Jumaat, 27 Julai 2018

Jumaat, 27 Julai 2018

Rindu kamu

1 bulan 2 hari
Salah seekor anak Mel. 

Bak punyai anak kecil,  hati meronta2 nak balik berjumpa si bulus yang baru ditinggalkan ini,
 sabar ya hati,  1 malam sahaja, nanti kita ketemu ya Sayang...    😆

Rabu, 18 Julai 2018

Rabu, 18 Julai 2018

Keluarga baru kami..

Selamat datang buat si bulus ke teratak ini,  jadilah kamu sebahagian dari keluarga kami..  

Asalnya ia datang beraya dengan keadaan sarat mengandung.

Hari pertama hanya di laman rumah sahaja.

Hari kedua - selepas maghrib masih lagi menjadi tetamu kami.

Hari ketiga balik kerumahnya setelah lewat  jam 9 malam (itupun kami letaknya di luar rumah tapi awal2 pagi sudah datang kemari)

Seterusnya jam 11 malam dan malam terakhir jam 2 pagi, akhirnya pada 21/6/18 dengan rasmi ia menjadi milik kami 

"Alya nak ke kucing ni,  jika nak,  ambillah,  Kak Qilah tak nak dah" tuannya bersuara

Sejak dari masa itu,  si bulus terus berada di rumah 24 jam, dah pandai hantukkan kepalanya di bilik kami jika ingin menumpang rehat di tempat sejuk, ia mula lupakan tuan asalnya..    (ibarat sitanggang kamu ni Mel, ha3.. .) 

Terima kasih buat jiran kami di atas pemberian si bulus ini kepada Alya, gembira sangat dia dapat pelihara haiwan kesayangan yang comel. 

Berkali2 dia ucapkan "terima kasih Kak Qilah..."

Nantilah kita sambung lain kali kisah si bulus, nak sambung kerja hakiki....😀



 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang