Isnin, 31 Mei 2010

Isnin, 31 Mei 2010

x der n3 menarik


gambar selingan,  Alya sedang membaiki 'printer' .
Nota: Jika ada diantara rakan semua yg ada barangan elektrik untuk dibaiki, boleh le bawa ke sini.  hehehe




Hari ni nampaknya x der n3 menarik untuk dikongsi bersama.. Justeru itu, aku mengambil sedikit masa untuk melawat laman teman2 ku.. Akan tetapi, aku cuma sempat melawat beberapa org je rakan dialam siber ini,  entah le ngape tenet ni asik wat hal je n slow bangat???? Insya Allah, jika ada kelapangan awal pagi @ malam esok. aku kan cuba melawat rakan2 semua...

Ahad, 16 Mei 2010

Ahad, 16 Mei 2010

Menu petang


Dalam kesibukan melayan kerenah Alya yang tidak mahu berenggang denganku, sempat lagi aku memasak 'Kek Cawan Coklat Moist' untuk minum petang nnt. Hari ini 'terajin' sikit buat kek. Mula tu cadang nak buat tart tapi ubah disaat2 akhir.



Sabtu, 15 Mei 2010

Sabtu, 15 Mei 2010

'peel' baru Alya

Dalam 1/52 ni, aku jrg2 dapat catat n3 baru. Alya semakin sukar ditinggalkan bersendirian, sepanjang masa jika boleh ingin ummi @ bapanya ada bersama. jgn hrp le nak tinggalkan ngn  abang dan kakaknya, x dilayan. Manjanya cam dibuat2!!

Jap je kiter pegi  jauh dr pndgan dia, lajunya Alya  merangkak mencari smbl merengek manja. Mgkn dia mula merasa akan ditinggalkan dek umminya tak lama lg.

Aku pula x sampai ati membiarkan dia merengek, usung le kemana2. Cam ari ni .  sepanjang hari  asyik baring depan Alya aje sambil melihat dia bermain. Kdg2 terlelap gak seketika. mula le jadi ayam daging, x aktif langsung..

Gitu gak time buka blog ni dan g ziarahi catatan  teman2pun mesti  bersama  dgn Alya.. pastu berebut keyboard antara kami..

Isnin, 10 Mei 2010

Isnin, 10 Mei 2010

Balik kampung

Aku baru berkesempatan menulis n3 mengenai balik kampung pada 30 April - 2 Mei tempohari.. ada kenduri doa selamat di rumah kakak

Jom layari suasana di hari kenduri itu
Masih amalkan semangat gotong-royong 

Alya dan sepupunya


Dalam kesuntukan masa, sempat lagi singgah di Pasaraya Billion, beli pakaian anak..adooi.. betul2 menggoda!!

Ummi, Alya dah ngantuuuk, nak tidooo!!
Faham aje le, cukup2 le tu dok pilih.. kesian,  penat daa dorang  ikut ummi yg udah pening cari yg berkenan

Ahad, 9 Mei 2010

Ahad, 9 Mei 2010

Sepanjang Percutian

 


Kononnya Alya yg bawa kereta..
Sabtu Jam 11 pagi kami bertolak ke Kuantan, masing2 seronok dapat bercuti gini. Dalam perjalanan, aby dpt panggilan rakannya dan menjemput untuk Majlis Akad Nikah. Laa, dia tak bawa baju melayu pulak sbb sblm ini tiada perancangan untuk hadiri majlis tersebut.


Berehat seketika sementara menunggu ubahsuai  seluar baju melayu aby siap  di Kamdar

Jam 4 ptg kami sampai dan sblm check in hotel, kami singgah seketika di Kamdar untuk membeli sepasang baju melayu. Agak lama juga kami disana.. mmg tergoda sbb skrg ni sale sehingga 70%. Hampir jam 5.30 ptg baru le kami check in Hotel 'Mega Vue'. Nmpknya ptg ni dorang tak dpt kemana2 le sbb bapanya ada acara lain.  Masuk je bilik, kami terus makan, kesian dorang, lapar yg teramat sgt.. habis semua bekal yg dibawa.
Sebaik check in
Lepas Magrib, aby bertolak ke rumah pengantin untuk hadiri majlis itu, aku pulak tiduri Alya manakala anak-anakku yg lain nak ambil angin di tepi sungai (berhampiran hotel). Aku beri keizinan memandangkan mereka sudah biasa dengan tempat ini. Dorang mulalah berkira2 untuk membeli digerai makan berhampiran.

Sebelum check out




Sekitar ditempat kenduri 
Esoknya jam 11.30pagi kami check out bilik dan bertolak ke rumah pengantin perempuan serta berkumpul di gerai berhampiran menunggu rombongan pengantin. Hampir jam 2 ptg, kami bertolak dan dikesempatan ini, kami membawa anak2 ke Pekan yg terkenal sbg Bandar Diraja. Seterusnya kami menyusuli tepi pantai balik ke Kuantan dan bersiar2 di Pantai Teluk Chempedak Kuantan sblm balik. Hampir jam 12 t/malam sampai ke rumah








Suasana di  Pantai Teluk Chempedak  

 Hari ni pulak, pergi kenduri doa selamat di rumah Pn. Nor, sempat ambil sekeping je gambar Alya

Rabu, 5 Mei 2010

Rabu, 5 Mei 2010

gg pertama Alya

yeay... ada perkembangan terbaru Alya,   semasa bermain2 ngn dia jap td, aku ternampak ada sebatang gigi susu depan bah. bawah baru tumbuh, happy nye ummi.. patut le, masa aku nak cuci lidah Alya ptg smlm, dia takmo buka mulutnya.

krg ni, bila kita nak tgk gg, dia tutup kemas jeee mulut tu.. moga gg Alya sihat n tak mudah rosak seperti abg & kakaknya sblm ini.

 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang