang bercuti rehat kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan tetapi tugasan pejabat tetap tidak dilupakan, dari pagi lagi telah menghubungi mereka2 yang berkaitan dengan perjalanan esok agar semua yang dirancang berjalan lancar dan klien berpuashati.
Paling membanggakan, hari ini dapat lagi 44 kes untuk 'program gerak gempur mamogram', justeru itu, walaupun cuti tetap membuat kerja2 rasmi di rumah, telefon peribadi bertukar telefon rasmi (rasa2nya nak tambah aje no. telefon len ntuk personal) sekurang2nya ia dapat membantu mengurangkan beban tugasan harian untuk hari2 mendatang.













