Jumaat, 13 Februari 2015

Jumaat, 13 Februari 2015

al fatihah

Innalilahiwainnalilahirojiun, salam takziah buat keluarga Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat, moga rohnya dicucuri rahmat, aamiin..





Ahad, 8 Februari 2015

Ahad, 8 Februari 2015

Sepetang di Taman Tasik Titiwangsa

Entri tertunggak

Biarlah gambar berbicara






Sabtu, 7 Februari 2015

Sabtu, 7 Februari 2015

Ketika ketiadaan air

Kena fikirkan menu ringkas tapi sedap, hirisan daging ayam & daun salad disusun pada sekeping "Vietnam Rice Paper (dicelup ke dalam air sejuk seketika) kemudian paipkan pelbagai jenis sos kegemaran, akhirnya dibalut ala2 popia.

 
Pertama kali ternampak kat Giant, beli & simpan sebagai stok kering, alhamdulillah tidak merugikan.

Edisi memikat hati suami

Fuhhhh punya tajuk, betul2 gempar,  jangan marah.. kihkihkih..

Cekodok Udang

Keropok

Kalian jangan gelak2 k, cekodok udang/bilis & keropok adalah kegemaran hubby dari dulu hingga kini.

Awal pagi tadi sebelum ke masjid solat subuh, dia berpesan supaya tidak menyediakan sarapan pagi untuknya.

Katanya di masjid ada sediakan makanan untuk peserta kursus haji jam 10 nanti, lagipun sebagai ajk, dia tidak boleh melengah2kan masa membuat persiapan tempat & pendaftaran peserta.

Sudah namanya isteri mithali, tetap mecari akal supaya dia balik ke rumah sekejap bersarapan bersama, paling senang memasak makanan kegemaran dia & hantar gambar melalui WhatsApp.

Kan dah kata, licin..

Senang sangat untuk memikat hati suami iaitu salah satu caranya melalui masakan. Betul tak Geng...?

Ringkas tak apa, janji ia dimasak dengan penuh kasih sayang.

Rabu, 4 Februari 2015

Rabu, 4 Februari 2015

Musibah lagi...


3 buah rumah terbakar lebih kurang jam 3 pagi tadi, katanya berpunca dari ubat nyamuk.

Ya Allah, dugaan buat mereka, salah seorangnya adalah kenalan tapi saya belum punyai kesempatan untuk ketemu, cuma hubby yang datang melawat, mungkin yang lain2pun saya kenal juga.

Insya Allah akan diusahakan esok, sekurang2nya dapat berikan sokongan emosi.

Seorang anak berusia 8 tahun rentung & kakaknya 10 tahun di dalam keadaan kritikal akibat melecur teruk, marilah kita sama2 doakan agar mangsa berada di dalam keadaan stabil dan sembuh, aamiin..

Maaf, gambar mangsa tidak dapat dikongsi & dipadamkan demi privasi, moga tiada  berlakunya sebaran di alamaya.

Nota: Mereka hanya bekerja biasa dan rumah papan yang didiami agak usang dan berdekatan di antara satu sama lain.

Berita Harian 5/02/15


 

Copyright © 2012 Reserved to Diari Hidupku
Design by Cik Kumbang