Lamanya tak ceritakan kisah si Alya, besar daa rupanya anak ummi.
Sekarang ini si Alya suka berdikari, makan minum xmo disuapkan, kadang2 semasa terjaga dari tidur waktu malamnya, dia akan pergi senyap2 ke dapur dan ambil air minuman dari 'fridge' untuk melepaskan dahaganya.
Begitu juga hari ini, gigihnya si ibu memasak dan bercadang nak suapkan sendiri makanan buat si manja tapi hampa, maklum le nak makan sendiri. Apabila si anak makan sendiri, daku pun mulalah berkira2 nak tambahkan cili, mau bagi rasa pedas2 sikit baru ngam.
Si Alya pulak, bila tengok je ummi makan bercili, dia apatah lagi, nak mencubanya walaupun dilarang berulang kali "pedas dik, jangan makan, dsb" namun tidak diendahkannya, maka disuapkan nasi dengan tangannya yang telah bersentuh cili padi tadi, apatah lagi meraung kepedasan. Pedas, pedas!!
Adoiiiii. kesian anak ummi, ini kira kes dera gak ke?