Apabila lihat umminya pakaikan subang untuk kakaknya, si Alya sibuk minta pakaikan kat telinga dia sama, setiap hari dia minta pakaikan subang, sikit2 pegang cuping telinga aje.
Akhirnya kelmarin semasa kami sibuk memilih baju uniform pengawas untuk si abang (baru dilantik, strategi bijak tak bagi pelajar harapan pindah sekolah, macam2 jawatan penting diberikan tahun ini, ermm pandai guru besar memotivasikan budak ni, huhuhu), si Alya tak sabar2 minta ditindikkan telinganya, asyik tarik tanganku sambil memegang cuping telinganya, 'sayang nak tindik telinga ye, jommm!!!'
Sampai aje di kedai emas, terus berbincang dengan tuan punya kedai dan dorang mengeluarkan barang keperluan, kami dudukkan Alya di atas kerusi dan semasa sessi menanda cuping teling, tiba2 dia berubah fikiran.
Alya mula resah dan cuba meronta ditambah lagi dek suara si abang yang ajak Alya balik bertalu2 (kononnya kesiankan adik - takut sakit) akhirnya dia telah menghampakan tauke emas - 'len kali ye tauke, maaf!!!'
Selepas aje kejadian itu, dia tak minta lagi dipakaikan subang, kadang2 kami sengaja tanyakan samada dia nak pakai subang atau tidak tapi dia buat tak tau je, 'taupun takut ye sayang!!'









6 ulasan:
alya oh alya..teringat kenangan masa kecik..excited nak pakai subang.sudahnya meraung2 xmo ditindikkan bila kt dlm kedai..takuutt..hehe..
hehe..alya mcm aunty la ...aunty pun takut sangat nak tindik2 telinga ni..hehe
ummiummarmuaz
sonok bila kenangan dulu dikenang2
aunty ayupun tak tindik telinga, boleh geng ngan Alya
umminya yg beria2 nak tgk alya bertindik tp.. hihihi
hihi..alya.. alya ..sian tokei tu
Catat Ulasan